Syawal

by - 1:30:00 am

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum peeps!

Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin. Raya tu macam biasa jugak. Hari Raya Pertama memang tak sematlah nak bergambar ke apa. Tahun ni pun raya pertama sangat ala kadar. Dahlah bangun lewat. Bangun bangun, mandi, pakai baju tapi tak pakai tudung raya. Aherherher. Phone tak sempat nak belek. Orang whatsapp, mesej, call semua memang tak sempat nak layan. Omboi. Sibuk sangat nampaknya.

Anyway, malam tu sebelum tidur scroll lah TL Twitter. So, macam ramai sangat yang duk tweet cakap raya ni hambar lah, bosan lah, tak meriah lah. Mostly benda negatif lah. Normal lah kalau raya sekarang tak semeriah kau raya masa kecik zaman sekolah rendah hingus lap kat hujung tudung tu. Zaman di mana kau bawak beg silang pusing kampung dengan kawan kawan. Sekarang kau gather dengan kawan kawan kat mana? Group whatsapp? Group wechat? Hehh. -,-

So when I was busy reading the tweets about bosannya raya, macam tak raya and so what not, I realised that we human are so ungrateful. You get to celebrate raya with your family, with clothes to be worn, food to be eaten, house to stay in and people to mingle with. Nun di Gaza sana, how did they celebrate Raya? Entah makan ke tidak? Ada baju ke nak pakai? Ke sibuk tahlil dan mengaji untuk saudara yang dah syahid? Belajarlah bersyukur. Appreciate things around you.

And bila ramai yang tweet dan update status pasal sunyi, hambar dan tak meriahnya raya zaman sekarang, I think all of this things happened due to technology. Nama je beraya. Sampai rumah sedara, salam salam sikit, duduk depan balang kuih raya sebelah sepupu sepapa tapi tangan sibuk scroll handphone, tablet. Kalau sembang pun tanya password wifi. Mana nak meriah? Nanti nak nampak meriah bila bawak keluar monopod lepas tu wefie beramai ramai upload insta, facebook. Yeayy! Raya. Kononnya.

Semua dah sibuk berteknologi. Tak angkat muka dari phone masing masing. Komunikasi kita makin terbatas. Perkongsian cerita makin berkurang. Lagi senang berwhatsapp dari bersembang. Ruginya generasi sekarang. Tak rasa nikmat berdebat duit raya siapa lagi banyak, sorok kuih raya sedap dalam tisu bawak balik rumah, tidur sebab letih berjalan bukan sebab bosan dan bla bla bla. Rugi rugi.

End. May Allah bless.






You May Also Like

0 kelip kelip