Thursday 31 January 2013

#5 Jumaat Reminder APA YANG SYOK MASA HARI JUMAAT?


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum peeps.

Yeah. Sekeping gambar buatan tangan. Comel dokk doodle tuh? Freebies dekat belog taiko doodle : fizgraphics!. Haa. Pegi laa jenguk jenguk. 

Esok Jumaat. Macam biasa la kan. Meh kita sharing sharing apa yang best pasal hari Jumaat ni. :D . Minggu ni share pasal amaln dan kelebihan Jumaat la. Buku nota yang aku duk catat catat pasal surah surah amaln tuh hilang. Ada je dalam kotak bawah meja, malas nak cari je. hikhik.

No worries peeps. Yang ni pun bermanfaat jugakk. Okey okey. Cekidaud~
  • Buat sujud sajdah masa solat subuh. Dekat asrama dulu selalu buat time pagi Jumaat. Eheh. Aku pernah buat lima, enam kali je. Subuh Jumaat biasanya dekat dorm je. Malas ke surau.
  • Banyakkan selawat. Kalau hari lain dah banyak, hari Jumaat ni gandakan lagi.
  • Baca surah Al-Kahfi. Alah. Surah yang boleh lindung kita daripada dajjal kalau kita hafal tuh. Kalau tak larat nak baca sebab panjang, gagahkan. hikhik. Surah Yaasin dan Ad-Dukhan pun elok buat amalan masa hari Jumaat.
  • Banyakkan doa. Ada jumpa macam cerita la lebih kurang, doa selepas Asar pada hari Jumaat hingga sebelum Maghrib sangat bagus. Sahabat Rasulullah SAW, ramai yang rebut peluang ni. Ada yang sampai tak bercakap dengan makhluk lain sebab nak mengadu padaNya.
  • Potong kuku. Kalau potong ikut susunan sunnah lagi bagus. Macam mana ikut sunnah? Ni dia. Tengok lerr. Jelas ye? :D                                                                        
                                      

Yeah. Tu je kot nak share. Tu pun aku baca dari sini. Sama sama la kita amalkan. Ilmu aku pun cetek jugak. Umur pun tak sampai 18 lagi. Anyway, nak menyelit sikit. Selalu tak baca beautiful nara? Aku suka artikel pasal komen a worried muslimah to hijabista magazine. Suka sangattt. Nak tahu apa komennya? Tengok sini. Aku pun ada komen? Ce teka mana komen aku? hahaha.

END. May ALLAH bless.


Wednesday 30 January 2013

My Blog Giveaway

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum peeps.

Kalau korang tak terliur nak join segmen ni, korang punya sifat sabar dan daya tahan terhadap duit tu memang tinggi. Tahniah aku ucapkan.

Tapi, kalau terliur nak join, normal la. Do click the banner. Oh, nak tahu ke apa hadiahnya?

Jengggggggg.

First place : RM 100 *bank in
Second place : RM 50 * bank in
Third place : RM 30 *bank in / top up,terserah kepada yg mng
Fourth place : RM 20 *top up
Fifth place : RM 10 *top up

Hah! Tanjat lettew.


                          
                      

So, aku nak tag sape eh?? Mereka lah : Piqah . Melah. Dierah. Qin. Cik Fie!

Okey. Dah sudah semua syaratnya. Aku nak mintak diri. Ciao!

END. May ALLAH bless.

Saturday 26 January 2013

The Young Explorer!

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum peeps.

Hah. Dah selalu sangat join segmen kannn. So hari ni nak sembang sembang kosong je. Apa kaitan tajuk dengan intro aku ni? Orang Terengganu cakap, dokk ssabit lasung! Means, takde kaitan langsung.

Jadi, marilah kita mengait supaya wujud kaitan itu. Menangis guling guling Cikgu BM aku baca ayat ni. :D . Hari tu kann aku pernak tepek gambar adik aku yang vongsu tu kenn. Ni pun gambar dia jugak. Gambar dia meng'explore' rumah sendiri.



Kalau tak pakai henpon canggih, begini lah hasil gambarnya. Tu lah si Explorer nya. Sedang menyepahkan periuk, bakul dan mangkuk yang disusun kemas oleh Puan Emak. Yang kaler hitam bulat tu, pan ye. Bukan tayar tuh. Tayar tak duduk dekat dapur. hihi.



I explore the fridge. It was cold. But worth it. I found a carrot. Yummm. Such a healthy food. Worth my explore.  - Muhammad Alif Ismail bin Abu Hassan, the young explorer. :D

Ya! Itulah kaitan entry dengan tajuk. Paham sudah? Nanti budak manja ni aku nak suruh shooting Dora the Explorer life action versi Melayu Terengganu. Boleh??

END. May ALLAH bless.

Friday 25 January 2013

Segmen : Tambah Follower sambil berkenal-kenalan.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum peeps.

Tolong jangan bosan dengan apa yang aku nak tulis. ihik ihik ihik. Ya! Aku join segmen lagi. Ni anjuran seorang jejaka hangat tau! Kalau rasa nak jadi hangat jugakk, join la sekali. Macam biasa la kan, sebijik banner.

                                          


Hah! Hangat tak banner tuh? Silalah kelik kalau nak join. Seperti mana syaratnya, kena sertakan bilangan follower sekarang. Aku kann terlebih rajin hujung hujung minggu ni. So, kita print screen.


Sape yang bace entri ni, lepas tu perasan gambar dia ada kat atas? Sila sengih dan gembira. kuikuikui. Anyway, jemputla join ye. Jemput semua. Jemput jemput pisang.

END. May ALLAH bless.

#4 Jumaat Reminder Kelebihan Ayat Kursi

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum peeps.

Again. Sharing some knowledge. Hari tu surah Insyirah. Hari ni ayat Kursi. Tapi rasanya, kalau ayat Kursi ni ramai yang tahu kann? hee. Never mind, share jugak. Mane tahu ada yang tak tahu. Boleh sharing kat sini.

Aku tahu ni pun daripada mesej someone that I consider as a close friend. He send me a lot of hadis and reminder. So, kite sharing la kat sini. Macam bese la, nak kasi menarik kaann. Sebiji gambar. :D

   
Yang ni ada maksud sekali. Cadangan Kak Didiey. Thanks sis! :D.
Okey, let's get to the real thing. Here are the benefits!

  • Baca pada saat keluar rumah, 70 000 malaikat akan menjagamu dari semua sisi.
  • Baca saat masuk rumah, kemiskinan tidak akan memasuki rumahmu.
  • Baca setelah berwudhu, darjatmu akan dinaikkan 70 tingkat.
  • Baca saat tidur, malaikat akan menjagamu sepanjang malam.
  • Baca setelah solat, maka jarak antara kamu dan syurga hanyalah kematian.

See? So, apa lagi? Jangan tangguh tangguh. Amalkan mulai sekarang. Pasal kemiskinan tu, apa yang aku tahu jugak, banyak kan amal Surah Al-Waqiah. Murah rezeki. Wallahualam. Yang penting amal, doa dan tawakal. He knows the best. Allahuakbar! Salam Jumaat. :D

END. May ALLAH bless.

p/s : peringatan untuk aku jugakk!


Thursday 24 January 2013

Kome Nak Tak ?!! My 2013 # 1 Give Away...



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum peeps.

Tadi blogwalking. Dah lama follow blog akak ni. Tengok tengok dia ada buat Giveaway. Nak tahu tak hadiah dia? Tadaaa! *buat bunyi drumroll sendiri*

                                       

Comell giloss uolls. Aku nakkk makhluk makhluk ni. Aku nak owl tuh. Yeah. Makhluk yang paling comel bagi aku ialah aku owl! Akak ni jahit sendiri rasanya. Akak, tolong lah bagi saya menang. hikhikhik. Tolong lah. Pelissss.

By the way, kalau nak join jugak boleh la kelik SINI. Meh la join ramai ramai. Kalau tak nak join takpe, doakan aku bertuah. Nanti kalau aku dapat hadiah tu, aku snap gambar dan post kat sini. Share la konon nya. muehehehe. Doakan aku!

END. May ALLAH bless.

p/s : owl. owl. owl. owl.

Maulidur Rasul

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum peeps.

                            

Okeyyy. Selawat dulu skett. Pahala ni pahala.
Hari ni kannnn. Hari Maulidur Rasul. Zaman kekecik dulu, selalu berarak dari sekolah sampai dekat masjid kampung. Sambil jalan tu, sambil selawat. Dekat depan sekali, ada van ustaz yang lead. Yang alim alim, suara sedap boleh duduk dalam van. Selawat guna mikrofon. Lelaki je la. Kalau aku lelaki, agak agak nya terpilih tak? Suara dah la taak sedap. Alim pon tidak. Jalan je laa nampak gayanya. *haih*

10 minit pertama, semua semangat. Kertas selawat dapat sorang satu. Semua sibuk selawat ikut apa yang tulis dekat kertas tu. Lepas lama lama sket jalan, fokus dah lari. Budak budak kan. Tengok tupai meniti wayar letrik terus kecoh macam nampak Siti Nurhaliza perform kat atas tuh. Tu baru tupai meniti, belum tupai join berarak sekali. Lagi lama berarak, lagi lunyai kertas selawat tu. Yelah, masing masing buat kipas. Tak pun lipat kecik kecik letak dalam poket. Nak buang rasa berdosa. Kan?? Then, lepas lama lama sangat suara budak budak terpilih je dengar. Suara aku sekali la kot. Bukan selawat. Aku sembang kencang. kekeke. Sungguh jahil.Nanti dah dekat dengan masjid baru la buat buat kuat selawat tuh. Hipokrit sungguh. hahaha. 

