Wednesday, 23 January 2013

Jahit. Jahit. Jahit.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum peeps!

Sekarang kan habeh SPM. So, most of member member aku buat lesen kereta. Tapiiiii.....

aku anak kampung,
tak punya banyak uang,
tak mampu buat lesen,
blajar jahit saja.

Hebakk dok? Nyanyilah ala ala Jimmy Palikat ye. kahkahkah. Cuti ni aku belajar jahit dan baby sitting sahaja. Dua kerja ni macam kerja sampingan la. Kerja utama? TLDM. Tidur, Lepak Dan Makan. Sekali lagi hebakkk. Tepuk tangan laju laju untuk aku. Aku belajar jahit sekali dengan Cik Piqah la. Aku, Piqah dan bespren aku sejak dalam perut lagi, Qilah. Yeahhhh! Kedua duanya adalah anak tukang jahit glemer macam pereka pesyen Hatta Dolmat di kampung masing masing. Aku? Mak aku merupakan tukang jahit yang fofular di rumah sendiri sahaja. Rendah diri sekejap. Aku tetiba rajin malam ni.So,aku tepek la gambar sekeping dua.Tengok tengok.



The alatan menjahit. Yang batang kayu tuh namanya penggelek. Aku selalu gelek gelek bile nak guna. Lama lama boleh challenge Inul Gelek tu. :D. Yang kuning tu kapur. Kau jangan mengada ngada nak guna kat papan hitam. Yang putih tu pembaris. Tapi skala kecik. Satu gunting untuk kain, satu gunting untuk kertas. Sungguh mencekik!




Kertas yang buat tekap tekap tuh. Macam kertas karbon la. Tapi warna warni. Gelek dekat kain guna Cik Gelek tadi. Nanti, dekat kawasan yang kita gelek dan tanda dengan kertas ni, kena jahit. Gitu la lebih kurang.




Ni dia panggil alas. Keras sebab dah iron dengan kertas gam. Letak dekat leher. Eh, kata keras. Ye lah. Bukan keras macam batu, tapi tak lembik macam kain.Keras la kiranya.




Kain yang dah disiap gunting ikut pattern. Yang lebih lebih tu kiranya ruang untuk kita jahit la. :D




Pattern jugak.Ni masa lipat lagi. kehkehkeh.




Ni pun pattern.Pattern punya lukisan. Sehari woo nak buat benda ni. Aku terkemut kemut lukis benda alah ni. Dah siap bahagian baju, baru perasan salah ukur. Satu hal pulak nak padam dan lukis balik. Kalau boleh undo redo macam edit gambar kang senang~~


 Kain yang aku guna tu kain kapas RM 5 semeter. ahahaha. Murah giloss kan? Cikgu jahit aku cakap, kain cotton sesuai untuk budak budak hingusan jahitan macam aku ni. Senang nak jahit katanya. Katanya lah. Tadi try main pusing pusing mesin jahit. Hancusss lebur. Terus cikgu cancel suruh jahit baju yang dah gunting tu. Dia bagi kertas, lukis bulat yang berpusar tu. Spiral eh? Yela kot. Dia suruh aku jahit guna mesin jahit tu ikut lukisan tuh. Cukup 10 minit, aku tengok kertas tu dah berlubang lubang sebab koyak. kekeke. Jadinya cikgu suruh aku biasakan diri dulu dengan mesin jahit sehari dua ni. Baik cikgu.


Kelas jahit tu start pukul 9 pagi.Abeh pukul 12. Balik tu kan, kene mengadap budak budak ni. Konon konon baby sitting ah. Padahal, Puan Emak yang banyak jaga. Aku tolong sikit sikit je. kekekeke.



 Muhammad Alif Ismail bin Abu Hassan. Lagi 2 hari cukup setahun. Hobi dia makan, panjat dan gigit. Dah pandai joget joget.


 Dah pandai bergelak ketawa. :D. Masa ni takde gigi lagi.


Ismail versi perempuan. Hahaha. Ni anak sedara. Nik 'Aisy Husna binti Nik Azlam. Hobi, minum susu dan meniarap. Susah nak tido. Cepat bangun bila tido. grrrrrrr~


Tu je kot aku nak bebel. kehkehkeh. Cepat lah siap wahai baju. Akan ku pakai dirimu walau sesenget mana pun jahitan itu. :D

END. May ALLAH bless.

p/s : doakan aku cepat pandai jahit baju~



No comments: