Wednesday, 21 January 2015

Hingga Hujung Usia


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Hingga hujung usia ini
Tidakkan lupus rasa bersalah di hati
Manakan mungkin sesal ini mati.

Bersalah untuk beberapa perkara
Pertama
Bilamana aku gagal menjuarai cita cita
Kedua 
Kerana menghampakan ibu bapa
Ketiga
Membiar basi kan peluang yang ada
Tapi yang paling utama
Bersalah kerana menggagalkan harapan jiwa
Itu yang paling nyata.

Sesal kerana dua tiga benda
Satu
Membiarkan diri ragu ragu
Ragu ragu dengan diri aku.
Dua
Membiarkan diri dihantui satu rasa
Rasa takut dengan segala benda
Ternyata di akhirnya aku yang binasa
Tiga
Sesal kerana segala benda
Segala pilihan dan keputusan yang terlaksana
Yang membinasakan di akhirnya.

Hayat ini aku teruskan hidup yang berbaki
Hayat akan datang akan ku buktikan aku manusia yang bermimpi
Dan menjadikan mimpinya realiti.





No comments: