Tuesday, 30 April 2013

Novel English Second Hand

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Assalamualaikum peeps.

Aku jenis suka membaca. Melayu ke omputih ke, semua aku layan. However, nowadays novel Melayu macam terlalu tipikal. Semua main kahwin paksa atau kahwin kontrak je. So, macam agak frust dan aku beralih minat ke arah novel omputih. Sebelum ni agak jarang baca novel omputih. Sekarang selera sudah berubah!

Tapi. Novel omputih adalah agak mahal berbanding novel Melayu. Aku jenis yang suka barang murah. Kalau free lagi bagus. Dasar cheapskate sunggoh! Jadi aku pon mencari cari novel second hand di alam maya ini. Google saja yehh. Dulu beli dekat site Cari.my . Kemudian kita Google. Hasil Google baru baru ni adalah mereka!


 Balik dari jalan jalan dengan kawan, ada parcel menunggu di rumah. Gembiranya rasa hati!!


 Tadaaa~ berbalut dengan plastik yang orang buat balut sandwich tu.


 Pandangan sisi.


 Dah bogelll. Maksud aku, keluar dari plastik balut sandwich tu. Macam baru takkk? The Book of Tomorrow tu hardcover. Cantik kan? 


 Bahagian dalam The Book of Tomorrow. Cantekkk lagi.


Ni buku Thanks For The Memories. muehehehe.

Harga asal untuk Thanks For The Memories tuh RM 32.80. Aku beli harga RM17.00. Buku satu lagi harga asal, RM 71.00. Aku beli RM 28.00. Kan ke berbaloi baloi tu? Sape sape berminat nak beli boleh tengok sini. Buku buku pre-loved oke. Bukan baru punya. hihi. Kedai ni pon macam cepat gila urusannya. Kau order, dia packing. Kau bayar, dia mailing terus.

Anyway, saja nak tempek tempek gambar masa keluar semalam. Hahaha. Perempuan kalau keluar tak boleh borak borak dalam kereta je. Kene ada spot yang boleh duduk duduk sambil telan makanan sambil bukak cerita masing masing. So, we choose A&W. Sebab tak ramai orang. hahaha.


 Burger dan waffle tak sampai lagi. u_u






Motif gambar ni? Macam lah orang terliur. hewhewhew


Tu je. Babai!

END. May ALLAH bless.



Monday, 29 April 2013

Mainan, Kartun Dan Makanan 10 tahun lalu.


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Assalamualaikum peeps.

I am the 95' liner. So, I have a lot of childhood memories yang didn't consist any techno. Well, back then yang techno sikit adalah mende alah ni. Ada yang ingat tak?

BRICK GAME


Can you guys see how this Brick Game is soooo maju back then? Tengok dekat atas skrin tu, nampak tak apa yang ditulis? HUGE LCD okeyyyy. Kalau bagi mende alah ni dekat budak budak sekarang, agaknya apa reaksi mereka yehhh? Teruja tengok barang rare? Ke diorang buat derk jeee?


TAMAGOTCHI / DIGITAL PET


Ingat dakk benda ni? Macam binatang belaan gittew. Siap boleh berak lagi makhluk ni. Tapi yang aku memang ingat, aku dapat masa main tikam tikam. Then, kakak aku ajar selit kertas dekat celah benda ni. Sampai sekarang aku tak tahu tujuannya. = =''


ANAK PATUNG KERTAS


See? Back then, we don't need Barbie Dolls or Baby Alive or Dress Me Up games to play dress up. We played this. Mitos paling glamour, malam malam tak boleh simpan benda ni dalam rumah, nanti beliau merayau rayau. Ehemmm, kelemahan utama benda ni adalah bahagian lehernya yang mudah lembik. pfffft. By the way, orang Ganu panggil benda ni ANOK KANG. So cool ah?


DRAGON BALL


Sapa sapa yang tak tengok ni, dia tak cool. Hari Sabtu dan Ahad rasanya. TV 2. Hoihhh, rela bangun tidur awal dan ponteng sekolah jika perlu. Benda first buat bahan sembang bila pagi Ahad dekat sekolah adalah mengenai episod terbaru Dragon Ball. mihmihmih. Funnnn!


PINGU


Pingu ni misteri tau. Even dia tak boleh cakap secara normal, para penonton still paham. Dia ada kawan. Yang singa laut tuuu. Macam Partner In Crime gittew. Mak Pingu terserlah kewanitaannya. Bulu mata warna putih. Tak pasti sama ada nak indicate beliau dah tua ataupun takde pilihan warna lain gara gara kulit kepala hitam.


