Sunday 13 January 2013

Lelaki, kawan dan cinta.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum peeps.

SPM ended. Cuti panjang kemainnnn. Haih. Contact dengan kawan kawan setakat ni semua melalui Fcebook, Twitter and SMS. Mujur ada teknologi. But then, ada member yang mesej aku tanya satu soalan. Here is the question :

What we need to do when the boy mulut manis? I can't help to fall in love even though I'm aware he just playing around.

                       
Mulut manis. Bergula laagi. Tapi ni perempuan. Aku suka tengok gigi dia. Cantik!


So, faham tak what do she mean by mulut manis? Bukan lah lelaki tu ada letak gula berderet deret dekat tepi bibir. Kalau macam tu gayanya, bukat setakat mulut manis, kencing pun manis! Lelaki mulut manis ni spesies yang pandai buat perempuan yang memang dilahirkan lemah ni terasa di awang awangan. Terasa macam bahagia gila.

My answer was :
Kalau mulut lelaki tu manis macam gula, perempuan jangan jadi semut. Jadi la kerengga. Semut tersepit antara gula. Kerengga menyepit.


See? So, jadilah kerengga. Berpijak pada bumi nyata. Lelaki tu mungkin tak rasa apa apa bila menuturkan bicara manis sebegitu rupa. Mungkin niatnya cumaa nak mengocak rasa wanita. Biar huru hara jiwa sang dara. Sedangkan, hatinya sedikit pun tidak memaksudkn apa yang dituturkan sang bibir bergula. Sekadar penyedap bualan. Tidak salah baginya. *tiba tiba berpuitis. puihh. geli!* So, jangan berangan lebih lebih. Mungkin lelaki tu dah ada yang secial. Kau mungkin cuma dianggap kawan biasa yang cuma rapat lebih sikit je. So, beware!

Anyway, orang cakap, lelaki dan perempuan tak boleh jadi kawan baik. Ada satu rasa yang timbul nanti. Sama ada dua dua yang rasa atau hanya satu pihak je. Tak kira la berapa pihak pon yang akan rasa, bagi aku senang je. Sebelum start kawan rapat dengan mana mana budak lelaki, fikir masak masak. Kau nak kawan atas dasar apa? Sebab dia fun? Sebab dia minat apa yang kau minat? Atau sebab kau memang minat dia? Kalau kau memang minat dia, tu lain cerita.

Then bila dah kawan, letakkan limit. Sampai tahap mana kau boleh share things and thoughts dengan dia. Sampai tahap mana kau boleh sembang and lepak lepak dengan dia. Walaupun kau rapat dengan dia, tak kan kau punya masalah period nak spill dekat dia. Kan? Kalau memang bangsa over sangat, mengadu la dengan kaunselor. Kalu aku jadi kaunselor tu, aku cucuk sedative. Biar tido 24 jam. Over sangatt. Period bocor pon nak ngadu. pffft. Letak limit okeyy? Tu member, bukan husband. Cite mana yang patut dah la.

Bila dah rapat, orang dekat sekeliling akan bunyi bunyi. Contoh contoh soalan.

*tak ada perasaan ke dekat mamat tu?*
*korang couple eh?*
*korang ni sweet la. macam couple* <---- ini bukan soalan
*korang ada apa apa ke?*

Selagi korang tak terbuai dengan bicara orang sekeliling macam dekat atas, rasanya persahabatan tu kekal. Tapi kadang kadang hati kita ni lawan tauke. Kita punya la control tak nak jatuh cinta dekat member sendiri, last last jatuh jugak. Tapi nak buat macam mana. Kan? Kan? Perlu ke luahkan? Well, we have two options.


  1. Luah kan. Maybe dia terima, maybe dia reject.
  2. Pendam je. Makan diri. Pedih hati. 

Pada aku, kalau luah ada baik ada buruk. Baik la kalau dia terima. Tapi kalau bukan jodoh korang, clash tengah jalan. Persahabatan dah berganti pencintaan. Rasa yang sama tak mungkin berulang. Tak boleh jugak nak kembalikan kenangan. Tak boleh nak jadi kawan. Kalau berkawan, tak sebaik hubungan masa belum luah perasaan. Kalau korang daah luaah pulaak, then dia reject. Tu lagi senang. Malu. Kecewa ada jugak. Tapi happy sebab berjaya luahkan. Antara si peluah yang menjauhkan diri, atau yang diluah membawa diri. Kalau dah jodoh, alhamdulillah. Bermula dengan persahabatan, berakhir dengan perkahwinan. Kekal hingga ke alam akhirat.

Kalau pendam, hubungan selamat. Mungkin rugi jugak. Ye lah. Mana tahu kalau dia pon suka kita. Tapi sebab takut, tak jadi luah. Tapi kalau luah, ada dua kemungkinan macam kat atas. Sedia ke untuk menerima? Bagi aku, biarlah masa yang menentukan. Kalau dah tersuka dekat kawan sendiri, nak buat macam mana. Hati manusia ni ALLAH yang pegang. Ada aku baca, kalau betul sayang dekat seseorang, pendam je. Biar ALLAH yang sampaikan sayang tu pada dia. Ada jodoh, tak ke mana. :D

Haih. Petang Ahad yang permai ni, aku tiba tiba jiwang pulak. Ni pasal mesej member yang  buat aku sentap. Taapi bagi aku, tak pelik kalau seorang perempuaan terbuai dengan mulut manis seorang lelaki. Lumrah lah. Kalau perempuan terbuai dengan perempuan, tu lain cerita. Perempuan membuai anak perempuan? Tu pun lumrah dan sedikit off topic. :D . Apa apa pun, segala benda kat atas tu pandangan aku je. No hard feeling or heart feeling. :DD

END. May ALLAH bless.

p/s : buat S, ni sebab mesej kau! :D. Tapi kawan dengan lelaki seronok. Kahwin dengn lelaki lagi seronok! *gurauan sementelah masuk umur 18*. Tajuk macam entah ape ape.