bazilah abu hassan: Angan angan dan Cita

Monday, 19 August 2013

Angan angan dan Cita

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum peeps!

Aku adalah contoh spesies manusia yang sangat suka berangan. Sebab berangan ni free. Tak payah bayar apa apa. Dan selalunya, benda yang aku angankan adalah pasal hidup aku. Ehhh? Macam bodoh pulak kenyataan tu. Mestilah pasal hidup aku kennnn. Terutama pasal rumah laa. hihi. Anyway, aku suka la google gambar gambar yang berkenaan dengan angan angan aku. Mari lah berkongsi!

Sangat suka dapur sebegini. Maksud aku, dapur yang ada island tu kat tengah. Tapi yang ini bukan island dah. Ini meja. Sink tetap dekat tepi tu. Lepas tu aku memang spesies yang suka tempat kerja tak banya warna macam ni. Tak serabut. Kalau google tu, ada dapur yang meriah sangat. Ada dapur yang siap dengan chandelier tu. Aku tak minat. Suka yang gini je.


Juga menyimpan harapan untuk memliki reading room bila ada rumah nanti. hehe. Suka yang macam ni. Cozy je. Ada rumah yang reading room tu gaya library. Tak mauuu. Suka yang ada sofa gini. Tapi kalau aku, aku would like to have the books placed in room with tall windows. Lepas tu sofa tu kita gantikan dengan daybed. hihi.


Haaaa. Contohnya cenggini. Aku kalau nak membaca kena terang terang. hihi. I love my eyes! Tapi banyak lagi pilihan daybed yang lawa lawa. Tapi aku sukalah yang gini. Tapi takmau ah tingkap besar gabak gitu. Orang duduk sebatu dah boleh join kau membaca. Tall windows tapi narrow. Suka suka!


Lepas tu kann, aku suka sangat frame gambar. Tapi tak suka bergambar. Apakah? Anyway, aku suka kalau ada dinding yang ada banyak banyak frame tu. Contohnya macam ni.

Tapi ni macam sikit je lahh kan? hihi. suka suka. Kalau letak gambar yang unik unik dan abstrak pon bolehhh.

Haaa. Dekat tangga pon lawa. Lepas tu tiba tiba teringat part dalam movie The Conjuring. Ambikkkkk hang. Kang jatuh gambar gambar habehhh la. haha.


Lepasss tu, aku suka berangan nanti nak dapur dengan counter tu. Letak balang balang handmade biskut. hihi.

Comeyyyyy.

Ada cake pop juga dalam balang! Weeee~


Kalau ada laundry room pon lawa kan? Kemas sikit rumah tu.

Simple sikit. Dinding kosong lagi bagus. hihi.


Lepas tu nak ada mini garden juga! wahaha. Sejuk mata memandang bangun pagi pagi. Boleh tengok bunga kembang kembang. Embun segar. Rama rama terbang. Ecewahhh.

Haaa. Ada flower bed gini. hihi.

Boleh lepak lepak. Minum petang. Buat dosa kering. ihihi.


Okey. Memang betul kena kerja keras kalau nak fulfill angan angan ni. hahaha. Insya ALLAH, akan ku usahakan hingga tercapai hasrat ini. hihi. Maka, sekian saja angan angan aku. Entah apa apa. Tapi takpa berangan. Bagus untuk perkembangan imaginasi. Angan angan korang apa dia?


END. May ALLAH bless.






2 kelip kelip:

Hidayah Zulkefli said...

Dok sabor nok lepak2 minum air tea sambil wak dose kering kat rumoh Ba kekgi. Ihhihihihi.
Suke frame gop! Sokmo beli tapi xdop gambo nk letok.
salam sayang. Mish you ♥

bazilah abu hassan said...

@Hidayah Zulkefli hahahaha. one fine day, insya ALLAH. miss u too. <3

 
Copyright © . Basic Template by Lyssa Faizureen