Saturday, 21 July 2012

Ramadhan ya kareem~

As salam.
Ramadhan comes again!

TOP 10 BENDA PALING BEST DALAM BULAN RAMADHAN


AIR SEJUK!
 Walaupun encik air sejuk ni nampak biasa-biasa pada bulan biasa, namun adalah satu nikmat pada bulan puasa yang dahaga. Bukan bulan puasa yang dahaga, orang yang puasa la.



KUIH MUIH DI BAZAAR
 Ya! Bazaar ramadhan. Bank sementara di bulan puasa. Ni bazaar ramadhan okey?? Bukan Bazaar majalah tu. Yang tu apa ada?? Ada kuih cara, ayam golek bagai?? Nan hado~~




BUNGA API 
 Ingat tak zaman halus halus dedulu? Yang kaler merah batang belang-belang tu doploh sen. Yang batang kuning gemuk sket tu,, 50 sen. Yang tu kaler kaler. Zaman tu kire mahal woo. Yang dalam kotak tu,, mercun bawang. Hanya mereka yang takutkan risiko bermain mercun bawang.*kahkahkah*




KAD RAYA
I love kad raya!! Makin lama dah makin kurang orang pos kad raya. Ye la,, dah ada hanphone, tablet bagai. Apa kelaas bagi kad raya?? Tapi aku suka~ Nostalgik gila!




LAMPU LIP LAP 
 Haaa! Pasang laampu ni kat rumah, baru ada feel nak raya! Dia punya feel tu,, ad uumph! Macam teh boh gitu. Nampak meriah semacam. Lip lap lip lap.





MERCUN
 Ini lah mercun. Ya! Aku tahu. Mercun ini tidaklah segempak dan sehebat mercun lain. Tapi namanya cukup gempak. Mercun NAGA! see~~ Kenapa aku pilih mercun ini sebagai mercun peberet?? Takut risiko putus tangan?? Tidak. Tidak sama sekali. Aku takut risiko putus telinga ditarik oleh encik ayah jika bermain mercun lain.




MURTABAK
 Ini murtabak. Beliau tidak termasuk dalam golongan kuih muih. Apabila tiba ramadhan, beliau dengan tiba-tibanya menjadi penghuni tetap meja makan di kala berbuka. Ada masanya, beliau menyertai meja semasa bersahur. Ini adalah disebabkan oleh, mereka yang membeli beliau tidak mampu menghabiskannya pada sebelah malam.




PELITA
 Hah! Style gila kan main pelita guna tempurung?? Pelita ni mcam simbol bulan ramadhan dah masuk la. Sebelum pergi tarawikh dah pasang dulu banyak-banyak. Lepas tu,, orang lalu depan rumah nak pergi surau puji puji. Kmebang semangkuk!




TANGLUNG
 Ni bukan tanglung cina tau! Dedulu,, kalu yang bulat ngan petak saiz paling kecik harga 20 sen. Yang besar sikit 50 sen. Yang bentuk segi segi tu 80 sen. Kat bontot tanglung ni ada rambu rambu warna warni. Cara main dia senang,, memula letak lilin yang dah dinyalakan dekat keping besi dalam tanglung tu. Lepas tu bengkokkan besi tu  buat sokong lilin yang lemah tu. Lepas tu, baru bukak tanglung tu pelan pelan. Dawai besi dekat hujung tu sangkut kat batang kayu. Pastu boleh round kampung time orang sibuk terawikh.




TARAWIKH!
Haa. Ni la yang paling best! Top up pahala sekali dengan moreh. XD. 





p/s : moga moga beroleh keberkatan dan Lailatul Qadar. Sama-sama meriahkan Ramadhan dengan ibadat!

Sunday, 15 July 2012

mirror yourself~

As salam.
 Sometimes,, people can be so vain. Pernah tak jumpa orang yang sering merasakan dirinya tidak disukai orang dan sering dijadikan mangsa?? No. I'm not talking about people with low self-esteem. I'm talking about people who always blame and condemn others.

"Dia selalu buat camni dekat aku. Aku tak tahu apa yang dia tak puas hati dengan aku"
"Minah tu selalu jeling aku sampai mata hitam dia jadi putih"
"I dah tak tahan. Apa yang I buat semua salah pada dia"

Pernah tak dengar member member yang mengadu macam ni. Sometimes,, bila diorang mengadu memang betul la. But, bile dah banyak times, dan you pun nampak orang yang dikatakan jeling sampai mata hitam jadi putih tu tak bersalah,, memang betul la diorang ni spesies yang rasa doirang ni victim.

You people! Reflex yourself!
Maybe orang yang macam tak puas hati dengan you tu kecik hati dengan you. Cuba muhasabah diri.
Don't always blame other people. Maybe yang jeling you tu juling. Atau you yang juling dan perasan dia jeling you. Atau diorang yang tak puas hati dengan you tu memang satu spesies dengan you. Molek sangat.

