Thursday 18 July 2013

Ramadhan di asrama


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Assalamualaikum peeps!

Sementelah masuk universiti lambat lagi, maka duduk rumah sahaja. Bila dah sayu dan syahdu tengok purse takde duit, aku ambik keputusan bekerja. I work for reasons of course. Nak beli phone baru weyyy. Encik bapak dan Puan ibu memang cuci tangan dalam sponsor duit barang seratus dua. Jadinya, aku memerah keringat dan kudrat la mencari duit. Takpa takpa. What doesn't kill you makes you stronger! Gaji adalah berdasarkan jam bekerja. Gigih bangun pagi balik petang demi teknologi. -,-

Anyway, mari pulang ke pangkal jalan. Aku nak bercerita pasal Ramadhan di asrama. Bila duduk asrama ni kann, masuk je bulan Ramadhan feeling perantauan terus. mihmihmih. Kalau junior kan, nanti hari Khamis beratur panjang panjang depan bilik Timbalan Pengetua Hal Ehwal Pelajar merayu rayu mintak balik. Senior semua bajet tough. Konon nak spend masa cari pengalaman puasa jauh dengan family. Dalam hati air mata melimpah macam Sungai Sarawak. Aku tak. Aku memang tough. :D

                          

Yaaa. Ini tray namanya. Untuk letak makanan buat berbuka. Biasanya ambik makanan ni ada jadual. Berbuka puasa ikut kelas. Setiap meja tu memang dah di tag dan disusun kerusi mengikut bilangan sepatutnya. Zaman aku form 1 sampai Form 3, lepas ambik makanan tutup dengan surat khabar. Naik upper form dah maju weyy. Maktab sedia plastik yang buat balut sandwich tu untuk tutup. Budak lelaki terlebih kreatif. Plastik tu buat balut lauk dan kuih muih lebih untuk dibuat moreh sendirian berhad. Syabas! Yang lagi sengal, buat balut kalkulator. Kreatif sangattttt.

Lepas tu, bulan Ramadhan dekat asrama ni memang akan ada kuih muih yang famous tauuu. Sebab apa famous? Either beliau direbut ramai pelajar atau beliau muncul melebihi dua kali dalam seminggu. Contohnya adalah mereka.

Yaaaa. Kuih gulung a.ka. kuih ketayap. Aku suka sebab sedap.


 
Kuih lapis. Sebab hidang makanan pukul 6.15, nanti berbukak memang kering punya kuih ni. Jadi, tak berapa sedap.


Bukan tepung pelita. Ni kuih tako. Kenal takk? Dia lainn. Tapi adik beradik lah kot dengan tepung pelita sebab rupa depa lebih kurang.


Ini. ini. ini. Beliau sangat famous. Namanya kuih cara. Seminggu mesti ada punya.


Ni pon famous jugak. Sorang student dapat 3 biji. AKu selalu je kebas lebih. Sebab sedap nauuu. Tapi, onde onde asrama lain. Kau gigit lapan kali baru rasa gula melaka dekat tengah tuuuu.


Sekali berbuka ada dua jenis kuih dan tiga biji kurma. Lepas berbuka tu, kurma tu terkelip kelip dalam tray. Budak budak ni sibuk telan benda lain. Sebelum berbuka bukan main rebut kuih banyak banyak. Sebab lapar kononnya. Lepas tu, hampeh. Semua macam ular sawa tersandar dekat kerusi. Makanan tu duk tersengih mintak ditelan. Dekat asrama aku, kau kena maghrib berjemaah dulu, baru boleh makan main course berbuka. 

Surau masa bulan puasa seronok tau. Pukul enam lebih lebih tu kan, anggota Persatuan Agama Islam Semaktab (PAIS) akan sembur sajadah dan langsir dengan febreeze. Lepas tu pasang air-cond dan tutup pintu rapat rapat. Nanti masa nak semayang maghrib rasa sejuk dan wangi. Best gilakkkk. Part terawih pon buat aku rindu. Kalau terawih berimamkan Ustaz yang dah tua, ketaq lutut weyyy. Dia baca sebelah muka surat untuk setiap rakaat. Speed dia tu macam tengah bersiar siar tauu. Lekkkk err. Berpeluh peluh ketiak. Air cond pon takde makna.

