Saturday, 14 September 2013

Pengalaman Haunted Hostel

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Assalamualaikum peeps!

Lately ni aku macam addicted dengan seramshit. Apa tu seramshit? Seramshit tu akaun twitter yang share cite cite seram start jam 12 malam hingga 4 pagi. Penglipurlara seramshit ni bertukar tiap tiap malam tau. Haaa. Jadi memang pelbagai cerita la boleh baca. So, aku pon saja nak menggedik berkongsi pengalaman selama 5 tahun duduk di asrama.

Aku start dengan sejarah sekolah aku dulu lah ye. So, sekolah aku ni dah tua. By the year aku register untuk form 1, dia dah berusia 30 tahun. Sebab asrama penuh, semua wajib duduk asrama. Asrama ni ala ala dorm panjang tu. Ada 4 blok. Setiap blok dua tingkat. Satu dorm setiap tingkat. Maka, ada 8 dorm. Satu dorm tu ada 52 pelajar. Setiap dua katil dipisahkan dengan dinding. Jadi macam bilik kecik atau kami panggil kiub. Kiub tu ada pintu cuma tak ada daun pintu. Errr. Paham? Kiri kanan dinding, hujung katil loker. So, ruang antara loker tu macam pintu la.

Masa form 1 tak ada yang menarik sangat. Cuma aku pernah tengok sendiri kawan aku macam menggelupur dalam tidur, menangis nangis. Bila kawan aku cuit dia, terus tersentak bangun tercungap cungap. Katanya kena tindih. Tapi kata orang, kita letih sangat sebenarnya bukan kena tindih. 

Pengalaman real bermula masa form two. Ni lakaran kawasan dorm dari pandangan atas. 



hijau = pokok
line line = ampaian

Masa tu dekat la dengan hujung tahun. Kes H1N1 baru je reda. Musim mempelam pon bermula. So, nak dijadikan cerita kawan aku Alin namanya teringin nak makan mempelam. Dorm kami belah bawah. Deretan buah mempelam tu dalam 10 meter dari luar tingkap kiub aku. Tapi dipisahkan pagar asrama. Masa tu hari Jumaat. Kami semua baru settle fardhu ain. Noyu rasa macam rajin, dia pon setuju nak temankan Alin kutip mempelam yang banyak tu. In the end, kawan sebelah kiub aku, Athirah join sekali.

On the way jalan sepanjang dorm tu, diorang teringat la takde plastik untuk letak mempelam. Noyu dengan Athirah ni berhenti dekat luar kiub aku jerit suruh balingkan plastik. Agak lecehlah sebab plastik kan ringan. Nak kena ikatkan dengan something berat dulu baru boleh baling. Masa tu, Alin dah jalan ke depan sikit. Dah start mengutip la. Dipendekkan cerita, kami kenduri mempelam ah hari tu.

Sampai lah lepas asar camtu. Aku stay sorang satu kiub. Noyu dengan Alin. Around pukul 5 petang tu, Alin balik kiub. Mengantuk katanya. Noyu stay sembang dengan aku. Kami sembang sampai lah masing masing ingat ada kerja yang perlu disettlekan lagi. Masa tu dalam pukul 6.15. Aku buat kerja aku iaitu melipat baju. Tiba tiba Noyu datang cakap Alin ni bangun tidur then menangis nangis. Begitulah cerita kami bermula,

Aku dengan Noyu cepat cepat pregi dekat Alin. Kami pujuk macam macam. Aku tanya banyak benda la. Homesick ke? Clash ke? Migrain kau datang balik ke? Tiba tiba terkeluar soalan yang aku sendri pon tak sangka. Aku tanya, kau nampak benda tu ke? Tiba tiba Alin nangis makin kuat. Aku gosok belakang dia sambil baca ayat kursi. Setiap kali aku berhenti untuk tarik nafas, tangisan yang perlahan automatik makin kuat. Alin pulak asyik tutup muka dia. Memang dia tak pandang sekeliling lah.

Kemudian, kawan aku Aimi namanya cadang supaya kami pindahkan Alin ni ke kiub lain. Sebab mungkin makhluk tu berada di situ. So, aku dengan Noyu angkat Alin sebab dia macam tak bermaya. Masa tu masing masing dah terasa pelik sebab Alin ni terasa berat gila. Betul betul depan kiub tu kami terlepas lengan Alin. Jatuh terjelepuk lah jawabnya. Then, dua orang kawan aku yang lain, Rini dan Fatin lalu depan dia sebab nak keluar pergi dewan selera. Dua dua pakai baju hitam. Fatin tegur apa yang tak kena? Alin angkat muka dan terus jerit sekuat hati.

