بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamualaikum peeps!
Sementelah masuk universiti lambat lagi, maka duduk rumah sahaja. Bila dah sayu dan syahdu tengok purse takde duit, aku ambik keputusan bekerja. I work for reasons of course. Nak beli phone baru weyyy. Encik bapak dan Puan ibu memang cuci tangan dalam sponsor duit barang seratus dua. Jadinya, aku memerah keringat dan kudrat la mencari duit. Takpa takpa. What doesn't kill you makes you stronger! Gaji adalah berdasarkan jam bekerja. Gigih bangun pagi balik petang demi teknologi. -,-
Anyway, mari pulang ke pangkal jalan. Aku nak bercerita pasal Ramadhan di asrama. Bila duduk asrama ni kann, masuk je bulan Ramadhan feeling perantauan terus. mihmihmih. Kalau junior kan, nanti hari Khamis beratur panjang panjang depan bilik Timbalan Pengetua Hal Ehwal Pelajar merayu rayu mintak balik. Senior semua bajet tough. Konon nak spend masa cari pengalaman puasa jauh dengan family. Dalam hati air mata melimpah macam Sungai Sarawak. Aku tak. Aku memang tough. :D
Yaaa. Ini tray namanya. Untuk letak makanan buat berbuka. Biasanya ambik makanan ni ada jadual. Berbuka puasa ikut kelas. Setiap meja tu memang dah di tag dan disusun kerusi mengikut bilangan sepatutnya. Zaman aku form 1 sampai Form 3, lepas ambik makanan tutup dengan surat khabar. Naik upper form dah maju weyy. Maktab sedia plastik yang buat balut sandwich tu untuk tutup. Budak lelaki terlebih kreatif. Plastik tu buat balut lauk dan kuih muih lebih untuk dibuat moreh sendirian berhad. Syabas! Yang lagi sengal, buat balut kalkulator. Kreatif sangattttt.
Lepas tu, bulan Ramadhan dekat asrama ni memang akan ada kuih muih yang famous tauuu. Sebab apa famous? Either beliau direbut ramai pelajar atau beliau muncul melebihi dua kali dalam seminggu. Contohnya adalah mereka.
Yaaaa. Kuih gulung a.ka. kuih ketayap. Aku suka sebab sedap.
Kuih lapis. Sebab hidang makanan pukul 6.15, nanti berbukak memang kering punya kuih ni. Jadi, tak berapa sedap.
Bukan tepung pelita. Ni kuih tako. Kenal takk? Dia lainn. Tapi adik beradik lah kot dengan tepung pelita sebab rupa depa lebih kurang.
Ini. ini. ini. Beliau sangat famous. Namanya kuih cara. Seminggu mesti ada punya.
Ni pon famous jugak. Sorang student dapat 3 biji. AKu selalu je kebas lebih. Sebab sedap nauuu. Tapi, onde onde asrama lain. Kau gigit lapan kali baru rasa gula melaka dekat tengah tuuuu.
Sekali berbuka ada dua jenis kuih dan tiga biji kurma. Lepas berbuka tu, kurma tu terkelip kelip dalam tray. Budak budak ni sibuk telan benda lain. Sebelum berbuka bukan main rebut kuih banyak banyak. Sebab lapar kononnya. Lepas tu, hampeh. Semua macam ular sawa tersandar dekat kerusi. Makanan tu duk tersengih mintak ditelan. Dekat asrama aku, kau kena maghrib berjemaah dulu, baru boleh makan main course berbuka.
Surau masa bulan puasa seronok tau. Pukul enam lebih lebih tu kan, anggota Persatuan Agama Islam Semaktab (PAIS) akan sembur sajadah dan langsir dengan febreeze. Lepas tu pasang air-cond dan tutup pintu rapat rapat. Nanti masa nak semayang maghrib rasa sejuk dan wangi. Best gilakkkk. Part terawih pon buat aku rindu. Kalau terawih berimamkan Ustaz yang dah tua, ketaq lutut weyyy. Dia baca sebelah muka surat untuk setiap rakaat. Speed dia tu macam tengah bersiar siar tauu. Lekkkk err. Berpeluh peluh ketiak. Air cond pon takde makna.
Lepas terawih ada moreh biasanya. Moreh ada air bandung dan agar agar. Yang tak bestnya, mereka yang tak boleh semayang dan tak buat witir dah telan dulu. Kami senior cerdas. Awal awal dah plan. Mana mana fivers tak boleh semayang, tunggu betul betul dekat meja moreh. Sampai je makanan moreh, terus isi air bandung dalam botol air fivers yang tengah semayang tu. Agar agar tu terus reserved kan untuk sahabat yang beribadat. Kalau ada junior ambik lebih, jeling sedas. Jelingan tak berkesan? Guna suara. muahahahah. Bulan puasa pon menyetan. -,-''
Banyak memori kalau nak diingatkan. Cukuplah sampai sini. Belum masuk part curi curi beli bunga api dan mercun tuu. Main lilin dalam dorm. Sibuk bluetooth lagu raya. Karaoke lagu raya sampai kering tekak pagi buta di hujung minggu. Berebut beli makanan dekat bazaar sekolah. Yaaaa. Sekolah aku ada bazaar. Ada ice blended, ada nasi, ada air, ada kuih dan macam macam. Dah cerita pulakkkk.
Oke. Tu je. Bye.
END. May ALLAH bless.
6 comments:
baru semalam my mom buat kuih cara hihi
@Syazana Zainn erghhhh. sedappnya. pos Ganu sikit.:D
wahh bestnyaa
@Princess Syazliyana weee. memang ponnn. XD
semua tu feveret ain tauu!
@Ain Dzaya sedapppp sangatttt. XD
Post a Comment