Showing posts with label of poem and puisi. Show all posts
Showing posts with label of poem and puisi. Show all posts

Friday, 14 June 2019

Tinggal Pergi

Menjadi yang ditinggalkan akan sentiasa menyakitkan.
Saban malam, memikirkan segala susuk kekurangan.
Setiap detik, merenung apa yang sebenarnya boleh dilakukan.
Setiap saat, mengintai kalau-kalau ada yang boleh dibetulkan.

Kata sudah dilafaz.
Janji sudah dimungkiri.
Manis sudah berganti benci.
Yang jadi, sudah jadi.

Yang pergi meninggalkan jarang sekali kembali pulang.
Apa yang menyakitkan sukar benar mendatangkan kegembiraan.
Perlahan-lahan, lepaskan.
Dikenang boleh, digantung harap jangan.
Semoga satu saat, akan tiba kekuatan untuk benar-benar melupakan.

Saturday, 5 November 2016

Tolong, Tuhan

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Tuhan,
Izinkan aku pinta,
Beberapa perkara.

Satu,
Senangkan aku untuk senangkan mak dan ayah aku.
Biar nanti waktu jalan hujung minggu,
Mereka minta ini itu,
Semuanya aku mampu
Tak perlu congak kira dulu
Terus aku bayar kerana aku mampu untuk buat begitu.

Dua, 
Pinjamkan mak dan ayah lebih masa juga,
Kerana apa lebihnya dunia kalau mereka bukan lagi isinya?

Tolong, Tuhan.

Friday, 19 February 2016

Love


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


I never thought that I could love someone outside my family more than I love books or reading. But I did. I fell in love back in 2013 and it has bloomed ever since. 

I never thought that I LOVE YOU could be such an understatement for a feeling between two person. But it did. I said I LOVE YOU but it doesn't even close to what I am feeling for him.

I never thought that I would write cheesy things like this. But I did. Love, what a silly feeling it is.

Tuesday, 13 January 2015

Kalau Boleh


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Kalau boleh,
Aku nak travel satu dunia.
Minum kopi di Manhattan
Tonton fashion show di Milan
Santap fresh croissant di Perancis
Jalan tepi Sungai Thames jamu mata
Singgah di Itali kunyah pizza
Sedut udara Wales yang segar
Pilih rempah ratus di India
Tilik barang murah di China
Atau pergi sahaja ke mana mana
Yang kaki ku mampu bawa
Yang penting setiap suasana
Aku mahu ambil gambar
Dan kongsikan di insta.

Kalau lah boleh.
Kalau lah jalan jalan itu murah.
Kalau lah diri ini pandai berjimat, bukan setakat berangan.
Hidup kalau sembang pasal kalau, kalau boleh taknak kalah taknak habis taknak sudah.

Kalau lah kan.





Monday, 7 July 2014

Dunia dan Mimpi Kita

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Kalau kau cari sempurna
Dalam dunia yang nyata
Kau akan kecewa

Kalau kau cari permata
Dalam celahan kaca
Kau akan terluka

Kalau kau cari cinta
Dalam bayangan rasa
Belum tentu kau jumpa

Kerana hakikatnya
Dunia ini bukan macam dalam cerita 
Yang kau baca sebelum menganyam lena

Dunia ini dunia nyata
Belum tentu pengakhirannya indah semua
Kalau pengakhiran indah impian kita
Harusnya kita usaha
Jangan hanya baca cerita
Dan tenggelam dalam jiwa
Dipengaruhi rekaan semata.

Usaha. Untuk mimpi kita.



Monday, 23 June 2014

Goodbye


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


I hate goodbye
Though I don't know the reason why
I won't look at their faces when I wave bye
I won't turn back to give a smile
Cause I'm afraid I will cry.



Saturday, 14 June 2014

Kita.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Antara kita
Tak pernah ada benda yang sama
Yang sama sama kita suka
Atau sama sama kita tak suka.

Aku lebih senang melayan lena
Saat kau pilih untuk tonton bola
Aku lagi suka bising berbicara
Waktu kau sibuk baca berita

Aku minum nescafe hampir tiap hari
Kau telan secawan sudah goyah nak berdiri
Aku boleh telan nasi goreng waktu tengah hari
Kau hanya makan waktu sarapan pagi.

Aku teruja memilih aneka makanan
Tika kau layan pelbagai sukan
Ah. Jelas puncanya, kan?
Kenapa begitu berbeza kita punya saiz pakaian.

Aku boleh menangis bila belajar Sejarah
Kau faham seolah olah ia subjek paling mudah
Aku boleh tersengih suka dalam kelas Inggeris
Kau biasanya terlungkup tewas umpama pahlawan ditusuk keris.

Banyak beza antara kita
Ini hanya separuh idea
Cuba kalau aku tulis semua?
Confirm aku musykil macam mana kita boleh bersama.

Tapi tak apa
Janji kita kongsi rasa yang sama
Sama sama suka
Sama sama cinta.


p/s : jom sama sama menggelikan diri baca puisi jiwang ini.








Saturday, 7 June 2014

Hei Lelaki.


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ





Tuesday, 3 June 2014

Ramble.


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Ladies,
If you were born pretty
You are lucky.
Some struggle very hard for the beauty.

