Simple tips untuk jimat duit!

by - 9:34:00 pm

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum peeps!

So long not writing. Masya Allah. So lazy to write. Anyway, rasa macam nak share sikit something yang tak seberapa ada dalam diri ni. Rasanya yang aku nak share ni semua berkaitan cara untuk menjimatkan duit lah kot. hahah. Tapi tak semua ni berguna yeh. Baca je dulu. Mana yang mengarut sangat tu, mohon tutup mata. Buat tak nampak. Tapi much better if you add another solution. hihi. Feel free to do so.

Okay. Kalau lama lama sembang nanti aku lari daripada tujuan asal yang murni dan bestari ni. So, aku bagi teruslah ye.

1. Tips untuk baju yang dinodai warna baju lain



Haaaa. Biasa kena kan? Bukan main semangat mendobi dengan harapan baju akan jadi bersih dan suci. Bersih memang bersih. Tapi suci tidak sesekali. Sobs. Baju warna putih warna krim tiba tiba dinodai warna purple warna pelangi. Auch. Jangan sedih jangan hiba. Kak Ton ada solution untuk ada. Muahahaha. Murah lagi mudah. Sesuai untuk anda yang tak boleh move on dari baju tu.

Okay. Memula make sure ada soda bikarbonat. Kenal kan? Yang putih dalam botol kecik dan murah tu. Haaa. Dah ada soda bikarbonat tu, masukkan dalam periuk sekali dengan air sekali dengan baju yang dinodai tu. Didihkan dalam 10 minit. Didih okay. Lepas tu basuh sekali lagi dan jemur. Insya Allah berhasil. Yang mana duduk hostel tak ada dapur pun boleh buat. Soda bikarbonat tu campur air sikit, jadikan paste. Sapu dekat bahagian warna aneh tu. Letak dalam baldi, rendam bersama air mendidih. Air tu boleh cilok dekat water cooler atau rebus dalam kettle. Done.

2. Tips untuk kaki movie



Siapa je yang tak suka tengok movie kan? Tapi kalau namanya student memang kopaklah nak kejar semua movie ni. Unless, kau student ada kerja part time atau kau anak orang berada. So, why don't you just download things from ThePirateBay? Guna torrent tu hah. Cara guna torrent tu ada diajar dalam previous entry aku sebelum ni. Boleh godek godek. Pirate Bay ni international. So, kadang kadang ada je movie yang belum sampai ke tanah air kita, dah ada dekat site tu. One step ahead uols. Free lagi. Cheapskate sangat. XD

Hah! Lepas dah download movie berkilo tu mula lah merungut pasal storage laptop and so what not. Kalau laptop setakat 500 GB mana nak muat semua movie yang kerap beranak tu kan? Belum masuk Running Man lah, variety shows lah, Sherlock Holmes lah, dan blah blah blah. So, boleh lah beli hard disk memurah dekat Lazada. Tak mampu jugak? Tak sanggup menabung? Beli CD kosong bebanyak. Burn dalam tu. Kalau taknak burn pon, just guna macam USB/ Flash Drive. Haa. Kalau laptop tak ada CD player tu, hmm hmm. Balik ke first option. Usaha cari hard disk murah. ngehehe. Unless you like cloud storage. Then, go on lah.

3. Tips jimat duit bagi hadiah untuk BF/GF



Ah. Orang kata kalau nak bercinta biar ada duit. Tapi perasaan ni tak boleh nak dipaksa. So kalau dah memang bercinta tapi poket tak berapa tebal macam orang lain, mohon sedar diri. Bagi hadiah ikut kemampuan. And, if you are still a student and you insist on being in a relationship, please be aware that a true relationship doesn't need gift to keep it going. Tapi ye lah kan. Mesti nak bagi hadiah jugak cemana pon. Tapi boleh je kalau nak berjimat tu. Boleh sangat.

First, jangan nak selalu sangat bagi hadiah. Bagi on birthday je. Kalau dah teringin nak bagi jugak masa acah acah anniversary, hah lantak. Duit jangan mintak kat parents. JANGAN. SESEKALI. Parents perah keringat untuk anak, bukan pasangan anak. Kalau nak bagi sangat hadiah branded dan nampak mahal, hah kerja. Cari duit sendiri. Tak suka kerja? Buat hadiah sendiri. Banyak je idea comel comel untuk dibuat. Contohnya?

  • Buat scrap book tentang dia/tentang hubungan anda. Boleh letak gambar gambar yang rasa comel. Gambar tu kalau nak murah, pergi print dekat kiosk layan diri. Saiz 4R, RM1 sekeping. Murah derr. Kertas A4 colourful, RM 3.90 sekeping. Nak tebung lubang ke, letak tali ke, semua tu tak sampai RM5. Comel dan murah.
  • Masakkan something. Boleh je google resepi resepi senang dan mudah. Macam cake pops, cupcakes, chocolates and lot more. Kalau nak buat chocs tu beli je yang dah siap. Lepas tu cairkan guna teknik double-boiler. Beli silicone mould dekat Daiso, tuang dalam tu. Buh dalam peti. Tadaaaa! Chocs bentuk comel comel.
  • Ada tak botol mayonis atau botol kaca yang tak guna? Hah. Dalam botol tu isi dengan kertas warna warni. Kat kertas tu tulis la apa apa yang sweet kan. Gulung kemas kemas, bubuh dalam balang tu. Balang tu boleh decorate ikut creativity memasing. ahah. Sweet notes in a bottle!
  • Kalau yang paling tipikal, Open When Letter lah. hahah. Aku pun buat. Well, at least nampak kesungguhan kita. Dannnn, kalau pasangan tu suka gila, nampak yang dia memang tengok rasa. Bukan tengok rupa atau harta. Kalau dia sedih sebab just dapat benda tu sebagai hadiah, mohon berhati hati.  
Eh nak lagi senang kan, pergi je pinterest. Taip je DIY hadiah comel untuk pasangan. Hah. Melambak keluar. Selamat menjamu mata degan keindahan hadiah murah dan mudah. muahahaha.
4. Tips nak rajin menabung.



Dah besar galah ni, tak ramai orang sekeliling aku yang suka menabung. Aku pun tak suka sangat menabung. Tapi, benda baik kenapa nak dibiarkan tanpa diamalkan? So, macam mana nak pupuk minat menabung tu? First, make sure ada target kenapa nak menabung. Kalau jenis tak boleh nak target jangka masa panjang, target lah jangka masa pendek. Contohnya nak kumpul duit aim untuk beli something. Haa gitu. Nak bagi semangat lagi, beli tabung yang comel comel. Tapi janganlah jadi kurang cerdik. Beli tabung sampa RM 20. Menabungnya seminggu pertama je. Itu hampeh. Jangan sesekali buat. 

Bila dah kumpul bebanyak kan, memang puas hati gila. Trust me. Bila tabung tu dah separuh penuh especially yang lutsinar tu boleh nampak duit banyak mana, memang happy gila. Rasa macam tak sabar nak kira lepas tu nak masukkan dalam bank nak simpan biar makin banyak. Haha. Rasa macam kaya sekejap. Well, kalau dah kumpul banyak kali memang akan kaya lah. Yang membezakan cuma lambat ata cepat je. Usaha tu penting. Jangan lupa.

Setakat ni, tu je kot idea nak menulis. Harapnya dalah guna tips tips ni. Semua ni aku dapat sebab nak save duit. Nama pun student. Hidup memang sentiasa tak cukup duit. eheh. Tapi kalau selalu rasa duit ada tapi cepat sangat habis ni tanda hidup tak deiberkati pun ye jugak. Betul betul kena atas hidung aku. Haish. Maka, sama sama lah kita berubah untuk menjadi yang lebih baik. ihih. Till I write again. Stay healthy everyone!

End. May Allah bless. 





You May Also Like

0 kelip kelip