Lepas terawih ada moreh biasanya. Moreh ada air bandung dan agar agar. Yang tak bestnya, mereka yang tak boleh semayang dan tak buat witir dah telan dulu. Kami senior cerdas. Awal awal dah plan. Mana mana fivers tak boleh semayang, tunggu betul betul dekat meja moreh. Sampai je makanan moreh, terus isi air bandung dalam botol air fivers yang tengah semayang tu. Agar agar tu terus reserved kan untuk sahabat yang beribadat. Kalau ada junior ambik lebih, jeling sedas. Jelingan tak berkesan? Guna suara. muahahahah. Bulan puasa pon menyetan. -,-''

Banyak memori kalau nak diingatkan. Cukuplah sampai sini. Belum masuk part curi curi beli bunga api dan mercun tuu. Main lilin dalam dorm. Sibuk bluetooth lagu raya. Karaoke lagu raya sampai kering tekak pagi buta di hujung minggu. Berebut beli makanan dekat bazaar sekolah. Yaaaa. Sekolah aku ada bazaar. Ada ice blended, ada nasi, ada air, ada kuih dan macam macam. Dah cerita pulakkkk.

Oke. Tu je. Bye.

END. May ALLAH bless.




Wednesday 10 July 2013

Ramadhan dan Couple Seminggu


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum peeps!

                          

Ramadhan dah tiba. By the way, gambaq dari Google. hihi.

Salam Ramadhan buat semua. Mana yang sibuk nak top up pahala, inilahhh masanya. Yang nak kurangkan berat badan pon, inilah masanya. Semoga Ramadhan ini menjadi Ramadhan yang terbaik buat kita.

Sebelum Ramadhan ni, adalah isu yang pasal video couple seminggu tu. Hangatttt sekejap. Pada aku, jangan nak duk bash budak tu lebih lebih. Dia dah mengaku silapnya. Dia dah mohon maaf. Dia dah cakap dia bertaubat. Lagi mau bash pulakkk. Kita yang belum beranak pinak, jangan nak mengutuk mengata lebih lebih. Silap hari bulan kena atas batang hidung sendiri.

Ada jugak komen yang kononnya menegur dekat blog adik tu. Tapi, bagi aku kasar. Adik tu cakap dia solat taubat pon lagi nak komen. Kalau betul nak menegur, gunalah cara berhemah. Agaknya, mak ayah budak tu pun boleh terkaku tergamam baca teguran tu. Sepatutnya, doakanlah yang baik baik. Jangan rasa bagus, pergi kutuk kaw kaw.

Ada yang kata, " Bila dah kena malukan macam ni baru nak ingat Tuhan?" Pada aku, inilah cara ALLAH nak menarik hambaNya ke pangkal jalan. Hidayah tu boleh datang dalam berbagai cara. Mungkin lepas ni iman dan taqwa adik tu meningkat. Kita yang mengutuk mengata lebih lebih ni apa yang dapat? Nan hado. Anggaplah ini caranya ALLAH nak menyedarkan hambaNya, nak melatih hambaNya menjadi kuat. Husnuz dzon. :)

On random thoughts, aku perasan. Malaysian memang caring. Cuma mungkin cara menegur yang terlampau lantang kerana terlalu berpegang pada kebebasan bersuara. Apa yang aku tahu, bagi penganut agama Islam, boleh menegur, tapi jangan sampai melukakan hati pihak lain. Kalau betul mahu mencerca pembuat video couple seminggu kerana pegangan amar makruf nahi mungkar, kenapa dalam komen diselitkan unsur carutan? Pelik kan? Kita manusia. Aku juga. Maka, dosa itu perkara lazim yang kita buat. Tegurlah dengan berhemah bukan menggunakan kata kata berbaur sampah.  