Why don't you guys team up and buat club baru??
' BLAME-AND-CONDEMN-PEOPLE-CLUB'
oke. Tetiba emo. XD

end.

Wednesday, 30 May 2012

I HATE YOU!

As salam.

Semester I examination is over!! *rolled eyes* Apa yang hebat dengan berakhirnya encik periksa ni??
guys,, if you are living my life,, you"ll know! the first paper is BM. Lepas dah letih  menulis dengan tangan sesi pagi tu,, aku terpaksa pulak menulis lagi untuk paper sejarah pada sebelah petang. akibatnya?? tangan aku kurus sebelah sebab terlampau banyak menulis.


Sejarah ni sangat mendera Puan Otak. Why?? I hate past and sejarah is all about it. Setakat ni hanya ada beberapa orang makhluk dalam buku sejarah yang aku confirm masih hidup. Who?? Yang Di-Pertuan Agong sekarang, Chin Peng dan para penulis buku sejarah. seee~~ setebal tebal buku sejarah,, dan hanya mereka yang masih hidup. haish~


The other papers which drive me crazy are add maths and physics. Urgh. I don't want to know the value of X or Y or any other alphabets! And I don't want to count the speed for others vehicles~
Dear addmaths and physics,, can't you let me live my life happily?? I'm begging you. T_______T


End.

Saturday, 10 March 2012

senior year is the best !!

As salam.

bile dah jadi senior,, seriously memang aku rase sangat best~
why??
kemon babe,, kau boleh buat banyak benda yang selama ni tak boleh sebab ada yang lagi senior dari engkau. 
but,, at the same time,, kau kene pikir pasal junior as well. apa yang patut mereka tengok dan apa yang mereka tak patut tengok. ni bukan soal nak jadi senior skema atau bajet bagus. ni pasal how you bring yourself as the elder and how you act like one.


BUT!
eksyelli,, aku bukan nak cerita pasal benda alah definition jadi senior. Aku nak berhikayat pasal minggu aktiviti kat sekolah aku. Well, minggu aktiviti ni best pasal kite tak payah masuk kelas akademik for a whole week!! Splendid right??


ookeey~
Aktiviti first yang aku paling suke is the talentime night. Malam ni memang ada macam macam show. Yang paling best bile senior boys naik buat show. Yes! Even yang pemalu gile bile bercakap macam dalam mulut tu ada emas setongkol pon naik stage. Semua buat muke poyo,, nyanyi nyanyi segala. Memang terkejut. Dah la aku juri. Sebagai insan yang lemah, aku tak mampu mengelak untuk menjadi seorang yang bias. Aku telah TERbias sebenarnya semasa memberikan markah. Sorry. Alasan berani buat show sebab last year. Semua sibuk nak buat memori. Yes. Dead true.


Then, ada mlam teater. Yang ni lagi best. Ramai fivers yag participate berlakon filem P.Ramlee. Pecah perut tengok. Even gusi yang memang duduk dalam mulut tu jadi kering bile dah mulut ternganga gelak 2 jam straight. Aku tukang tengok dan tukang gelak merangkap tukang sorak bile perlu. But, true. Memang best bile tengok fivers dah semua participate and berlakon selamba. Yang jadi senior memang paham perasaan ni. Memang paham.


Dan,, sangat sedih as well nak tinggal zaman kegemilangan senior ni. 
Bukan senang nak dapat bond friendship macam yang aku dapat sekarang. Bila dah duduk asrama penuh,, almost semua yang kau buat dengan orang yang sama. Study, makan, outing, prep, tido, riadah, mengumpat and the list go on. Memang payah nak cari dan memang kene hargai.

n.


p/s: some even said they rather give all their money to have the school days back!



Friday, 9 March 2012

flashback zaman dedulu.

Assalam,,

kenalkah kalian dengan makhluk ini??





Ya!
Beliau merupakan sejenis snek atau jajan atau makanan ringan. Sebagai seorang yang innesen,, aku tak pernah tahu beliau dibuat daripada kacang peas!! Selama 12 tahun aku diperbodohkan oleh diri sendiri. Muahaha. Korang tahu aku ingat makhluk alah ini diperbuat daripada apa?

Aku menganggap snek ini dibuat daripada PETAI!

Yes!
Korang tak salah baca. Aku memang ingat makhluk alah ini dibuat daripada petai hinggalah aku darjah enam. Betapa innesennye aku masa kecik. Meskipun pada supik (supik is plastik in terengganu language) snek telah tertera GREE PEAS SNACK,, aku membuat andaian bahawa itu nama encik petai dalam bahasa omputih. 
lalalala~~ innesennye aku.


Setakat ini sahaja cerita aku mengenai kelurusan aku masa kecik. Sambung lagi di masa akan datang!
Wassalam.




p/s: holiday 11 hari! yippie~~