Monday, 21 April 2014

Biar


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Mereka kata mereka tunang
Kerana mereka berhajat mengakhirkan hubungan
Atas nama pernikahan

Mereka lupa mereka punya Tuhan
Tuhan yang memiliki segala kelebihan
Yang memerhatikan mereka saban siang dan malam

Jangan kau lupa anak muda
Gelaran tunang bukan lesen menghalalkan dosa
Jangan kau cemarkan agama
Demi kemuliaan di mata manusia

Biar keseorangan
Biar kerinduan
Biar kebosanan
Biar sakit memerhatikan orang berteman
Biar cemburu melihat orang berpacaran
Kerana selagi kau pegang pada iman, Tuhan pasti kurniakan kau kebahagiaan.




No comments: