Saturday, 5 November 2016

Tolong, Tuhan

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Tuhan,
Izinkan aku pinta,
Beberapa perkara.

Satu,
Senangkan aku untuk senangkan mak dan ayah aku.
Biar nanti waktu jalan hujung minggu,
Mereka minta ini itu,
Semuanya aku mampu
Tak perlu congak kira dulu
Terus aku bayar kerana aku mampu untuk buat begitu.

Dua, 
Pinjamkan mak dan ayah lebih masa juga,
Kerana apa lebihnya dunia kalau mereka bukan lagi isinya?

Tolong, Tuhan.

No comments: