bazilah abu hassan: MH370

Sunday, 9 March 2014

MH370

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Mudahnya keyboard warrior berbicara
Menyuruh kerajaan hebahkan sahaja
Jika benar pesawat MAS hilang di dunia
Mereka bilang mereka redha
Mereka maki dan mereka cerca
Mereka lupa
Atas pesawat itu mereka tak punya sesiapa
Tak punya teman mahupun keluarga
Mereka sekadar berbicara
Menembak kata tanpa kira.

Tengok dengan mata hati
Tengok dengan teliti
Yang dikatakan hilang itu meninggalkan famili
Pasti mereka simpan harapan dan doa yang menggunung di hati
Kalau hebah tanpa kenal pasti
Tanpa peduli perasaan dan diri
Mengumum berita tanpa bukti
Bukankah runtuh semangat mereka nanti?


Jangan sebab nak retweet di Twitter,
Like di Facebook,
Komen di blog,
Kau lupa perasaan orang lain.
Jangan.
Jangan benda macam ni pun nak dipolitikkan.
Jangan kau lupa kita punya Tuhan.
Jangan kau lupa sikap kemanusiaan.

Musibah ini ada hikmahnya,
Harusnya kita makin rapat sesama rakyat dan bangsa.
Bukan saling mewujudkan prasangka,
Antara dua parti berbeza.

Bukan menyebelah mana mana
Cuma sakit hati dan sakit mata
Melihat keyboard warrior berbicara
Tanpa mengira baik dan buruknya.

#PrayForMH370



2 kelip kelip:

HaFizaH aYu said...

sayu..hope they will come back

bazilah abu hassan said...

@HaFizaH aYu betul tuu. Allah knows everything.

 
Copyright © . Basic Template by Lyssa Faizureen