Oh ya. Ramadhan ni bukan suruh tahan lapar dan dahaga sahaja. Kata kata juga. Jari jemari yang mengomen di mana mana laman sosial juga jangan lupa. Ada yang kata, kalau kita berbuat jahat pada bulan puasa, malulah. Syaitan tak ada. Maka, jika berlaku jahat juga, itu memang diri kita. Ihya' Ramadhan. Mari memperbanyakkan ibadat. :D

Tu je. Kbhai.

END. May ALLAH bless.







Saturday 6 July 2013

Lovely notes!

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Assalamualaikum peeps!

Macam yang aku cerita hari tu, aku melalui bridging programmes selama tiga minggu di Sunway University. Hewhew. Seronok baqqhang. Opkos lah seronok kan, makan minum ditanggung yaww. Penginapan pun, alhamdulillah. Sangat sangat selesa. Kami menginap di Sunway-Monash Residence. Very the comfortable. Sangat bersyukur. Alhamdulillah sekali lagi.

So, sepanjang kelas bridging ni, banyak aktiviti menarik. Basically kelas ni groom ourselves untuk ada self esteem yang lebih tinggi dan bagi tips serta skills yang diperlukan untuk menghadapi hidup di universiti ini. Kelas last tu lecturer arahkan kami buat notes untuk kawan kawan. Senaraikan three positive traits dalam diri kawan kita. Maka, kami yang perempuan wajib buat untuk setiap lelaki dan begitulah sebaliknya. Positive traits only!

 Some of the guys handwriting are very nice! Most of the traits I got were : brave, funny, kind, extraordinary. Thanks!


The notes and pic nicely printed. Notes from tiga dara dari utara. Orang utara segak nohhh. Love you gals!


 Yeay! Dapat gambar ramai ramai akhirnya. Spot me there! Yang dipoint itu. Yaaaa. Aku dianjingkan mereka. hahaha. Rindu baqqhang!


Berbalik pada point asal, notes tu sangat lovely. Rasa macam happy tau bila baca apa pendapat dan persektif orang terhadap kita. Ada je guys yang jenis rajin, tulis lebih dari tiga. Memang self confidence akan ter-boost sedikit bila baca. Lepas tu, lecturer akan suruh semua orang pick tiga dari semua notes tu dan baca biar seluruh kelas dengar. And for me, benda macam ni sangat bagus. Kalau jadi cikgu nanti pon, aku nak buat benda ni.

The best part is, ada yang macam jenis nakal. Mereka akan tulis benda yang terang terangan nampak salah. Hahaha. Oh ya. Kita tak tahu siapa pengirimnya. So, hati akan berbunga bunga bila dapat pujian dan sanjungan. Comel sangat kann? haha. But then, aku bingai. Semua notes dari aku, aku sign dan tulis nama dengan penuh bangga. -,-'' Bingai sangatttt. Bila part budak laki baca notes mereka, saja pilih aku punya lepas tu baca kuat kuat nama aku. Dasarrrr.

Heh. Tu je lah nak membebel. Notes tu masih disimpan tahuuuu. XD

END. May ALLAH bless.

p/s : ramai kawan kawan YPPB dah masuk institusi masing masing. Karting elaunnn please? XD



Monday 1 July 2013

Outward Bound School!

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ  


Assalamualaikum peeps!

Long time no writing. Life was hectic. Alhamdulillah. Dikurniakan rezeki dapat scholarship under Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (YPPB). Masuk UPSI 5 hari, lepas tu sengih sengih keluar bawak diri. So, lepas ni sambung dekat Unitar International University. Yeahhhh! Bersama Najwa Latif nampak gayanya. XD

So, apa yang diceritakan sebenarnya? ooookey. So, sebelum sambung belajar di institusi yang ditawarkan, kami perlu melalui Bridging Programme selama tiga minggu. First week is at Outward Bound School, Lumut, Perak. Sumpah, best gila! Sesiapa pernah pergi OBS? Memang antara sweetest memory in life la.

Nak share gambar pun tak banyak. Sebab seminggu dekat OBS, phone, makanan, jajan, mp3, buku bukan ilmiah dan benda benda elektronik wajib diserahkan. Kamera dibenarkan. Tapi sebab sibuk gila dengan aktiviti, kamera tu macam tak wujud jadinya. Kami punya course adalah seminggu. So, kami sempat merasai land expedition, sea expedition, rafting race, orienteering dan sebagainya.

So, ni jelah gambar yang ada. haihhh. Sikit sangat.


 So, this is the preparation for sea expedition. Kena berkayak mehh. Barang barang penting macam bekalan makanan, dry bag yang buat isi personal things, tent sheets dan benda benda penting akan dibawa oleh mother boat. Maka, kena angkut. XD


 My teammate! Tong colour putih tu, ration tong namanya. Dalam tu ada bahan bahan untuk masakan. Dalam plastik putih yang dibimbit tu ada periuk. Dalam periuk, ada makanan. Gallon bottle yang kecik kecik tu untuk bekalan air.


 Human chain! memudahkan kerja. Lelaki ramai buat. Sebab depa gagah perkasa. hewhew


 Ni berlepas lah kira. Berdebarnyaaa, hanya tuhan yang tahu. Dalam setiap kayak, akan ada gallon bottle. Senang nak buat minum. Biasanya pair kena laki perempuan. Sebab lelaki gagah. Tapi aku dua dua perempuan. Kami pair wanita pertama sampai. Pair kelima keseluruhan. Seriously bangga. :3


 Malam last. Ni gambar group Yong Belar. Group aku tak ada gambar. Makanan sumpah best. Lepas makan, lepak dengan group tepi pantai sampai 11.30 malam. Sampai mati akan ku kenang.


Ni gambar ramai ramai. Kami dapat satu tiap sorang. Happy sehhh.


OBS ni memang akan bring the best out of you. Pasai apa? Sebab, aktiviti dia seriously akan challenge the limit in yourself. Contoh dalam kes aku, land expedition. So, kami rilek je. Masing masing ingat ekspedisi jalan jauh bersama bag pack besar gedabak. Rupa-rupanya, kami kena daki tiga puncak bukit! Perjalanan start around 9 a.m. Kami sampai dekat camping site around 6 p.m. Letihnyaaa, hanya Tuhan yang tahu.

Part sea expedition, okeylah. Tapi, instructor memang ajar semua benda lah. Macam mana nak rafting, nak bagi signal emergency dan nak stop. Dari cara paddling sampailah cara nak selamatkan diri bila kayak terbalik. Lengkap. Alhamdulillah, tak ada kayak yang terbalik pon. Sangat bersyukur dan lega sebab ombak adalah besar kerana cuaca yang tidak menentu. Kami berkayak ke Pulau Pangkor okehhhh. Jauhhh. ><

Makanan dekat OBS seriously sedap. Oh ya, makan pakai sudu garfu Lepas tu ada moment of silent sebelum makan. Yang Islam baca doa. Yang tak Islam, ikut kepercayaan masing masing. Semua utensils makan dibasuh sendiri tahu. Makan sepanjang masa bersama group. Sebab tu bond tu kuat gila. Duk gelak, melawak, bergurau, merajuk, bergaduh tiap tiap hari. Sampai hari ni pon duk teringat lagi.

Tu jelah nak share. Kalau ikut panjang lagi. Kisah menang rafting race. Kisah kena kejar monyet dekat Teluk Sekadeh. Kisah rapelling dekat bukit tinggi nak mati. Kisah berkayak tengah lautan. Kisah pertemuan dan perpisahan. Banyak sangattt.

Till then. Adios.

May ALLAH bless.