Masa tu semua terperanjat. Lepas tu dia macam orang yang kalut. Mata dia melilau lilau. Pandang atas, pandang kiri kanan. Sambil jerit jerit la. Part paling mengejutkan, dia tengok loker yang terbuka lepas tu dia menjerit ketakutan gila. Terus dia hempas pintu loker. Memang bergegar la. Masa tu la kemuncaknya. Ada senior yang tengah solat Asar, dengar kitorang jerit jerit panik dia ingat kami main gurau gurau. So, macam marah la. Bila dia jenguk dari kuib dia, baru la dia nampak Alin duk menggelupur mengamuk tengah hallway dorm.

Maka, senior senior pun macam panik cepat cepat datang tolong. Alin ni kuat tau. Ada senior duduk atas kaki dia, selamba je dia angkat. In the end, ustaz datang dan bawak Alin ke rumah ustaz kami yang memang power ubatkan benda benda macam ni. Nak dijadikan cerita, malam tu lepas Alin dibawa pergi dan keadaan tenang terbongkar la alkisah. Senior Fivers nama Kak Sarah tanya kenapa Alin jerit bila nampak Rini dan Fatin? Logiknya, kami fikir sebab mereka pakai serba serbi hitam atau kebetulan benda tu berada berhampiran mereka waktu tu.

Kemudian, Kak Sarah tanya kenapa hari tu dia nampak Rini jalan sorang sorang sambil menangis? Aku tanya bila? Isnin lepas jawabnya. Aku tanya lagi, dekat mana? Kak Sarah jawab dekat lorong antara blok akademik baru dengan lama. Rini pakai baju kurung cotton bunga halus katanya. Dia kata dia siap tegur Rini tanya pasal apa nangis. Tapi Rini diam je. Aku diam. Aku kata takpe, nanti aku tanya Rini kalau dia ada masalah. Kak Sarah pun blah. So, aku pun duk pikir sorang sorang. Tadaaaa! Isnin lepas Rini ada dengan aku, kami ponteng prep. Konon konon jaga dorm. Tapi Rini tidur je sebab dia senggugut. Aku cepat cepat pergi loker dia tengok baju. No cotton with bunga kecik. Jengggggg.

Okey. Cerita ni bersambung lagi. Tapi aku letih menaip. haha. Bersambung di lain entry. 

END. May ALLAH bless.



Tuesday, 3 September 2013

My-Creative-Side!

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Assalamualaikum peeps!

Life been hectic. Done registering myself into UniTAR International University on 1st September 2013. "UniTAR? Najwa Latif? Wow! Jumpa dia tolong kirim salam ya!" Been heard this sentences a lot of times. Way too cliche!

Anyway, aku saja la kann nak share apa yang aku buat sepanjang duduk rumah sejak 29 Jun 2013. So, mula mula tu aku kerja cari rezeki. Kerja ikut jam. Dapat RM 205.00 ja. Takpa. Alhamdulillah. Rezeki tu. Kemudia, lepas raya semua organ dalam berkompromi takmau kerja. Maka, tuan empunya badan duduk goyang kaki ja dekat rumah. hihi. Hasilnya, aku tempekkan beberapa keping gambar ya! Selamat menjamu mata dengan hasil entah apa apa ini.




Simple pencil box!

Ni adalah ice cream homemade tauuu. Ambik resepi dari blog someone, lepas tu memang menjadi! Tekstur memang macam eskrem betul punyaaaaa. Budget memang sangat murah. Tak sampai RM 10!


Pukul adunan hingga kembang!
- Setin susu sejat
- Sesudu kecil esen vanilla
- Separuh tin susu pekat manis (kurangkan kalau tak suka manis)
- Sesudu besar ovalette / sponge cake stabilizer
- Sebiji telur


 Yang putih tu rasa vanilla la. Yang koko pucat tu, mocha. Guna emulco ya! Warna terang lagi sebenarnya, tapi kamera phone murahhh. Nampak pucat. -,-''


Ini tambah emulco strawberry! Very sedap. Very nice.


Tadaaaaa. My cake pops! Very the simple and amateur looking. ihikss! New experience laaa. Suka suka! Adik adik pon suka. Lepas ni boleh buat lagi!


Okey. Tu je sebenarnya aku buat sepanjang duk rumah. haha. Takdelah hebat sangat. wihuhuhuuhu. Semua resepi aku google je! Kotak pensil tu main jahit je. Alhamdulillah menjadi. XD

END. May ALLAH bless.






Monday, 19 August 2013

Angan angan dan Cita

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum peeps!