SUPER DOLL LICCA


Yang ni, I'm not sure kalau semua orang tahu. Cause this one is kinda girly gittew. Dia ada 3 bijik patung yang bila seru guna jampi serapah yang panjang dan misteri tuhh, mereka akan hidup dan berjuang mempertahankan tuan mereka! Hooo yeahhh! 

Yang rambut warna turqoise tu adalah lelaki okeyyy. Semua pemilik patung ni ada rantai yang sama besar dengan rantai motor dekat leher. Nanti nak seru dorang, kena sentuh rantai tuuu. Gittew.

FROOTEES


Ni cerita kartun yang Malaysia punya. Guna buah buahan tempatan lagi. Si durian tu jahat bebenor. Ada dua kuncu. Pulasan Satu dengan Pulasan Dua. Kerja dorang adalah membuat onar. Ni cerita dekat TV1 atau TV 2 kalau tak silap. Yang pasti, bawah RTM.


MIRMO ZIBANG


Ehhh. Ni cerita masa aku dah besar kot. Dalam darjah 5, 6 gittew. Tapi kartunnya sangat kiut miut. Diorang muncul melalui mug. Kena tuang minuman ikut kesukaan makhluk makhluk comel tuh. Then, baru diorang keluar. Yang merah tu jahat. Yatch namanya. hikhik.


MAKANAN

Layang jelahh gambarnya ya? Sila tengok~


Chewing gum!




Coklat susu betuk love dan chewing gum!




Warna warni tapi rasa sarsi. Apakah??




Ni cukelat t*** hi***g. hihihi. masin sikit.





Paling penting, red bean ice cream! Paling sedap gituuuuu~


Ada yang sama dengan korang? hihihi. 

END. May ALLAH bless.



Wednesday, 24 April 2013

Dari ibu untuk anak anak~

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Assalamualaikum peeps.

Have you watch this video? Well, it is kinda of long time ago. Like four years back? But then, I just found it and happily sharing with all of you. mihmihmih. Tebiat sepiking kat sini.




Very the betul kannn? I suppose semua mak mak macam tu. Dia akan tanya bila kita nak keluar tuhh. Nak pergi mana? Dengan sapa? Agak agak balik bile? Tapi mak aku tak tanya macam ni, dia tanya dalam bahasa Terengganu yang sangat cool.

Most of the thing yang dinyanyikan, kena la dengan kehidupan kita kita ni. Yang tak kena dengan aku, part iPod tuh. Kittew takdew iPod. Kittew tak mampu. hikhik. mp3 boleh lahh yee? Part You'll thank me when you're older pon betul walaupun tak pernah lalui. Why? Aku pun tak tahu kenapa betul. My instinct said so. miahaha.

Anyway, kepada semua ibu yang berada di luar sana, Terima Kasih. Anda terhebat! hihihi. Hari Ibu lagi tiga minggu padahal. Sesaje menggedik buat post ni.

Tu je lahh. Bye!

END. May ALLAH bless.


p/s : Hari Ibu diraikan pada hari Ahad minggu kedua bulan Mei! Ada yang tak tahu ke??







Friday, 19 April 2013

Top 5 Makanan Budak Budak Asrama

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Assalamualaikum peeps.

Bila aku duk flashback kenangan lima tahun duk asrama, aku perasan something. Duduk asrama a.k.a hostel ni memang lapar sunggoh sunggoh. Hujung minggu, lapar. Balik prep malam, lapar. Balik riadah, lapar. Bosan, lapar. Tengah tengah prep, lapar. Miss makan dekat DS, laaaaaaaaagi lapar.

Errrr. Ke aku je?

Oh. Never mind lahh. Tapi another thing yang aku perasan, budak perempuan tak susah kalau lapar. Sebab stok makanan bawah katil tu sama hebat dengan stok makanan dekat Cold Storage. Maafkan perbandingan yang keterlaluan ini. Tapiiiii. Kalau budak lelaki lapar, budak perempuan yang susah. Nanti kalau bawak bekal biskut pergi prep, tibe tibe ada la dua tiga makhluk tercongok depan meja. Datang raih simpati. Hailaaa.

However, ada a few makanan hok memang semua budak hostel akan merasa dan kenal dan akhirnya, terbiasa. Mari berkenalan.

1. Mee Segera




Tadaaa. Ada yang tak pernah makan? Basicnya, semua orang kenal Maggi kari. Maggi ruski tu untuk stok stok rajin. Sebab dia banyak perencah. Pastu beliau kiranya maggi yang berkhasiat gitu. pfffft. Mi Sedaap memang sedap. Buat sekali, memang tak cukup. Pama tu maggi golongan unik unik. Ada bihun. Ada kuewtiau. Kelassss kau! Tapi, maggi kari tetap di hati sebab senang kalau nak makan mentah. huihuihui.


