bazilah abu hassan: Kita.

Saturday, 14 June 2014

Kita.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Antara kita
Tak pernah ada benda yang sama
Yang sama sama kita suka
Atau sama sama kita tak suka.

Aku lebih senang melayan lena
Saat kau pilih untuk tonton bola
Aku lagi suka bising berbicara
Waktu kau sibuk baca berita

Aku minum nescafe hampir tiap hari
Kau telan secawan sudah goyah nak berdiri
Aku boleh telan nasi goreng waktu tengah hari
Kau hanya makan waktu sarapan pagi.

Aku teruja memilih aneka makanan
Tika kau layan pelbagai sukan
Ah. Jelas puncanya, kan?
Kenapa begitu berbeza kita punya saiz pakaian.

Aku boleh menangis bila belajar Sejarah
Kau faham seolah olah ia subjek paling mudah
Aku boleh tersengih suka dalam kelas Inggeris
Kau biasanya terlungkup tewas umpama pahlawan ditusuk keris.

Banyak beza antara kita
Ini hanya separuh idea
Cuba kalau aku tulis semua?
Confirm aku musykil macam mana kita boleh bersama.

Tapi tak apa
Janji kita kongsi rasa yang sama
Sama sama suka
Sama sama cinta.


p/s : jom sama sama menggelikan diri baca puisi jiwang ini.








2 kelip kelip:

Anonymous said...

Miss..hidup berpasangan ni saling melengkapi. Yg paling penting kebahagiaan yg dikecapi

bazilah abu hassan said...

@Anonymous true.

 
Copyright © . Basic Template by Lyssa Faizureen