Bila masuk sekolah menengah, lain pulak selawatnya. Aku kan duk asrama, tiap tiaap tahun, dapat kain putih panjang. Bukan buat kapan, tapi lukisan. Macam banner ah. Lepas tu berarak keliling kawasan maktab tu ikut batch sambil selawat. Then, masuk dewan  dengar ceramah daripada penceramah jemputan. Biasa la kan. Cerita pasal sirah la. Menarik! 

Spesies yang memang selamba badak, bantai tidur je dalam dewan. Aku? Tak. Aku tak tidur dalam dewan. Tidur dekat asrama. kekeke. Lepas abeh ceramah okeyyy. Kena pay some respect la. Ni kan sambutan Maulidur Rasul. Baginda sayang kita, tak kan kita nak buat derk je masa sambutan ni. Kan? Kan? Kalau tak mampu nak buat semua sunnah tu, at least selawat. Pahala tu.

Neway, sebenarnya kannnn. Aku nak tunjuk video ni je. Bukan selawat. Nasyid Mestica. Tajuk Siratunnabi. Lirik dia aku sukaaaa sangat. Dengar la. Depan depan tu ada bahasa arab sket. The rest is Melayu. So, tengok, sing along dan hayati okeyyy.




So, Salam Maulidur Rasul semua. Semoga kita dapat menjadi umat yang lebih baik! Sama sama la kita hidupkan sunnah Rasulullah.

END. May ALLAH bless.


Wednesday 23 January 2013

Jahit. Jahit. Jahit.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum peeps!

Sekarang kan habeh SPM. So, most of member member aku buat lesen kereta. Tapiiiii.....

aku anak kampung,
tak punya banyak uang,
tak mampu buat lesen,
blajar jahit saja.

Hebakk dok? Nyanyilah ala ala Jimmy Palikat ye. kahkahkah. Cuti ni aku belajar jahit dan baby sitting sahaja. Dua kerja ni macam kerja sampingan la. Kerja utama? TLDM. Tidur, Lepak Dan Makan. Sekali lagi hebakkk. Tepuk tangan laju laju untuk aku. Aku belajar jahit sekali dengan Cik Piqah la. Aku, Piqah dan bespren aku sejak dalam perut lagi, Qilah. Yeahhhh! Kedua duanya adalah anak tukang jahit glemer macam pereka pesyen Hatta Dolmat di kampung masing masing. Aku? Mak aku merupakan tukang jahit yang fofular di rumah sendiri sahaja. Rendah diri sekejap. Aku tetiba rajin malam ni.So,aku tepek la gambar sekeping dua.Tengok tengok.



The alatan menjahit. Yang batang kayu tuh namanya penggelek. Aku selalu gelek gelek bile nak guna. Lama lama boleh challenge Inul Gelek tu. :D. Yang kuning tu kapur. Kau jangan mengada ngada nak guna kat papan hitam. Yang putih tu pembaris. Tapi skala kecik. Satu gunting untuk kain, satu gunting untuk kertas. Sungguh mencekik!




Kertas yang buat tekap tekap tuh. Macam kertas karbon la. Tapi warna warni. Gelek dekat kain guna Cik Gelek tadi. Nanti, dekat kawasan yang kita gelek dan tanda dengan kertas ni, kena jahit. Gitu la lebih kurang.




Ni dia panggil alas. Keras sebab dah iron dengan kertas gam. Letak dekat leher. Eh, kata keras. Ye lah. Bukan keras macam batu, tapi tak lembik macam kain.Keras la kiranya.




Kain yang dah disiap gunting ikut pattern. Yang lebih lebih tu kiranya ruang untuk kita jahit la. :D




Pattern jugak.Ni masa lipat lagi. kehkehkeh.




Ni pun pattern.Pattern punya lukisan. Sehari woo nak buat benda ni. Aku terkemut kemut lukis benda alah ni. Dah siap bahagian baju, baru perasan salah ukur. Satu hal pulak nak padam dan lukis balik. Kalau boleh undo redo macam edit gambar kang senang~~


 Kain yang aku guna tu kain kapas RM 5 semeter. ahahaha. Murah giloss kan? Cikgu jahit aku cakap, kain cotton sesuai untuk budak budak hingusan jahitan macam aku ni. Senang nak jahit katanya. Katanya lah. Tadi try main pusing pusing mesin jahit. Hancusss lebur. Terus cikgu cancel suruh jahit baju yang dah gunting tu. Dia bagi kertas, lukis bulat yang berpusar tu. Spiral eh? Yela kot. Dia suruh aku jahit guna mesin jahit tu ikut lukisan tuh. Cukup 10 minit, aku tengok kertas tu dah berlubang lubang sebab koyak. kekeke. Jadinya cikgu suruh aku biasakan diri dulu dengan mesin jahit sehari dua ni. Baik cikgu.


