بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
Kalau ku turut keinginan
Ku ingin pandai masak pelbagai makanan
Kaya raya hingga mampu beli semua pakaian
Mahir bertutur dalam serba serbi bahasa percakapan
Gagah berani menyampaikan segala hujah pandangan
Kalau ku ikut kemampuan
Ku lebih pandai makan
Punya beberapa helai pakaian
Mahir bertutur bahasa kelahiran
Banyak menyimpan hujah pandangan
Akhirnya
Aku tetap aku
Banyak keinginan
Sederhana kemampuan
Papa kedana dengan pengusahaan
Sungguh
Manusia punya beribu nafsu
Mahu ini itu
Namun tetap tidak berdaya maju
Semua manusia atau hanya aku?