Thursday, 16 January 2014

The Not So New Year Post!


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Assalamualaikum peeps!



Omboi. Ni first entry untuk tahun 2014 yang gilang gemilang ini. Wee huuu. Masing masing mesti dah pasang azam kan? Aku? Aku recycle azam dari darjah enam hari tuh lagi. Membazir tu kawan syaitan. Maka, berjimat sikit dalam berazam tu. Haaa. Cenggitu. Anyway, yang penting, pakat pakatlah merealisasikan azam yang dipasang tu. 

Masuk cerita lain pulak yeh. Lagi dua minggu adik bongsu tercinta sudah dua tahun. Makin besar, makin lasak, makin banyak mulut. Sekarang dah banyak mulut bukan main. Kalau dia tengok video dia dulu dulu, lepas tu dengar suara mak atau ayah aku dalam vid tu konpem menangis. Kononnya, mak ayah tersekat dalam phone. Adik oh adik. Lepas tu semua orang lelaki atau perempuan dia panggil abang, kakak. Pakcik yang bertongkat pergi surau lalu depan rumah pon dipanggilnya abang. Mulut manis betul.

Nest story. Sekarang dah masuk semester dua hidup dalam dunia universiti. Memang banyak yang berbeza. Way too much. Friends, life style, communicating style, and not to forget life cost. ihih. Kawan tu dua dua baik. Zaman MRSM baik. Zaman Uni ni pon baik. Tapi still, lain. Kau tak boleh expect kau akan dapat kawan yang sama sebijik sebijol dengan kawan waktu sekolah dulu. Kawan dekat sekolah dulu memang rapat habis. Lima tahun share kelas, share homeroom, share bilik. Sampai satu tahap, share selimut, katil dan sebagainya. Bond tu memang kuat habis.


So, bila dah kenal kawan baru dekat Uni ni memang take time lah. Macam orang kata lah kan. Usia 18 dengan 19 ni transfer period. Baru nak sesuaikan diri dengan kehidupan tanpa teguran dan bebelan dari cikgu atau parents. Kalau macam aku, dulu sekolah asrama. Jadi, ambik masa nak kenal balik orang baru. Nak start belajar bina balik friendship. Tapi Alhamdulillah, kawan kawan aku dekat uni baik baik belaka. Cuma belum rapat gila babeng macam kawan kawan zaman MRSM dulu. huihui

Rasa macam tu je modal nak mengarut aku. haha. Nanti hapdate lagi lah kot. Heshhh. Lama bebenor tak hapdate. Biasalah, student life kan busy. Kononnye lah. Padahal aku busy membuat tahi mata. 

END. 
May Allah bless.