Showing posts with label Foods. Show all posts
Showing posts with label Foods. Show all posts

Monday, 7 October 2013

Fooddddddds


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum peeps!

Takde idea nak menulis. So posting gambar makanan lah yee. Gambar lama. ihih.


 Very the sedap. :P



 Killer bihun.

 The so cute petite nice cheese tart.



 Steamboat. 

 Nasi goreng pattaya.



Chicken Chop murah tapi sedapppp.


Till then. May ALLAH bless.




Friday, 8 March 2013

HI-TEA!

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ                                                  


Assalamualaikum peeps.

Hari ni mengeluarkan diri dari rumah untuk mengejoin makan makan feeling hi-tea gittew. Eksaited sunggoh sunggoh. Cik Fitri Nadiah yang telah dapat lesen kereta beliau dengan baik hatinya datang menjemput aku. hurray!

So, lepas solat asar siap siap terus bergerak ke Pekan Batu Enam. Kumpul dekat situ. Pick up sorang lagi member. Pastu terus bergerak ke Pantai Teluk Ketapang. Kita makan sotong celup tepung. Weeeeee~ Cik Nadhirah telah bermurah hati belanja kami. :D . Kami makan di Restoran Firdausi.

Let the pictures tell the story. *bajet vogue gila~*


The sotong. Nadhirah belanja 3 pinggan. Andd, aku habiskan dua pinggan. Ya, aku tahu. Hebat bukan? :D


The udangs yang dikaburi kerak rangup. Udangnya sikit sangat~ So, ambik dua pinggan. :D


Benda yang cucuk cucuk. Dalam gambar ada tiga. Hakikatnya, 13. :D


Meja yang dipenuhi makan. hik hik hik.


Ni ABC aku. Ikhlas lah ye, biasa je. Takdelah sedap sangat.

Aku yang paling kampung ittew. Jubah woooo. Hahahaha. Feeling mak haji gittew.



FRUSTRATIONNNNNN!

Mari mendengar kebengangan aku dan sahabat sahabat. Lepas makan, kitorang amik gambar. Masa tu dekat pukul 7. Mind you, we were taking pictures dekat tempat parking okehhhh. Belakang restoran.  Then, ada la kitorang gurau gurau. Habis je ambik gambar, ada suara perempuan sumbang sound.

"BALIK LA DIK. GHARIB DOH NING. MUKE LAWO SANGAT. PERANGA MACANG MENDE JE."
translation : "Balik la adik. Dah maghrib. Mula lawa sangat. Perangai macam apa je."

Banyak lagi pekerja restoran tu sound dari dalam dapur. Ni yang last lah. Yang awal awal tak berapa clear. Aku dengan semangatnya suruh dia tunjukkan muka. kehkehkeh. Panas jugak hati ni. Kitorang kan customer. Jangan la sound sound. Memang spoil ah. Bukannya kitorang bising dekat kaunter. Actually tak bising langsung okeyyyy. Makanan pun dah bayar. 

Ada jugak akak tu sound guna ayat ayat macam kitorang ni murahan gittew. Lagilah panas. Lepas tu semua macam bad mood. Balik rumah. Bukak fesbuk tadi, semua duk marah marah akak kedai sotong tuh. hikhikhik. Semua duk cakap, makanan tak sedap sangat pun, pekerja pulak biadap. Spoil sunggoh! Kalau bising dalam kedai, aku paham lah kalau dia nak marah. Ni ape cite? Dah lah tak bising. Dekat tempat parking pulak tuuuuuu.

Okey. Tu je. 

END. May ALLAH bless.




Sunday, 10 February 2013

JALAN + (MAKAN X MAKAN) = LEMAK!


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Assalamualaikum peeps.

Jyeahhhhh. Dengan bangganya nak announce yang aku telah berjaya menambah jumlah lemak aku. Hikhikhik. To begin with, start 3 February yang lalu, aku telah diimport kakak sulong ke Kolumpo untuk baby sitting anaknya. Kakak yang kedua turut mengejoinkan diri beliau. Meskipun tugas utama adalah baby sitting, kerja sampingan yang merupakan makan tetap dijalankan dengan jayanya. :DD . 