Kelas jahit tu start pukul 9 pagi.Abeh pukul 12. Balik tu kan, kene mengadap budak budak ni. Konon konon baby sitting ah. Padahal, Puan Emak yang banyak jaga. Aku tolong sikit sikit je. kekekeke.



 Muhammad Alif Ismail bin Abu Hassan. Lagi 2 hari cukup setahun. Hobi dia makan, panjat dan gigit. Dah pandai joget joget.


 Dah pandai bergelak ketawa. :D. Masa ni takde gigi lagi.


Ismail versi perempuan. Hahaha. Ni anak sedara. Nik 'Aisy Husna binti Nik Azlam. Hobi, minum susu dan meniarap. Susah nak tido. Cepat bangun bila tido. grrrrrrr~


Tu je kot aku nak bebel. kehkehkeh. Cepat lah siap wahai baju. Akan ku pakai dirimu walau sesenget mana pun jahitan itu. :D

END. May ALLAH bless.

p/s : doakan aku cepat pandai jahit baju~



Saturday 19 January 2013

NEW YEAR GIVEAWAY by SHAZREENA SHUKRI

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum peeps.

See the title already right? Bebel panjang panjang pon takde guna. Maka, ambiklah banner ini untuk tatapan mata. 


So, sila tekan banner tu kalau dah meleleh ailio nak join. Dannn, tolong terliur sekali. Kalau tak meleleh ailio pun takpe. Janji terliur. Nak tahu tak sebab apa korang kene terliur dan seterusnya join Give Away ni? First, syaratnya simple. Second, sponsor yang perlu korang follow dan like adalah sikit. Kalau korang tekan banner tu guna cursor, korang terus sampai dekat blog penganjur. Untuk like dan follow sponsor, ada button yang disediakan. Cukup memudahkan untuk bangsa pemalas seperti aku. DAN, yang paling penting, HADIAHNYA MENARIK GILA!


Menarik macam mana? Emmm. Okeyy, masa kau tengok bang Aizat berkumis nyanyi lagu Yuna dekat AJL menarik tak? Atau masa kau tengok video LISTEN yang trending baru baru ni? Atau kisah seram UiTM Lendu? Tak cukup menarik? Tak cukup gempak? Okeyy, let say Robert Pattinson Kahwin dengan Perempuan Melayu. Menarik tak? Kalau rasa menarik, macam tu la menariknya hadiah Give Away ni. Saspen tak?? Ehh, tak kenal Robert Pattinson? Aiseh. Nampaknya, mungkin hidup korang tak menarik. *overr tak aku? jangan marah.*

Apa apa pun, silalah join give away ini. Kalau tak nak join tak apa. Sila doakan aku bertuah dan sekaligus menang. :D. 

END. May ALLAH bless.

p/s : baru baru ni dah menang satu Give Away. Eksaited giloss uollls~


Friday 18 January 2013

#3 Jumaat Reminder KELEBIHAN SURAH AL-INSYIRAH


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ    

Assalamualaikum peeps and Salam Jumaat. 

Tadi, aku kemas kemas buku tulis. Nak cari la yang mana belum guna. Sebab nak sedekah dekat adik aku yang masih di bangku sekolah. awww! Kot tak kemas, buku tu lunyai dijadikan breakfast, lunch dan dinner makhluk anai anai. So, baik aku cari dan sedekah dekat cik adik. Ada jugak pekdahnya. Dipendekkan cerita,aku terjumpa la nota aku pergi kelas Quran masa zaman sekolah dedulu. ehh. Tahun lepas. :D. Nampak tak? Aku pergi kelas Quran okeyy. Opps. Riak di pagi Jumaat. Istighfar. 

Notanya pasal kelebihan surah al-insyirah. Eh, surah yang mana tuh? Aku paham.Bukannya jahil, cuma tak tahu nama sebenar surah. Macam kawan jugak, nama gelaran opkos la tahu. Nama penuh sekali dengan nama bapak belum tentu tahu. Jadi, aku tempekkan surah tu di sini.



Baca la sekali.Dah dapat pahala. :D. Apa kelebihannya? Cekidaut :
  • Amalkan 7 kali,tak lama tunggu bas.
  • Lepas solat, baca 3 kali atau bilangan ganjil, Inshaa ALLAH dipermudahkan segala yang kita ada.
  • 10 kali baca, memenuhi hajat. (try baca masa sujud solat hajat and masa doa)
  • Penerang hati
  • SENANG DAPAT JODOH. *wink wink*
  • Ubat demam.
  • Memudahkan kesusahan

Nampak? Nampak? Jadinya, selalu la amalkan. Jangan nak tunggu demam baru nak amal. Lepas tu jangan la expect kau yang demam itu boleh terus berlari mengejar pelangi. Baru sekali buat, nak hasil yang superb pulak. Mana aci. Addmath tu ponkau buat latihan lapan ploh ribu kali. Tu pon takgheti gheti. <---- ini aku. Kata hadis, kalau nak doa dimakbulkan pada masa susah, banyak la doa masa tengah senang. Ustaz aku cakap, benda macam ni,kena amalkan selalu. Baru lekat. Aku dah pernah dua kali pergi interview, dua dua tu aku baca surah ni tak putus putus masa tengah tunggu giliran. Alhamdulillah. Puas hati. :D

Jadi apa tunggu lagi? Mula la amalkan surah ni dalam kehidupan seharian. Benda baik, kena paksa baru jadi amal. :D. Peringatan untuk aku juga!

END. May ALLAH bless.

p/s : tak rugi pergi kelas Quran masa duk asrama. :D. Ustaz tu hensem! LOL. Taklah. Ustaz tu ngaji sedap. Pastu, dia suka cerita. Pastu,students saja suruh dia cerita biar tak payah ngaji banyak banyak. hehehehe. Reality.
                                        



Tuesday 15 January 2013

First Give Away 2013 by Mummy

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum peeps.

Aku malas nak bebel panjang panjang. Cekidaut.


                                  

Hambek! Giveaway lagi. hahaha. Eh, join la ramai ramai.Simple sangat syaratnya. Tak mengarut langsung. Hadiahnya pun berbaloi kalau join! Ya, hadiahnya adalah berbaloi. Apa hadiahnya? Jeng jeng jeng. Nak tahu? Sila klik banner dan join kalau terliur. Okey, sila terliur sekali. Macam biasa la, kene la tag kan? Aku nak tag :




END. May ALLAH bless.








Sunday 13 January 2013

Lelaki, kawan dan cinta.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum peeps.

SPM ended. Cuti panjang kemainnnn. Haih. Contact dengan kawan kawan setakat ni semua melalui Fcebook, Twitter and SMS. Mujur ada teknologi. But then, ada member yang mesej aku tanya satu soalan. Here is the question :

What we need to do when the boy mulut manis? I can't help to fall in love even though I'm aware he just playing around.

                       
Mulut manis. Bergula laagi. Tapi ni perempuan. Aku suka tengok gigi dia. Cantik!


So, faham tak what do she mean by mulut manis? Bukan lah lelaki tu ada letak gula berderet deret dekat tepi bibir. Kalau macam tu gayanya, bukat setakat mulut manis, kencing pun manis! Lelaki mulut manis ni spesies yang pandai buat perempuan yang memang dilahirkan lemah ni terasa di awang awangan. Terasa macam bahagia gila.

My answer was :
Kalau mulut lelaki tu manis macam gula, perempuan jangan jadi semut. Jadi la kerengga. Semut tersepit antara gula. Kerengga menyepit.


See? So, jadilah kerengga. Berpijak pada bumi nyata. Lelaki tu mungkin tak rasa apa apa bila menuturkan bicara manis sebegitu rupa. Mungkin niatnya cumaa nak mengocak rasa wanita. Biar huru hara jiwa sang dara. Sedangkan, hatinya sedikit pun tidak memaksudkn apa yang dituturkan sang bibir bergula. Sekadar penyedap bualan. Tidak salah baginya. *tiba tiba berpuitis. puihh. geli!* So, jangan berangan lebih lebih. Mungkin lelaki tu dah ada yang secial. Kau mungkin cuma dianggap kawan biasa yang cuma rapat lebih sikit je. So, beware!

Anyway, orang cakap, lelaki dan perempuan tak boleh jadi kawan baik. Ada satu rasa yang timbul nanti. Sama ada dua dua yang rasa atau hanya satu pihak je. Tak kira la berapa pihak pon yang akan rasa, bagi aku senang je. Sebelum start kawan rapat dengan mana mana budak lelaki, fikir masak masak. Kau nak kawan atas dasar apa? Sebab dia fun? Sebab dia minat apa yang kau minat? Atau sebab kau memang minat dia? Kalau kau memang minat dia, tu lain cerita.

Then bila dah kawan, letakkan limit. Sampai tahap mana kau boleh share things and thoughts dengan dia. Sampai tahap mana kau boleh sembang and lepak lepak dengan dia. Walaupun kau rapat dengan dia, tak kan kau punya masalah period nak spill dekat dia. Kan? Kalau memang bangsa over sangat, mengadu la dengan kaunselor. Kalu aku jadi kaunselor tu, aku cucuk sedative. Biar tido 24 jam. Over sangatt. Period bocor pon nak ngadu. pffft. Letak limit okeyy? Tu member, bukan husband. Cite mana yang patut dah la.