2. Minuman segera



Hoihhhh. Semua main segera kann? hewhewhew. Duduk hostel kan. Haruslah bersegera. Warden tu duk kejar je kalau lambat. Kalau benda benda ni, aku suka Milo. Sebab kau boleh buat macam macam dengan milo ni. Boleh tonggeng dalam mulut masa dalam kelas. Nescafe kau mampu buat gittew?? Huihhhh. Cadbury tu stok orang kaya kaya.

Ni aku letak jenama yang glemer lahh ye. Banyak lagi sebenarnya. Ipoh White Coffee, Tongkat Ali, Kacip Fatimah. mihmihmih. By the way, Milo tu boleh buat jadi coklat. Iron sampai keras pastu biar sejukkkkk. Omagaddddd. Sedapnyewwwww.


3. Bubur segera



Haaa. Pernah try takk? I don't know for those who live in hostel back in 90's. Tapi zaman kami dah wujud benda ni. Serious sedap untuk perut lapar dan mereka yang pemalas. ngehngehngeh. Biasanya perempuan la selalu ada benda ni. Lelaki tak rasanya. Lelaki senang. Kalau lapar fly je luar sekolah. miahahaha.


4. Biskut


Ya. Biskut. Aku suka biskut. Walaupun badan aku macam tin biskut. muahahaha. Kalau perempuan, dia memang no problem makan biskut kosong. Sebab bawah katil ada milo, ada gula, ada teh. Siap dengan jag, pinggan, sudu dan gelas. No worries babeh!

Tapi kan, kalau makan biskut dalam tin tu semua orang ada penyakit. Lepas habis makan biskut yang berkrim tu, ditinggalkan semua biskut kering mentega tuh. hahaha. Bila makan? Bila memang tak ada makanan betul betul. Tulahhh. Masa banyak makanan, bongkak semua. Bila kebulur, biskut kosong pon rasa macam pizza hawaiian supreme.


5. Air kotak



Ni pun minuman normal. Kalau tak ada bawah katil pon, mesti beli dekat Ko-op. Eh, kalau tak duduk hostel pon selalu je beli air kotak. hewhewhew. Aku sokmo jugok beli. Sebab? Senang. Senang nak bawak gi kelas. Dan, senang nak jual time duit habis. Boleh jadi punca rezeki gittew. 


6. Makanan ringan a.k.a jajan



Biskut beras tu tak termasuk golongan biskut biasa. Beliau adalah makanan ringan. Snek tu murah dan sedap. Aku tak maksudkan makanan ni je. Tapi ini antara yang biasa tengok ah. Wafer stick tu macam makanan anak orang ada ada gittew. Aku anak buruh, tumpang makan je. hewhewhew. 

Makanan macam ni lagi senang nak bawak ke kelas. Kalau lambat nak pergi prep pon, senang je. Sumbat dalam beg. Sampai kelas, bukak dah tinggal habuk. Hancur berderai. ngehngehngeh. Frust betulll.

 Ehh, kata 5. Ni dah 6. Tapi ni aku tulis secara random. Ingat ingat lupa. Melampau dokkk? 6  bulan abeh SPM terus hilang ingatan. Omagaddd. Tapi, walaupun duduk hostel sokmo sokmo lapar, kenangan tu memang best. hewhewhew.

Tu je. Babhai!


Tuesday, 16 April 2013

Cukelat zaman budak dulu dulu!


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Assalamualaikum peeps.

Sejak bersara dari alam persekolahan ni, aku dah biasa menjelajah ke kedai runcit sebelah rumah. Well, bukan macam kedai runcit yang biasa tu. Ni kedai runcit yang kalau kau cari eskrem Wall's ke, Mat Kool ke, Magnum ke memang tak akan jumpa. Instead, kau akan jumpa eskrem yang kau tak pernah kenal kalau kau memang tak pernah masuk kampung. buihihi.

So, ni gambar yang dah lama snap. Bila browse phone cikai tuuuu baru perasan tak delete lagi. So, marilah tayang.


 Ni lolipop yang keras macam bata buat rumah tu. hekhek. Tapi zaman kekanak ribena dulu selalu la beli. Bila makan masa dah besar ni, tak terasa pon sedapnya. Cuma kenangan tu je yang seronok.


 Ni barang yang tak rare. Banyak je sekarang ni. Cuma aku rasa dulu lain la packaging dia. Ke aku terbayang je?


 Cokelat ni aku suka! Warna warni gittew. Kalau yang warna oren, hijau, kuning tu macam masam. Yang koko tu rasa coklat punya. Coklat murah lah yee. Padanlah dengan rege. Doploh sen.


 Ni ada dengan straw pendek tu. Cara makan, kau kena sedut. Dapat kawan yang memang suka menyetan, nanti dia tepuk sampai tersedak. Lepas tu tersedut benda ni sampai ke hidung. Rasanyaaaa, masammmm wooo.


Ni pun ada lagi rasanya. Choco stick kalau tak silap. Hoihhh. Kadang kadang tu kena yang dah lemau. Ehh, orang Ganu cool. Kita panggil liut a.k.a masuk angin. muahaha.


Zaman aku dulu ada jugak makan chewing gam yang balut dia tu kaler itam putih. Tak pon yang ada gambar teddy bear tuh. Yang glemer jugak chewing gam perisa buah buahan yang duduk dalam kotak tu. Lepas tu makan ringan yang warna merah, bulat bulat nipis tu. Haw Flakes namanya. Sedap jugak. Lepas tu, coklat susu yang betuk love love tu. Homeiii sunggoh. Sedap dan murah pulak tuuuu.

Okey. Tu je lah rasanya. Babai.

END. May ALLAH bless.

p/s : baru kenal Imam Muda Bosnia. Hensem habakkk hang! Mancung wa cakap luuu.





Wednesday, 10 April 2013

HTC!


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum peeps!

Mood sekarang adalah gigih mengumpul duit untuk membeli makhluk handphone. Yeahhhh! Puan Emak dan Encik Ayah memang tidak akan melaburkan duit dalam projek mega aku ini. sobs sobs. Tak mampu katanya. Neberr mind. I is bekerja keras. Padahal kerja aku duduk rumah jee. Menunggu mana mana tawaran dan seruan universiti. :D

Walaupun aku memang tak berduit, hobi tetap adalah buka official site HTC. Dasar tak sedar diri sunggoh! Lepas tu mula lah menitik air liur tengok kegojesan henpon henpon zaman pasca merdeka ini. 

Mula mula guna phone Nokia 2100. Lepas tu Nokia 6610i. Lepas tu Sony Ericsson W200i. Lepas tu LG Cookie Fresh. Oiiiih. LG tu masa form 4 aku beli. Touch screen belum berleluasa. Malangnya phone tu bukan android. Neberr mind. Mak oke je. *ayat pujuk hati*. Bila dah besar, tengok phone canggih canggih memang tergugat iman.

Contohnya....

 HTC One. Ni memang luar jangkauan melunjur aku. Tak mampu den nak mengumpul duit buat beli makhluk ni. 2K tuu. Hanya mampu tengok dan terliur.


 HTC Windows 8X. Keluar November tahun lepas. Oke lah. Warna lawa. Tapi yang ni pon aku tak mampu. RM1700++? Aku pon tak tahu apa yang aku mampu. sobs sobs.


 Haaa. Ni adik kepada 8X. 8S namanya. Harga bawah 1K. Tapi sebab harga lebih murah, spec beliau pon adalah tidak sehebat abangnya si 8X.


8S tapi warna lain. Aku adalah pencinta kelabu. I lap you soo much!


Tapiiiii. Kalau phone windows tak boleh donlod Temple Run. Setakat ni lahh. Tapi aku pon lambat lagi nak cukup duit beli makhluk henpon ni. Mungkin maasa aku dah cukup duit tu, platfowm windows dah support Temple Run etc etc. Aminnn. Besar harapan ni!

Oh. Mana mana yang baik hati, do click the iklan dekat tepi dan atas tu. Boleh lah tolong aku collect duit lebih cepat untuk beli makhluk makhluk canggih ni. Ada yang tanya why HTC? Sebab HTC slim. muahaha. Slim and sleek. Aku kureng suke phone yang bulky bulky tuh. Cukuplah aku bulky. Phone biar slim melim. :D. Htc ada HTC Sense. Lepas tu ada Beats Sounds. Pendek kata, aku suka!

Okey. Tu je. Babai.

END. May ALLAH bless.


Tuesday, 9 April 2013

Must-Watch-Video!


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assaalamualaikum peeps!

Ingat tak video yang pernah trending dekat YouTube tuhhh? Yang pasal kalau hari esok kiamat tu? Yang Jin TV punya artwork tu? Don ingat ke? Neberr mind. Ni video yang agak lama kot? Tahun lepas. Tapi sebab aku jakun dan kampungan, baru tengok tahun ni. Mana yang belum tengok, tengok la dulu. ngehngehngeh.