Aku jarang pergi Kolumpo ni. Aku kannn kampung gittew. Pergi mana mana pun aku pakai baju kurung. Bukan bajet ayu, tapi seluar takde saiz. hahaha. Itu tipuuu. Kali ni lama sikit pergi Kolumpo. Seminggu gittew. Puas jugak la menjelajah. Wangsa Walk-AU2-KLCC-KL Festival City-Times Square-Uptown Danau Kota. Memang haus tapak selipar aku. Letih letih. Tapi puas hati. kehkehkeh.

Paling seronok bila sepupu sulong belanja lunch dekat Harrods Cafe, KLCC. woihhh. Bila lagi nak merasa? Seronok betul makan bila ada orang belanja. Perut kenyang, hati senang. Lemak pun menumpang. Aku nak tempek bebrapa keping gambar okeyy. Kualiti memang low. Yelahh, guna kamera phone murah. Kittew takdeww Galaxy Camera. DSLR pun takdeww. Kittew adeww yang guneww Kodak jewww. *penampar sebiji*


 Ini menunya. Kaler hitam. Nak kasi nampak eksklesif lettew. =.=''


 Bahagian dalam menu. Mujur tulisan warna putih, kalau hitam?? Kompem laa tak nampakk. Dush!


The pembelanja. Haruslah ditepek gambarnya. Moga terbuka hati nak belanja lagi. hikhikhik. Love you!



Sudu dan garpu. Saja. Sebagai selingan. Yaaa. Aku tahu semua orang kenal mereka. Mereka lebih glamour daripada Zizan Raja Lawak.



 Iced cappuccino. Kakak nombor dua punya. hee. Yang kaler itam dekat belakang tu, iced coffee. Dua dua pahittt.



 Tukang belanja punyaaa. Tropical punch ke namanya? Minum terus feeling duduk tepi pantai. Pakai tempurung plus skirt hulla. Eh, betul ke apa yang aku tulis tu??



 Ni aku punya. Iced mocha! Sedakk nok mapuhh. I loikeee.


 Kakak sulong punya. Air oranggeeeee. Tak sempat sempat nak minum. Aku nak snap gambar pon payahh. haih. Sila ignore stroller yang bersepah di belakang tu ye.


 Nama menunya semua panjang panjang. Yang ni daging dengan sos yang enakkkkk. Daging dia sangattt lembuttttt.


 Ni aku punya. Beef burger katanya. Sedappp. Roti dia lembut dan sangat enakk. Aku tetap lapar sebab takde nasikkk. hehehe.


 The scone. Aku duk terbayang cone eskrem. hahaha. aku kan kampung gittew. Lembut, rangup dan manis. yummm!


 Ni jem untuk scone. Belah benda alah tu dua, pastu sapu la jem ini.

Aku sempat amik sikit je gambar. Lagi tiga menu, tak sempat. Semua jakun nak makan cepat cepat. hahaha. Termasuk aku. Melilau aku cari paip air a.k.a sinki untuk basuh tangan. Tak kuasa aku nak makan pakai sudu gerpu tu. hikhikhik. Tapi, mana ada sinki dekat tempat cenggini. sedih. sedih. sedih.

Malam tu, kita pergi Ikea pulak. Dah perut tong kann, mana gheti kenyang! Pergi Ikea pun tetap cari makanan. hikhikhik. Hasilnya,,, ini lah.

 Meatball. Chicken wing. Juice. Chocolate cake yang enakk menjilat jari.


Aku suka je kott meatball ni. Yang kuning tu mustard eh? Ohhoi. Aku tak suka rasanya. Bukan taste aku. heeee.

Lepas makan semua benda ni, aku masih rasa lapar. eheh. Biar betul? Yesss. Betulll. Walaupun aku tibai semua makanan halal, aku tetap kena makan nasi. At least once in a day. Memang tekak Melayu aku ni. hahaha. Kampungggg. Well. Who cares? I am so kampung and I love it. *tetiba* Tak heran lah lemak berkilo menumpang kalau macam ni caranya kann? hahaha. I love lemak juga. 

Okey. Tu je rasanya. :D. By the way, aku dah lama tak blogwalking. Mana mana yang join segmen sekali dengan aku tu, tunggu kunjungan aku ya! Yang dah kunjung aku tu pon, sabar. Aku balas naanti. :D. Seminggu di KL tanpa internet. pfffffffttt. Sadisss. k. Bye!

END. May ALLAH bless.