bazilah abu hassan: Maulidur Rasul

Thursday, 24 January 2013

Maulidur Rasul

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum peeps.

                            

Okeyyy. Selawat dulu skett. Pahala ni pahala.
Hari ni kannnn. Hari Maulidur Rasul. Zaman kekecik dulu, selalu berarak dari sekolah sampai dekat masjid kampung. Sambil jalan tu, sambil selawat. Dekat depan sekali, ada van ustaz yang lead. Yang alim alim, suara sedap boleh duduk dalam van. Selawat guna mikrofon. Lelaki je la. Kalau aku lelaki, agak agak nya terpilih tak? Suara dah la taak sedap. Alim pon tidak. Jalan je laa nampak gayanya. *haih*

10 minit pertama, semua semangat. Kertas selawat dapat sorang satu. Semua sibuk selawat ikut apa yang tulis dekat kertas tu. Lepas lama lama sket jalan, fokus dah lari. Budak budak kan. Tengok tupai meniti wayar letrik terus kecoh macam nampak Siti Nurhaliza perform kat atas tuh. Tu baru tupai meniti, belum tupai join berarak sekali. Lagi lama berarak, lagi lunyai kertas selawat tu. Yelah, masing masing buat kipas. Tak pun lipat kecik kecik letak dalam poket. Nak buang rasa berdosa. Kan?? Then, lepas lama lama sangat suara budak budak terpilih je dengar. Suara aku sekali la kot. Bukan selawat. Aku sembang kencang. kekeke. Sungguh jahil.Nanti dah dekat dengan masjid baru la buat buat kuat selawat tuh. Hipokrit sungguh. hahaha. 

Bila masuk sekolah menengah, lain pulak selawatnya. Aku kan duk asrama, tiap tiaap tahun, dapat kain putih panjang. Bukan buat kapan, tapi lukisan. Macam banner ah. Lepas tu berarak keliling kawasan maktab tu ikut batch sambil selawat. Then, masuk dewan  dengar ceramah daripada penceramah jemputan. Biasa la kan. Cerita pasal sirah la. Menarik! 

Spesies yang memang selamba badak, bantai tidur je dalam dewan. Aku? Tak. Aku tak tidur dalam dewan. Tidur dekat asrama. kekeke. Lepas abeh ceramah okeyyy. Kena pay some respect la. Ni kan sambutan Maulidur Rasul. Baginda sayang kita, tak kan kita nak buat derk je masa sambutan ni. Kan? Kan? Kalau tak mampu nak buat semua sunnah tu, at least selawat. Pahala tu.

Neway, sebenarnya kannnn. Aku nak tunjuk video ni je. Bukan selawat. Nasyid Mestica. Tajuk Siratunnabi. Lirik dia aku sukaaaa sangat. Dengar la. Depan depan tu ada bahasa arab sket. The rest is Melayu. So, tengok, sing along dan hayati okeyyy.




So, Salam Maulidur Rasul semua. Semoga kita dapat menjadi umat yang lebih baik! Sama sama la kita hidupkan sunnah Rasulullah.

END. May ALLAH bless.


2 kelip kelip:

Ainur Athikah said...

Assalamualaikum, salam maulidur rasul.

bazilah abu hassan said...

salam maulidur rasul juga.

 
Copyright © . Basic Template by Lyssa Faizureen