bazilah abu hassan bazilah abu hassan: June 2014

Tuesday, 24 June 2014

Handmade Fabric Purse + Open When... Letters

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum peeps!

Lately selalu rasa nak tukar purse lah, beg lah, kasut lah, baju lah. Kalau phone tu murah, pon aku nak tukar. Tapi, most of all aku paling nak tukar purse. However, kerana gaya hidup dan percaturan pengurusan duit yang tak pernah berjaya memang semua elaun bulanan tinggal habuk lah. Purse pun tebal atas jasa baik resit yang menimbun. Resit Daiso, resit Tesco, resit Giant, resit CoolBlog dan sebagainya. Sodih.

Alhamdulillah. Elok duit habis, dan dan semeter break start. At least tak perlu berlapar lah. Duk rumah konpem makan free. Sedap pulak tu. Kualiti dan kuantiti haruslah terjamin.Dah duk ramah lama ni, mulalah. Rasa lah gatal nak buat purse sendiri lagi. I've made one before this. Tapi sebab yang tu hasil selepas enam bulan tak sentuh mesin jahit maka, jahitannya tak kemas. Lepas tu fabrik pulak memang aku tak berkenan. Makin membuak buak nak buat yang baru.

Selepas puas membelek dan meng-google pelbagai tutorial purse, aku dengan acah acah pronya memilih untuk menggabungkan idea orang orang lain ni supaya menjadi gempak. Kononnya lahhh. Selalu nak purse Fossil. Tapi mahal oiiii. Purse idaman kalau boleh nak yang muat sumbat phone sekali. Yelah. Senang nak gi memana. Benda benda penting semua ada. Kannn? By the way, setakat ni tutorial fabric purse banyak yang dalam bahasa Inggeris. Memang kreatif lah diorang. Fabrik yang digunakan pon lawa.

Antara link yang aku boleh bagi untuk tutorial tu ialahhhhh :
  1. Style simple + amatur
  2. Style sama tapi diupgradekan sikit

So, hasil aku punya purse adalah.


Front view. I choose to follow the first tutorial tu. Belakang tu tambah pouch empat segi simple mimple untuk bubuh phone, mp3 dan tisu kononnya walaupun tak akan ada tisu. :P



Ni bila dah bukak. The inside of the purse. Acecehhh. Dalam proses belajar nak buat compartment utsinar yang boleh bubuh gambar tu. hihi



Gambar sama. Cuma zoom dan edit sikit.


The good things about making your custom purse are:
  1. Kita boleh decide nak buat warna apa, pattern apa, size apa. Contohnya, I chose to add puch for phones plus the tali tu kan. Buat ala ala wrislet.
  2. Boleh decide nak compartment yang macam mana. For me, I choose to have lot of card slots. I choose for the coin and notes compartments to be side by side. Senang kan nak bayar. Ambik duit kertas, ambik syiling sekali.
  3. Jimat duitttttt! For me, all I used are old materials. Potong seluar jeans lama, ambik zip seluar jeans, balance kain baju kurung mak. Tu je lah. 
  4. Memang boleh ikut selera kita. Lagi pro kita buat, lagi banyak selera kita yang boleh kita penuhi. ihih 


Seriously sangat menarik buat benda benda DIY. The other thing I want to share is Open When... Letters. Have you ever heard about it? Benda yang macam sweet. For me, sebenarnya benda ni sesuai dengan orang macam aku. Nak bagi hadiah dekat kesayangan tapi allowance habis dekat makanan. So, kita buat something yang tak perlu guna banyak bajet. aherher. Jimat duit.

Open When... Letters ni sesuailah kalau orang yang Long Distance Relationship. Relationship as in semua relation lah. I'm giving these letters to my close friend as well. hihi. The idea is to write untuk pasangan atau kesayanan tu. Sebab duduk jauh jauh, so you are not going to be by their side all the time. Maka, buat lah surat surat ni. Nak bebel panjang panjang malas. Tengok le gambar ni yeh.


So, aku pemaleh. Buat sikit je. The thing is, orang yang kita bagi tu akan buka surat ni ikut situasi tu. Haaaa. Gitu. Mcam ganti diri kita gituuuu.




Gambar dari tepi.



Bungkus elok elok. Ikat dengan tali tu biar lah tali yang lawa. Jangan pakai tali rafia. Pakai tali tangsi lagi parah. Tajam. Elok elok nak sweet sweet sampai ke klinik orang tu gara gara nak buka ikatan.


Aku lagi prefer hadiah macam ni. Nampak orang tu ingat dekat kita. Nampak dia punya kesungguhan dan usaha tu. Dan benda macam ni boleh simpan. Bosan bosan boleh bukak, baca. Kalau dah clash pon senang. Sebab benda ni kertas kan, bakar je. Kalau nak nampak ekstrem, lerai satu satu. Lepas tu rendam dalam air semalaman. Esok tu blend. Lepas tu tabur dekat sungai atau longkang. Kalau nak nampak semangat dan simbolik sikit, tabur kat laut. aherher.

Ini jelah hasil bebelan. Lama tak menaip panjang. Asyik sibuk nak berpuisi acah acah puitis je. Enjoy reading! Jangan lupa try buat purse handmade tu! Seronok perghhh perghhh!

END. May Allah bless.






Monday, 23 June 2014

Goodbye


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


I hate goodbye
Though I don't know the reason why
I won't look at their faces when I wave bye
I won't turn back to give a smile
Cause I'm afraid I will cry.



Saturday, 14 June 2014

Kita.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Antara kita
Tak pernah ada benda yang sama
Yang sama sama kita suka
Atau sama sama kita tak suka.

Aku lebih senang melayan lena
Saat kau pilih untuk tonton bola
Aku lagi suka bising berbicara
Waktu kau sibuk baca berita

Aku minum nescafe hampir tiap hari
Kau telan secawan sudah goyah nak berdiri
Aku boleh telan nasi goreng waktu tengah hari
Kau hanya makan waktu sarapan pagi.

Aku teruja memilih aneka makanan
Tika kau layan pelbagai sukan
Ah. Jelas puncanya, kan?
Kenapa begitu berbeza kita punya saiz pakaian.

Aku boleh menangis bila belajar Sejarah
Kau faham seolah olah ia subjek paling mudah
Aku boleh tersengih suka dalam kelas Inggeris
Kau biasanya terlungkup tewas umpama pahlawan ditusuk keris.

Banyak beza antara kita
Ini hanya separuh idea
Cuba kalau aku tulis semua?
Confirm aku musykil macam mana kita boleh bersama.

Tapi tak apa
Janji kita kongsi rasa yang sama
Sama sama suka
Sama sama cinta.


p/s : jom sama sama menggelikan diri baca puisi jiwang ini.








Saturday, 7 June 2014

Hei Lelaki.


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ





Tuesday, 3 June 2014

Ramble.


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Ladies,
If you were born pretty
You are lucky.
Some struggle very hard for the beauty.

If you were born in a wealthy family
Even though you are not pretty
You still are lucky.
You have the money to afford the beauty.

If you have both wealth and beauty
You are super lucky.
You have things that people often gone crazy for.

But hey,
To hell with beauty and money.
I say,
Let us be a good cook
or a good writer
or a good tailor
or a good teacher
Because
Beauty and money can't stay forever
But skills and passion will.




 
Copyright © . All Right Reserved by bazilah abu hassan