Aku adalah contoh spesies manusia yang sangat suka berangan. Sebab berangan ni free. Tak payah bayar apa apa. Dan selalunya, benda yang aku angankan adalah pasal hidup aku. Ehhh? Macam bodoh pulak kenyataan tu. Mestilah pasal hidup aku kennnn. Terutama pasal rumah laa. hihi. Anyway, aku suka la google gambar gambar yang berkenaan dengan angan angan aku. Mari lah berkongsi!

Sangat suka dapur sebegini. Maksud aku, dapur yang ada island tu kat tengah. Tapi yang ini bukan island dah. Ini meja. Sink tetap dekat tepi tu. Lepas tu aku memang spesies yang suka tempat kerja tak banya warna macam ni. Tak serabut. Kalau google tu, ada dapur yang meriah sangat. Ada dapur yang siap dengan chandelier tu. Aku tak minat. Suka yang gini je.


Juga menyimpan harapan untuk memliki reading room bila ada rumah nanti. hehe. Suka yang macam ni. Cozy je. Ada rumah yang reading room tu gaya library. Tak mauuu. Suka yang ada sofa gini. Tapi kalau aku, aku would like to have the books placed in room with tall windows. Lepas tu sofa tu kita gantikan dengan daybed. hihi.


Haaaa. Contohnya cenggini. Aku kalau nak membaca kena terang terang. hihi. I love my eyes! Tapi banyak lagi pilihan daybed yang lawa lawa. Tapi aku sukalah yang gini. Tapi takmau ah tingkap besar gabak gitu. Orang duduk sebatu dah boleh join kau membaca. Tall windows tapi narrow. Suka suka!


Lepas tu kann, aku suka sangat frame gambar. Tapi tak suka bergambar. Apakah? Anyway, aku suka kalau ada dinding yang ada banyak banyak frame tu. Contohnya macam ni.

Tapi ni macam sikit je lahh kan? hihi. suka suka. Kalau letak gambar yang unik unik dan abstrak pon bolehhh.

Haaa. Dekat tangga pon lawa. Lepas tu tiba tiba teringat part dalam movie The Conjuring. Ambikkkkk hang. Kang jatuh gambar gambar habehhh la. haha.


Lepasss tu, aku suka berangan nanti nak dapur dengan counter tu. Letak balang balang handmade biskut. hihi.

Comeyyyyy.

Ada cake pop juga dalam balang! Weeee~


Kalau ada laundry room pon lawa kan? Kemas sikit rumah tu.

Simple sikit. Dinding kosong lagi bagus. hihi.


Lepas tu nak ada mini garden juga! wahaha. Sejuk mata memandang bangun pagi pagi. Boleh tengok bunga kembang kembang. Embun segar. Rama rama terbang. Ecewahhh.

Haaa. Ada flower bed gini. hihi.

Boleh lepak lepak. Minum petang. Buat dosa kering. ihihi.


Okey. Memang betul kena kerja keras kalau nak fulfill angan angan ni. hahaha. Insya ALLAH, akan ku usahakan hingga tercapai hasrat ini. hihi. Maka, sekian saja angan angan aku. Entah apa apa. Tapi takpa berangan. Bagus untuk perkembangan imaginasi. Angan angan korang apa dia?


END. May ALLAH bless.






Sunday, 18 August 2013

Cake Pop!


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Assalamualaikum peeps!

Semenjak dua menjak ni, semangat mem-baking sangat berkobar-kobar. hihi. Then, baru baru ni adik bongsu perempuan main Girls Game online. Lepas tu tengok beliau duk mendecorate Cake Pop. Wahhhh. Macam sangat comel dan menarik. Jadi cepat cepat aku Google resepinya. Hmmm. Mudah dan ringkas. Sebelum tu, kita google dulu contoh contoh design nya. Taraaa~

Ladybugs yang sangat lawa. Tapi macam leceh lah pembuatannya.


Very pretty. Very girlish. Very stylish. Simple but sweet. Kannn?


Haaaaa. Bebiri. Pon comel. Tapi nampak leceh jugak. hee.


Sesuai untuk wedding kann? Sangat comel dan sweet juga.


Yang ni? hahahaha. Tak rela membuat dan tak rela juga menelan. XD

So, mana cake pop aku? Belum buat. hihi. Nanti dah siap, aku eksyen eksyen kat sini. Nantikannnn.

END. May ALLAH bless.




Saturday, 17 August 2013

Chocolate Cake!

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum peeps!

Okey. Saja nak eksyen. Dah makan separuh baru decorate lagi separuh. hihi.





Weee. Lepas ni boleh mencuba kek kek lain. Ohhh. Buat Hokkaido cupcake tak ingat snap gambar. hee

END. May ALLAH bless.