Okey! Dah tengok? Does it rings any bell? Bila dah tengok video ni, macam terus masuk memory lane. Banyak sangat yang sama dengan zaman zaman aku sekolah rendah.

Pensel Warna
Masa sekolah rendah, sapa yang ada pensel kaler 24 batang tuh, gila happy ah. Aku pernah dapat pensel kaler yang 36 tuh sempena dapat nombor 1 exam akhir tahun. Happy nak meninggal wa cakap lu. Tambah tambah duduk dekat kampung, so kebanyakan member member guna yang 12 tu je. Bila ada yang 24, 36, 48 semua semua tu, boleh la nak eksyen sikit. :D

Lepas tu, ada jugak yang pesen tulis nota dekat lidah kotak pensel kaler tu. Kotak pensel kaler ada lidah eh? Adaaaa. 


Haaa. Aku ada kawan yang tulis "Tidak dibenarkan pinjam tanpa izin." Yang lagi hebat "Tidak dibenarkan pinjam melainkan ahli keluarga". Amboi. Dah kalau ada yang desperate sangat nak guna, takkan on the spot nak kawen dengan adik beradik engkau. By the way, orang Terengganu panggil Kalam Cat.


Biodata
Ni semua keje perempuan. ngehngehngeh. Termasuk aku. Biasanya si A bagi buku nota yang comel comel dekat si B. Pastu si A cakap nak biodata. Si B pon dengan happynya tulis, tajuk besar dulu. Lepas tu biasaanya macam ni.

Dekat part makanan kegemaran dengan minuman kegemaran tu, jawapan paling selalu aku jumpa adalah MASAKAN IBU/MAK/MAMA/UMMI/BONDA. Tak pernah pulak aku jumpa masakan bibik. Pastu, kalau macam yang ramai sikit idola tu Nabi Muhammad S.A.W. Bagus lah kan? Pastu biasalah dekat sebelah tu tulis nama member punya buku tu besar besar, pastu guna setiap huruf dalam nama dia buat ucapan. :D

Sekarang aku sedar, kalau aku tak habiskan masa buat makhluk biodata ni dulu dulu, mungkin aku lagi pandai daripada Amalina Che Bakri. Mungkin jugak gambar passport aku tak banyak habis. ngehngehngeh. Neberr mind. Seronok jugak kenangan macam ni. :D

Pas Pas Surat
Ni pon kerja perempuan. buihihi. Ada banyak sebab dan tujuan. Satu, untuk suka suka. Dua, untuk mengumpat rakan sendiri tanpa mengeluarkan suara. Tiga, untuk cerita rahsia rahsia kecik. Empat, untuk bergaduh tanpa kekasaran dalam bentuk fizikal.

Aku ada satu box yang penuh dengan surat surat masa aku sekolah rendah. Bila tengok balik rasa bodoh pon ada. Rasa berdosa pon ada. Rasa nak lempang diri sendiri laju laju pon ada. Rasa lawak tu memang opkos la kannn. Ada yang aku ngumpat member sendiri. Ada yang aku sibuk korek rahsia. Ada yang member aku hantar mintak maaf. Ada yang member cerita rahsia. Ada yang member ajak mengumpat. Muahahaha. Kelakor sunggoh!

Tudung Botol vs Batu Seremban
Aku konpius. Main dekat Terengganu pon still panggil batu seremban. Apakah? Tapi main dua benda aalah ni memang seronok. Lepas tu kadang kadang bergaduh sebab ada yang berbeza peraturan. Padahal duduk sekampung. Adat permainan pon boleh berbeza. Ahhhh. Ini semua poyo!


Haaa. Nanti kalau ada yang terlungkup dua atau tiga tudung botol tu, lain pulak gamenye. Hebat la budak zaman zaman dulu sebab boleh ingt semua skill skill yang diperlukan. Gamer tegar katanya! Oh gambar batu seremban aku malas nak google. Ada orang tak pernah tengok batu ke? ngehngehngeh. 

Tu je lah bebel untuk hari ni. Babai.

END. May ALLAH bless.



Monday, 8 April 2013

Wajah Baru!

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Assalamualaikum peeps!

Disebabkan kebosanan terlampau, maka aku ambik keputusan untuk menukar wajah blog. Okay. Aku tahu. Header entah apa apa. Muahahaha. Take note, lesung itu adalah main point ya!

Itu sahaja!

END. May ALLAH bless.