Thursday, 31 January 2013

#5 Jumaat Reminder APA YANG SYOK MASA HARI JUMAAT?


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum peeps.

Yeah. Sekeping gambar buatan tangan. Comel dokk doodle tuh? Freebies dekat belog taiko doodle : fizgraphics!. Haa. Pegi laa jenguk jenguk. 

Esok Jumaat. Macam biasa la kan. Meh kita sharing sharing apa yang best pasal hari Jumaat ni. :D . Minggu ni share pasal amaln dan kelebihan Jumaat la. Buku nota yang aku duk catat catat pasal surah surah amaln tuh hilang. Ada je dalam kotak bawah meja, malas nak cari je. hikhik.

No worries peeps. Yang ni pun bermanfaat jugakk. Okey okey. Cekidaud~
  • Buat sujud sajdah masa solat subuh. Dekat asrama dulu selalu buat time pagi Jumaat. Eheh. Aku pernah buat lima, enam kali je. Subuh Jumaat biasanya dekat dorm je. Malas ke surau.
  • Banyakkan selawat. Kalau hari lain dah banyak, hari Jumaat ni gandakan lagi.
  • Baca surah Al-Kahfi. Alah. Surah yang boleh lindung kita daripada dajjal kalau kita hafal tuh. Kalau tak larat nak baca sebab panjang, gagahkan. hikhik. Surah Yaasin dan Ad-Dukhan pun elok buat amalan masa hari Jumaat.
  • Banyakkan doa. Ada jumpa macam cerita la lebih kurang, doa selepas Asar pada hari Jumaat hingga sebelum Maghrib sangat bagus. Sahabat Rasulullah SAW, ramai yang rebut peluang ni. Ada yang sampai tak bercakap dengan makhluk lain sebab nak mengadu padaNya.
  • Potong kuku. Kalau potong ikut susunan sunnah lagi bagus. Macam mana ikut sunnah? Ni dia. Tengok lerr. Jelas ye? :D                                                                        
                                      

Yeah. Tu je kot nak share. Tu pun aku baca dari sini. Sama sama la kita amalkan. Ilmu aku pun cetek jugak. Umur pun tak sampai 18 lagi. Anyway, nak menyelit sikit. Selalu tak baca beautiful nara? Aku suka artikel pasal komen a worried muslimah to hijabista magazine. Suka sangattt. Nak tahu apa komennya? Tengok sini. Aku pun ada komen? Ce teka mana komen aku? hahaha.

END. May ALLAH bless.


Wednesday, 30 January 2013

My Blog Giveaway

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum peeps.

Kalau korang tak terliur nak join segmen ni, korang punya sifat sabar dan daya tahan terhadap duit tu memang tinggi. Tahniah aku ucapkan.

Tapi, kalau terliur nak join, normal la. Do click the banner. Oh, nak tahu ke apa hadiahnya?

Jengggggggg.

First place : RM 100 *bank in
Second place : RM 50 * bank in
Third place : RM 30 *bank in / top up,terserah kepada yg mng
Fourth place : RM 20 *top up
Fifth place : RM 10 *top up

Hah! Tanjat lettew.


                          
                      

So, aku nak tag sape eh?? Mereka lah : Piqah . Melah. Dierah. Qin. Cik Fie!

Okey. Dah sudah semua syaratnya. Aku nak mintak diri. Ciao!

END. May ALLAH bless.

Saturday, 26 January 2013

The Young Explorer!

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum peeps.

Hah. Dah selalu sangat join segmen kannn. So hari ni nak sembang sembang kosong je. Apa kaitan tajuk dengan intro aku ni? Orang Terengganu cakap, dokk ssabit lasung! Means, takde kaitan langsung.

Jadi, marilah kita mengait supaya wujud kaitan itu. Menangis guling guling Cikgu BM aku baca ayat ni. :D . Hari tu kann aku pernak tepek gambar adik aku yang vongsu tu kenn. Ni pun gambar dia jugak. Gambar dia meng'explore' rumah sendiri.



Kalau tak pakai henpon canggih, begini lah hasil gambarnya. Tu lah si Explorer nya. Sedang menyepahkan periuk, bakul dan mangkuk yang disusun kemas oleh Puan Emak. Yang kaler hitam bulat tu, pan ye. Bukan tayar tuh. Tayar tak duduk dekat dapur. hihi.



I explore the fridge. It was cold. But worth it. I found a carrot. Yummm. Such a healthy food. Worth my explore.  - Muhammad Alif Ismail bin Abu Hassan, the young explorer. :D

Ya! Itulah kaitan entry dengan tajuk. Paham sudah? Nanti budak manja ni aku nak suruh shooting Dora the Explorer life action versi Melayu Terengganu. Boleh??

END. May ALLAH bless.

Friday, 25 January 2013

Segmen : Tambah Follower sambil berkenal-kenalan.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum peeps.

Tolong jangan bosan dengan apa yang aku nak tulis. ihik ihik ihik. Ya! Aku join segmen lagi. Ni anjuran seorang jejaka hangat tau! Kalau rasa nak jadi hangat jugakk, join la sekali. Macam biasa la kan, sebijik banner.

                                          


Hah! Hangat tak banner tuh? Silalah kelik kalau nak join. Seperti mana syaratnya, kena sertakan bilangan follower sekarang. Aku kann terlebih rajin hujung hujung minggu ni. So, kita print screen.


Sape yang bace entri ni, lepas tu perasan gambar dia ada kat atas? Sila sengih dan gembira. kuikuikui. Anyway, jemputla join ye. Jemput semua. Jemput jemput pisang.

END. May ALLAH bless.

#4 Jumaat Reminder Kelebihan Ayat Kursi

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum peeps.

Again. Sharing some knowledge. Hari tu surah Insyirah. Hari ni ayat Kursi. Tapi rasanya, kalau ayat Kursi ni ramai yang tahu kann? hee. Never mind, share jugak. Mane tahu ada yang tak tahu. Boleh sharing kat sini.

Aku tahu ni pun daripada mesej someone that I consider as a close friend. He send me a lot of hadis and reminder. So, kite sharing la kat sini. Macam bese la, nak kasi menarik kaann. Sebiji gambar. :D

   
Yang ni ada maksud sekali. Cadangan Kak Didiey. Thanks sis! :D.
Okey, let's get to the real thing. Here are the benefits!

  • Baca pada saat keluar rumah, 70 000 malaikat akan menjagamu dari semua sisi.
  • Baca saat masuk rumah, kemiskinan tidak akan memasuki rumahmu.
  • Baca setelah berwudhu, darjatmu akan dinaikkan 70 tingkat.
  • Baca saat tidur, malaikat akan menjagamu sepanjang malam.
  • Baca setelah solat, maka jarak antara kamu dan syurga hanyalah kematian.

See? So, apa lagi? Jangan tangguh tangguh. Amalkan mulai sekarang. Pasal kemiskinan tu, apa yang aku tahu jugak, banyak kan amal Surah Al-Waqiah. Murah rezeki. Wallahualam. Yang penting amal, doa dan tawakal. He knows the best. Allahuakbar! Salam Jumaat. :D

END. May ALLAH bless.

p/s : peringatan untuk aku jugakk!