Bila dah rapat, orang dekat sekeliling akan bunyi bunyi. Contoh contoh soalan.

*tak ada perasaan ke dekat mamat tu?*
*korang couple eh?*
*korang ni sweet la. macam couple* <---- ini bukan soalan
*korang ada apa apa ke?*

Selagi korang tak terbuai dengan bicara orang sekeliling macam dekat atas, rasanya persahabatan tu kekal. Tapi kadang kadang hati kita ni lawan tauke. Kita punya la control tak nak jatuh cinta dekat member sendiri, last last jatuh jugak. Tapi nak buat macam mana. Kan? Kan? Perlu ke luahkan? Well, we have two options.


  1. Luah kan. Maybe dia terima, maybe dia reject.
  2. Pendam je. Makan diri. Pedih hati. 

Pada aku, kalau luah ada baik ada buruk. Baik la kalau dia terima. Tapi kalau bukan jodoh korang, clash tengah jalan. Persahabatan dah berganti pencintaan. Rasa yang sama tak mungkin berulang. Tak boleh jugak nak kembalikan kenangan. Tak boleh nak jadi kawan. Kalau berkawan, tak sebaik hubungan masa belum luah perasaan. Kalau korang daah luaah pulaak, then dia reject. Tu lagi senang. Malu. Kecewa ada jugak. Tapi happy sebab berjaya luahkan. Antara si peluah yang menjauhkan diri, atau yang diluah membawa diri. Kalau dah jodoh, alhamdulillah. Bermula dengan persahabatan, berakhir dengan perkahwinan. Kekal hingga ke alam akhirat.

Kalau pendam, hubungan selamat. Mungkin rugi jugak. Ye lah. Mana tahu kalau dia pon suka kita. Tapi sebab takut, tak jadi luah. Tapi kalau luah, ada dua kemungkinan macam kat atas. Sedia ke untuk menerima? Bagi aku, biarlah masa yang menentukan. Kalau dah tersuka dekat kawan sendiri, nak buat macam mana. Hati manusia ni ALLAH yang pegang. Ada aku baca, kalau betul sayang dekat seseorang, pendam je. Biar ALLAH yang sampaikan sayang tu pada dia. Ada jodoh, tak ke mana. :D

Haih. Petang Ahad yang permai ni, aku tiba tiba jiwang pulak. Ni pasal mesej member yang  buat aku sentap. Taapi bagi aku, tak pelik kalau seorang perempuaan terbuai dengan mulut manis seorang lelaki. Lumrah lah. Kalau perempuan terbuai dengan perempuan, tu lain cerita. Perempuan membuai anak perempuan? Tu pun lumrah dan sedikit off topic. :D . Apa apa pun, segala benda kat atas tu pandangan aku je. No hard feeling or heart feeling. :DD

END. May ALLAH bless.

p/s : buat S, ni sebab mesej kau! :D. Tapi kawan dengan lelaki seronok. Kahwin dengn lelaki lagi seronok! *gurauan sementelah masuk umur 18*. Tajuk macam entah ape ape.






GA | 2013

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ



Assalamualaikum peeps.

                                   



Hak hak. Join GA lagi. Aku la bangsa tamak haloba~ Meh la join. Due date lambat lagi. Lambattttt sangat. 28 FEBRUARI 2013 okeyy. Sila sila. Jemput semua.

Aku nak jemput : piqah lagi!

END. May ALLAH bless.

Thursday 10 January 2013

"Awesome Photo Contest by Shadhira"

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Assalamualaikum peeps.

 


Over tak aku? Try Photo Contest pulak. Aku kan memang bangsa yang tak reti cukup satu benda nak join. kehkehkeh. So, aku terus join contest ni pulak. Syarat dia kemain simple lagi. Hadiah dia marbelles. Tu la sebab utama aku join. Oleh itu, aku nak tempek la gambar beberapa keping. Ye la. Sebut pon Photo Contest, tak kan aku nak mengarang esei ni sampai habes kan? Neway, korang tengok ah gambar ni.


Together we stand tall. :D

Friends are made to be treasured, cherished and loved. May His blessings shine on our friendship now and always.


Ni saje nak selit. Gambar grad hari tuh. Satu batch rasanya. 142 in total.


Tu je lah gambarnya. Aku memang spesies tak suka bergambar. So, yang ada ni pon memang kene korek betul betul. Hahaha. Yang gambar the first two tu, kiranya geng aku la. XF Band. XF tu stand for X Famous. Humakkk aih. Tak ada keyakinan langsung. Aku kan duk sekolah asrama. Jadinya, geng XF aku ni ditubuhkan sejak Form 2 sampai la sekarang. Gambar tu last day. Right after selesai Paper 3 Biology SPM 2012. Konon konon kenangan terakhir ah. Syahdu gila. Muahahaha. Tu je la. Ada rzeki menang la.Amin.

