بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamualaikum peeps!
Long time no writing. Life was hectic. Alhamdulillah. Dikurniakan rezeki dapat scholarship under Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (YPPB). Masuk UPSI 5 hari, lepas tu sengih sengih keluar bawak diri. So, lepas ni sambung dekat Unitar International University. Yeahhhh! Bersama Najwa Latif nampak gayanya. XD
So, apa yang diceritakan sebenarnya? ooookey. So, sebelum sambung belajar di institusi yang ditawarkan, kami perlu melalui Bridging Programme selama tiga minggu. First week is at Outward Bound School, Lumut, Perak. Sumpah, best gila! Sesiapa pernah pergi OBS? Memang antara sweetest memory in life la.
Nak share gambar pun tak banyak. Sebab seminggu dekat OBS, phone, makanan, jajan, mp3, buku bukan ilmiah dan benda benda elektronik wajib diserahkan. Kamera dibenarkan. Tapi sebab sibuk gila dengan aktiviti, kamera tu macam tak wujud jadinya. Kami punya course adalah seminggu. So, kami sempat merasai land expedition, sea expedition, rafting race, orienteering dan sebagainya.
So, ni jelah gambar yang ada. haihhh. Sikit sangat.
So, this is the preparation for sea expedition. Kena berkayak mehh. Barang barang penting macam bekalan makanan, dry bag yang buat isi personal things, tent sheets dan benda benda penting akan dibawa oleh mother boat. Maka, kena angkut. XD
My teammate! Tong colour putih tu, ration tong namanya. Dalam tu ada bahan bahan untuk masakan. Dalam plastik putih yang dibimbit tu ada periuk. Dalam periuk, ada makanan. Gallon bottle yang kecik kecik tu untuk bekalan air.
Human chain! memudahkan kerja. Lelaki ramai buat. Sebab depa gagah perkasa. hewhew
Ni berlepas lah kira. Berdebarnyaaa, hanya tuhan yang tahu. Dalam setiap kayak, akan ada gallon bottle. Senang nak buat minum. Biasanya pair kena laki perempuan. Sebab lelaki gagah. Tapi aku dua dua perempuan. Kami pair wanita pertama sampai. Pair kelima keseluruhan. Seriously bangga. :3
Malam last. Ni gambar group Yong Belar. Group aku tak ada gambar. Makanan sumpah best. Lepas makan, lepak dengan group tepi pantai sampai 11.30 malam. Sampai mati akan ku kenang.
Ni gambar ramai ramai. Kami dapat satu tiap sorang. Happy sehhh.
OBS ni memang akan bring the best out of you. Pasai apa? Sebab, aktiviti dia seriously akan challenge the limit in yourself. Contoh dalam kes aku, land expedition. So, kami rilek je. Masing masing ingat ekspedisi jalan jauh bersama bag pack besar gedabak. Rupa-rupanya, kami kena daki tiga puncak bukit! Perjalanan start around 9 a.m. Kami sampai dekat camping site around 6 p.m. Letihnyaaa, hanya Tuhan yang tahu.
Part sea expedition, okeylah. Tapi, instructor memang ajar semua benda lah. Macam mana nak rafting, nak bagi signal emergency dan nak stop. Dari cara paddling sampailah cara nak selamatkan diri bila kayak terbalik. Lengkap. Alhamdulillah, tak ada kayak yang terbalik pon. Sangat bersyukur dan lega sebab ombak adalah besar kerana cuaca yang tidak menentu. Kami berkayak ke Pulau Pangkor okehhhh. Jauhhh. ><
Makanan dekat OBS seriously sedap. Oh ya, makan pakai sudu garfu Lepas tu ada moment of silent sebelum makan. Yang Islam baca doa. Yang tak Islam, ikut kepercayaan masing masing. Semua utensils makan dibasuh sendiri tahu. Makan sepanjang masa bersama group. Sebab tu bond tu kuat gila. Duk gelak, melawak, bergurau, merajuk, bergaduh tiap tiap hari. Sampai hari ni pon duk teringat lagi.
Tu jelah nak share. Kalau ikut panjang lagi. Kisah menang rafting race. Kisah kena kejar monyet dekat Teluk Sekadeh. Kisah rapelling dekat bukit tinggi nak mati. Kisah berkayak tengah lautan. Kisah pertemuan dan perpisahan. Banyak sangattt.
Till then. Adios.
May ALLAH bless.
6 comments:
wah seronoknya... ^_^... study smart ek sis...
@Farah Waheda Wahid yaaa. tengkiu. tengkiu. XD
wahwahwahwah :)
Bagusnya..BTN pun tak macam ni. Aktiviti macam ni boleh tingkatkan keyakinan diri
@Ainim Suju tulahh. masa pergi BTN macam tak lasak sangat. sekali pergi OBS, memang surprise betul!
@The Silencer hehe. best gilakkk.
Post a Comment