بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamualaikum peeps!
Okay. First, kita start dengan warning dulu. Jangan baca kalau takut sentap, takut kecik hati, takut marah dan sebagainya. I am just delivering my opinion based on my observation. Boleh jadi betul, boleh jadi tak. Lain orang, lain pandangannya. There, shall we start? :)
Gambar sekadar hiasan. Jangan gegatal nak gi padang ambik gambar gini dengan bg/gf. Haram kau tahu? Tunggu nanti kahwin, haaa. Gasaklah. Kau nak baring dengan baju pengantin putih sesuci lebaran pun belakang kira. Ambiklah gambar cemni puas puas. Baju kotor? Daia kan ada. Panjang nohh caption.
Okay. Moh le start mengarut. Korang bace je lah yee. Ahaha.
1. Jenis yang sambut ulang tahun bulan.
Pernah tengok? Woi. Jenuh laa weyy nak menyambut tiap bulan. Ni dah kalah cikgu tadika busynya. Kalau kat tadika biasa lah kann? Tiap tiap bulan ada parents yang buat bithday party simple kat tadika tu. Tapi tak semua bulan ada. Couple yang sambut tiap bulan ni bukannya tak bagus, tapi hmmm. Membazir. Kalau just sambut wish masing masing, okay lah. Kalau yang gi makan bagai tu habeh laaa. Tapi takpe. Kita tengok sahaja. Bukan duit kita. Luls.
2. Jenis yang bermesra di laman sosial
Ini yang paling annoying kan? Yelah. Who the hell want to read your sweet sour ayat cinta dekat twitter facebook semua tu? Lagi annoying bila kita tahu memang diorang pakai smartphone. Takkan lah tak download whatsapp ke, line ke, wechat ke. Tapi instagram, twitter, facebook jugak jadi pilihan nak bermadah manja. Of course, kalau setakat I love you, I miss you boleh consider, boleh paham lagi. Kalau dah sampai mmuahh mmmuahh peluk bagai tu bukan mintak paham, itu namanya mintak makian. Bersederhanalah. Jangan sampai orang lain naik meluat. Bila orang dah meluat, jangan tanya kenapa follower makin kurang, friends makin susut? muahaha.
3. Jenis yang taknak mengaku couple tapi cemburu kuat gila.
Haaaa. Ini yang jenis taknak declare. Bagi aku sama je. Cumanya takde lisan yang nyata. Tapi dah tentu dua dua pihak tahu sayang sama sayang, suka sama suka. Hakikatnya begitulah. Kalau dah memang taknak declare, taknak mengaku jangan duk jealous jangan duk cemburu. Dah taknak mengaku, tanggung jelah after math nya. Kesannya. Acecehhhh. Khennn?
4. Jenis yang show off hadiah dari bf/gf
Allahuakbar. Yang ni memang annoying. Come on lah babeh. Bukan semua orang mampu dapat apa yang awak ada tu. Cuba kurangkan sikap menunjuk nunjuk tu. Lebih lebih lagi yang upload gambar hadiah partner bagi beserta dengan gambar peluk peluk rapat rapat. Kami yang tengok ni share dosa jugak tahu.
However, if you guys noticed lah kan. Perasan tak? Kalau couple yang cantik yang hensem, pakai iPhone, kaya dan pandai bergaya mana ada orang nak bash kalau upload gambar atau video pegang pegang peluk peluk. Siap komen lagi, jeleslahh, so sweet lah and so what not. Cuba gambar couple belasan yang pakai baju starbucks ciplak seluar jeans pasar malam. Hmppppphhh. Kaw punya komen dan kutuk. See? Discrimination. Walhal, dosa sama je.
5. Jenis yang misteri
Haaaa. Jenis macam ni pun ada. Kita takleh nak agak apa status diorang. Tapi yang macam ni tak apa lah. Bukan dia menyusahkan orang sekeliling. Kalau masalah pun, diorang berdua je. Bahagia ke, sengsara ke, memang dua orang je rasa. luls.
Kalau nak list macam banyak lagi. Tapi ini je lah dulu. Yang lain lain kita sambung nanti.
No comments:
Post a Comment