Nak tag Piqah lagi. Sebab dia gila bergambar. Sorang lagi Kak Emmy ah. Tu jela.

END. May ALLAH bless.

"Chipmunk & Barney : Simple Giveaway".

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Assalamualaikum peeps.

Jeng. Jeng. Jeng.

                     


Nyampah tak dengan aku? Sebelum korang banyak bunyi pasal ketamakan aku dalam menyertai Giveaway, baik korang klik dekat banner tuh. Join sekali. Baru syiokk. Kuikuikui. Syarat Giveaway ni lagi mudah daripada soalan siapakah nama anda? Jadi, sebagai seorang pentamak Giveaway, aku menyeru korang join la giveaway ni. Setiap kali join, jangan lupa doakan kemenangan aku. Nak buat solat hajat lagi elok. :D. *permintaan mintak penampar laju laju* Tu je aku nak bebel. Saja nak kasi entry nampak panjang sket. Kang tepek banner saja saja, terserlah la kemalasan aku ni. Segan la. puihh. Kbaii.

END. May ALLAH bless.

"Simple Giveaway by FD"

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Assalamualaikum peeps.

                  

Kan aku dah cakap. Hahahaha. Aku kan bangsa tamak. So, aku join lagi giveaway lain. Yangni lagi simple syaratnya. Tapi yang ni memang niat aku saja nak tambah pengalaman. Sumpah aku tipu. Hahaha. Aku saja la nak try nasib. Mana tahu aku ni bernasib baik. Dapat la merasa dinobatkan sebagai pemenang. Kalu korang nak join, macam biasa la. Klik laju laju dekat banner kat atas tu. Lagi bagus masa korang klik tu, korang doakan kejayaan aku. ngehngehngeh. Ye la.Doakan kejayaan korang sekali la.Kita kan saudara seIslam, se giveaway. :D

Aku nak tag Piqah sebab dia suka rantai rantai ni. Lagi besar rantai tu, lagi dia suka. Rantai favourite dia, rantai motor. Sorang lagi, kak Didiey. Okeh, done!

END. May ALLAH bless.

1st GIVEAWAY:JANUARY 2013 by IEKA

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Assalamualaikum peeps.



Segmen dah join. Blogwalking pon dah buat. So, dengan bangganya aku nak join GIVEAWAY pulak. *tepuk tangan laju laju*. Giveaway ni simple je syaratnya bagi aku. Hadiah dia pon akuberkenan. Kalau tak berkenan dekat hadiah, tak ada maknanya aku join. *gelak jahat* Ni memang betul betul First Giveaway aku sepanjang setahun bubur jagung dalam arena belog ini. Tapi, aku dah niat, lepas ni aku nak pegi korek lagi mana mana Giveaway yang dianjurkan. lalalala~Lagi banyak aku jumpa,lagi bagus. Yelah, saja nak tambah pengalaman. *alasan cover niat sebenar*. Oh, kalau korang berminat nak join, klik kuat kuat dekatbanner yang merelip relap tuh.

END. May ALLAH bless.

p/s : aku tipu cakap nak tambah pengalaman. Aku nak test nasib sebenarnya. :D

Wednesday 9 January 2013

Change!



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum peeps.

Hah! Aku dah tukar ghupe blog ni. Hajat di hati nak buat chantek chantek. Konon konon nak buat yang style dekat entry ada background, tajuk entry ada background, sidebar ada background, tajuk sidebar pon ada background. Semua ada background ah senang cakap. Nak letak border jugak. Konon rasa kemas ah. Lepas tu, aku jenguk la belog belog yang banyak tutorial semua tuh. Macam blog Lyssa Faizureen dengan Cik Nurfarah. Aku pon ikut la step by step yang diajor nye tuh. Lepas tuh preview. Hasil nya? Chantek laa. Tapi bukan macam yang aku nak. hahaha. Aku memang bangsa banyak cekadak. Dah la time cari background tuh, satu pon tak berkenan di hati. *hmmmph*. So, aku terpaksa gerakkan otak aku yang last digunakan masa jawab Biology Paper 3 SPM hari tuh untuk pikir macam mana nak lawakan belog aku yang ghupe macam reban ayam ni?

Tiba-tiba, datang la ilham daripada yang Maha Esa. Aku terasa nak try blogskin. So, pergi la bukak www.blogskin.com. Aku tengok,, semua comel comel. Masa tu dah rambang mata. Ada la dalam 15 design yang aku preview. Tapi semua sidebar duduk sebelah kiri. Aku nak sebelah kanan. Bila dah jumpa sidebar belah kanan, design pulak aku tak berkenan. Gila banyak cekadak aku kan? Ah, biar. Biar puas hati aku. Last last, aku buat keputusan tak nak guna blogskin. Kenapa? Sebab aku tak gheti nak mengeditnya kalau ada gadget aku nak tambah di kemudiaan hari. Kuang kuang kuang. Malu malu. Nampak sangat aku ni rabun IT. Rabun je okey? Boleh dibantu lagi. Belum buta. Rabun sahaja.

Laaaaast sekali, aku ambik je template yang blogger bagi. Hahaha. Nampak sangat aku ni bangsa pemalas. Lepas tu, tukar header baru sket. Aku nakkk sangattt header yang transparent. Godek godek tutorial lagi sekali. Jumpa. Buat. Preview. Hampeh. Terus aku rasa kuciwa tahap gila vavi. Lepas tuh, dah tak ada mood. Tapi, tetap godek godek lagi. Akhirnya, jadi la seperti sekarang ini. Untuk menyedapkan hati, aku siap tukar favicon yang cinonet tu. Lubang hidung aku laaaaagi besar tau. Background ni aku bajet vintage ah. Tiba tiba terasa ayu dengan template sekarang ini. awww. *sila muntah hijau*. Tapi, aku dah syukur la ni. Kalau dulu ghupe reban ayam, sekarang ni macam Mak Ayam kot? Eh, tetiba. hahaha. :D

END. May ALLAH bless.




Monday 7 January 2013

ZyraRoxx's Blogbuster

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum peeps,

Hari dah lewat. Patutnya tido awal supaya kulit terjaga. Awww. Bajet selama ni pernah jaga kulit. hewhewhew. So,sebab tak leh tido, aku  baca la belog belog ohsem yang difollow. Konon sebagai ganti buku buku cerita dongeng ah. Kot nak bilang biri biri, malas. Tak tergambar rasanya makhluk berbulu tu dalam kepala aku ni. Tak muat. Dipendekkan intro yang dah panjang ni, aku terjumpa la segmen Blogbuster ni hah. So, join lah! Ni segmen yang ke 4 kot. Takpe, aku suka join segmen segmen ni semua. hehehe. So, macam biasa la kann. Syarat nya, tepek stiker/banner penganjur. So, tadaaa.


Cantik kan? Stiker segmen ni lain daripada yang lain. Aku dah follow belog ni dengan blog RKG tu hah. Senak ulu hati aku membaca nya. Bahasa sempoi, lawak pon sempoi. Segmen ni sangat simple syaratnya. Makin la semangat aku berkobar kobar nak menjoin nye. So, tu je lah yang aku nak bebelkan. Sebenarnya, bebel bebel bajet manja ni tak termasuk dalam terma dan syarat segmen pon. Tapi dah tertaip, malas aih aku nak backspace balik. Korang baca je lah ye? :D

END. May ALLAH bless.

PRAY FOR TERENGGANU

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

*entry ni aku gam dengan gam kanji.scroll down untuk latest entry*


Assalamualaikum peeps,

Huh. Tersentap jantung. Terhenti lamunan. Habis je AJL terus bukak Twitter. Eh, #PrayForTerengganu trending? Apakah? Rasa tak ada game bola. Then baca. Ya ALLAH! Amaran tsunami. Memang terkejut gila. Ada yang cakap jangkaan 7-9 Januari. Ya ALLAH, nauzubillahi min zalik. Jangan lah datang bencana ni. Speechless. Facebook, Twitter semua dah sibuk post pasal benda ni. Semua berdebar. Semua tak senang duduk. Aku pun sama. Dah hilang rasa nak melelapkan mata. Dah hilang rasa nak bergurau senda. Tengok-tengok twitter. Nah! Tengok la gambar gambar ni.


 Trending yang buat aku sentap. Nampak tuh? Tersirap darah kejap.



 Tu gambaran macam mana ribut tropika tu bergerak. Memang first and foremost, dia akan jejak Terengganu dulu. *berdebardebardebar*



Ni gmbar sekali dengan berita. Lebih kurang la dengan yang dekat atas.


Everything comes to mind. Aku rasa semua orang macam tu. Nak nak kalau yang macam aku ni, bukannya stok surau. Yelah, sembahyang tu sembahyang. But then, siapa kita nak tahu amalan tu diterima ke tidak? Tiba tiba terasa macam kerdilnya aku. Kalau la ditarik nyawa aku dalam sehari ni, amalan apa yang aku nak bawa nanti? Boleh ke aku jawab soalan Munkar Nakir? Kubur aku nanti luas ke sempit? Gelap ke terang? Panas ke sejuk? What left now is pray. So, doa la selagi mampu. ALLAH MAHA MENDENGAR. Doa la. Lepas doa tu, tawakal. Semoga Terengganu selamat daripada sebarang bencana.

END. May ALLAH bless.

p/s : baru tadi sibuk kempen cerita apa yang hebat pasal Terengganu. *istighfar* mana yang ada masa, solat hajat. Minta dijauhkan bala bencana. Amin.