If you were born in a wealthy family
Even though you are not pretty
You still are lucky.
You have the money to afford the beauty.

If you have both wealth and beauty
You are super lucky.
You have things that people often gone crazy for.

But hey,
To hell with beauty and money.
I say,
Let us be a good cook
or a good writer
or a good tailor
or a good teacher
Because
Beauty and money can't stay forever
But skills and passion will.




Sunday, 18 May 2014

Semua manusia atau hanya aku?


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم


Kalau ku turut keinginan
Ku ingin pandai masak pelbagai makanan
Kaya raya hingga mampu beli semua pakaian
Mahir bertutur dalam serba serbi bahasa percakapan
Gagah berani menyampaikan segala hujah pandangan

Kalau ku ikut kemampuan
Ku lebih pandai makan
Punya beberapa helai pakaian
Mahir bertutur bahasa kelahiran
Banyak menyimpan hujah pandangan

Akhirnya 
Aku tetap aku
Banyak keinginan
Sederhana kemampuan
Papa kedana dengan pengusahaan

Sungguh
Manusia punya beribu nafsu
Mahu ini itu
Namun tetap tidak berdaya maju
Semua manusia atau hanya aku?




Friday, 16 May 2014

Have You?

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ



Have you ever love someone so deep
that your heart aches when he's not around?

Have you ever love someone so deep
that you keep searching for his face
even you know he's not around?

Have you ever love someone so deep
that you can't stop loving
even all he gave you are hurt and wound?

Have you ever love someone so deep
that you keep forgiving him
even you know it is wrong?

We all have.
All we need is someone who know
our love towards 'em is so deep
that they won't play around.




Wednesday, 30 April 2014

Judgmental.


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


That girl
She seems to be happy in everyone's eyes
But little did people know about her life
She had been through too much
Fighting so harsh
Just to live the so called life

That boy
They said he was ruined
By all the people and the things
That made him such a human being
He had such a broken wing
That he thought it would never be fine again
He had gave up on flying
Since he knew nobody is helping

We human are too judgmental
We describe every people at the very first look
We said it was the first impression
Though we knew it was our conclusion
We discussed people as if we are beyond perfection
We are drown in our very own deduction.




Friday, 25 April 2014

Night


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


It was during the night
Where it was so silent
That I can hear my very own heart beats
That I can really feel my eyes blink
That I can tell which part of bones are rattling from the cold
It was during such nights
Where I thought about you the most.



Monday, 21 April 2014

Biar


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Mereka kata mereka tunang
Kerana mereka berhajat mengakhirkan hubungan
Atas nama pernikahan

Mereka lupa mereka punya Tuhan
Tuhan yang memiliki segala kelebihan
Yang memerhatikan mereka saban siang dan malam

Jangan kau lupa anak muda
Gelaran tunang bukan lesen menghalalkan dosa
Jangan kau cemarkan agama
Demi kemuliaan di mata manusia

Biar keseorangan
Biar kerinduan
Biar kebosanan
Biar sakit memerhatikan orang berteman
Biar cemburu melihat orang berpacaran
Kerana selagi kau pegang pada iman, Tuhan pasti kurniakan kau kebahagiaan.




Sunday, 9 March 2014

MH370

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Mudahnya keyboard warrior berbicara
Menyuruh kerajaan hebahkan sahaja
Jika benar pesawat MAS hilang di dunia
Mereka bilang mereka redha
Mereka maki dan mereka cerca
Mereka lupa
Atas pesawat itu mereka tak punya sesiapa
Tak punya teman mahupun keluarga
Mereka sekadar berbicara
Menembak kata tanpa kira.

Tengok dengan mata hati
Tengok dengan teliti
Yang dikatakan hilang itu meninggalkan famili
Pasti mereka simpan harapan dan doa yang menggunung di hati
Kalau hebah tanpa kenal pasti
Tanpa peduli perasaan dan diri
Mengumum berita tanpa bukti
Bukankah runtuh semangat mereka nanti?


Jangan sebab nak retweet di Twitter,
Like di Facebook,
Komen di blog,
Kau lupa perasaan orang lain.
Jangan.
Jangan benda macam ni pun nak dipolitikkan.
Jangan kau lupa kita punya Tuhan.
Jangan kau lupa sikap kemanusiaan.

Musibah ini ada hikmahnya,
Harusnya kita makin rapat sesama rakyat dan bangsa.
Bukan saling mewujudkan prasangka,
Antara dua parti berbeza.

Bukan menyebelah mana mana
Cuma sakit hati dan sakit mata
Melihat keyboard warrior berbicara
Tanpa mengira baik dan buruknya.

#PrayForMH370



Wednesday, 26 February 2014

Mengada nak berpuisi.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Betul kata orang,
Bila sayang,
Harapan jangan sampai luas sebendang.

Jangan bubuh percaya dalam dalam,
Jangan terlebih rindu dendam,
Jangan sampai hati pun kau pejam.

Tak mahu terima kebenaran.

Sebab,
Sakitnya bila hati dikecewakan,
Bukan macam sakit jatuh tepi jalan,
Atau sakit hati dibahan.

Tapi, sakit yang ambil masa nak hilang.
Dan bukan sekejap.