Thursday, 16 January 2014

The Not So New Year Post!


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Assalamualaikum peeps!



Omboi. Ni first entry untuk tahun 2014 yang gilang gemilang ini. Wee huuu. Masing masing mesti dah pasang azam kan? Aku? Aku recycle azam dari darjah enam hari tuh lagi. Membazir tu kawan syaitan. Maka, berjimat sikit dalam berazam tu. Haaa. Cenggitu. Anyway, yang penting, pakat pakatlah merealisasikan azam yang dipasang tu. 

Masuk cerita lain pulak yeh. Lagi dua minggu adik bongsu tercinta sudah dua tahun. Makin besar, makin lasak, makin banyak mulut. Sekarang dah banyak mulut bukan main. Kalau dia tengok video dia dulu dulu, lepas tu dengar suara mak atau ayah aku dalam vid tu konpem menangis. Kononnya, mak ayah tersekat dalam phone. Adik oh adik. Lepas tu semua orang lelaki atau perempuan dia panggil abang, kakak. Pakcik yang bertongkat pergi surau lalu depan rumah pon dipanggilnya abang. Mulut manis betul.

Nest story. Sekarang dah masuk semester dua hidup dalam dunia universiti. Memang banyak yang berbeza. Way too much. Friends, life style, communicating style, and not to forget life cost. ihih. Kawan tu dua dua baik. Zaman MRSM baik. Zaman Uni ni pon baik. Tapi still, lain. Kau tak boleh expect kau akan dapat kawan yang sama sebijik sebijol dengan kawan waktu sekolah dulu. Kawan dekat sekolah dulu memang rapat habis. Lima tahun share kelas, share homeroom, share bilik. Sampai satu tahap, share selimut, katil dan sebagainya. Bond tu memang kuat habis.


So, bila dah kenal kawan baru dekat Uni ni memang take time lah. Macam orang kata lah kan. Usia 18 dengan 19 ni transfer period. Baru nak sesuaikan diri dengan kehidupan tanpa teguran dan bebelan dari cikgu atau parents. Kalau macam aku, dulu sekolah asrama. Jadi, ambik masa nak kenal balik orang baru. Nak start belajar bina balik friendship. Tapi Alhamdulillah, kawan kawan aku dekat uni baik baik belaka. Cuma belum rapat gila babeng macam kawan kawan zaman MRSM dulu. huihui

Rasa macam tu je modal nak mengarut aku. haha. Nanti hapdate lagi lah kot. Heshhh. Lama bebenor tak hapdate. Biasalah, student life kan busy. Kononnye lah. Padahal aku busy membuat tahi mata. 

END. 
May Allah bless.





Monday, 4 November 2013

Salam Maal Hijrah!


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Assalamualaikum peeps,

Hereby, I would like to wish everyone Salam Maal Hijrah! So, jangan lupa! Sebelum Maghrib malam ni eloklah baca doa akhir tahun. XD


Baca lepas solat Asar atau sebelum Maghrib last dah of Zulhijjah. Maknanya, petang ni lah. hikhik


Dah lepas solat Maghrib tu, baca doa awal tahun pulak. hihi

Kata orang, kalau nak pasang azam ni biar ada tarikh nya. Macam semangat sikit. So, inilah untungnya sebagai orang Islam! Masa tahun baru 1.January boleh pasang azam, masa Maal Hijrah pon bolehhh. Kan? Kan? Kan? --'

Anyway, mari sembang kosong pasal hijrah. Hijrah ni kalau kita belajar maksudnya berubah dari satu benda buruk kepada benda baik atau benda baik kepada yang lebih baik. So, banyak hijrahnya. Contohnya, dari sembahyang tak cukup kepada cukup. Yang dah cukup sembahyang kepada berusaha khusyuk dalam sembahyang. Yang belum pandai mengaji, belajar mengaji. Yang dah pandai, belajar tarannum atau cuba menghafaz. Tak gituu?

Bak kata orang, human is imperfect. There's always room to achieve the perfection. Maka, jangan segan jangan silu. Sama sama kita menggerakkan diri untuk menjadi a better Muslim and Muslimah! Ooooo. Yeahhh! Untungnya jadi seorang Islam, dah pasang niat baik pun dapat pahala. Kalau buat, bertambahlah pahala. Bila dah pasang niat tu, gagahkan diri untuk lakukan apa yang diniatkan. Lawan diri sendiri! Jyeahhh. Ini peringatan untuk diri sendiri sebenarnya. --'

Err. Tu je nak bebel rasanya. XD

END. May Allah bless.






Friday, 1 November 2013

Popular Book Store Sale @ Paradigm Mall


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Asslamaualaikum peeps!

Alhamdulillah. Safely arrived at Terengganu Bumi Bertuah. Bahagia sungguh rasanya. Home sweet home gitu. Bak kata omputih, home is where the heart is home is where the free wifi is. Haaaa. So, boleh lah menghapdate blog sesuka hati. Erkss. Paling penting makan dan tidur sesuka hati. Jyeahhhhh!

Anyway, just nak sharing pasal Sale Popular Bookstore dekat Paradigm Mall. Almaklumlah, hostel sebelah Paradigm. Maka, cari ubat ketiak pon pergi Paradigm. Curlassss gittew. Dipendekkan cerita, aku adalah pencinta novel English. Malangnya mereka agak mahal untuk diriku yang serba kekurangan dan cheapskate ini. Bila dah ada sale ni haruslah kita cepat cepat melangkah ke sana. Dan ini adalah hasilnya.

 Semnjak suka baking ni, haruslah terliur tengok set buku dan alatan ini dalam kotak cute. So, moh ler beli. Harga asal RM 49.00. Harga sale RM 9.00. XD


 Buku yang sudah berusia. Tapi masih berbaloi bagi aku. So, dari kiri RM 5.00 daripada RM 60.00. Yang Tengah RM 12.00 daripada RM 106.00. Yang paling kanan potongan 70% daripada RM 35.90. 


  Dari sisi tepi puloksss.

Kalau ikut hati, adalah sangat berkeinginan bagi aku untuk beli beberapa biji yang lain. Namun, budget untuk bulan ini tidak mengizinkan. Hanya mampu melambai buku buku lain dari jauh. Sobs sobs. Anyway, nak jemput anda anda semua like links INI. Yaaaa. Boleh jemput jemput tengok barangan yang dijual ye. Ihikksss.

Tuje nak membebel kali ni. 

End. May ALLAH bless.




Monday, 28 October 2013

Lebih Baik Tak Solat?

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum peeps!

Today, I'm just going straight to the point. No panjang lebar introduction and what so ever. So, here is the story. Me and my friends were talking about this particular guy who date a girl. Jadinya, I told them that I often bump into the guy at surau. And this guy is very bersopan. Then, one of my friend said that dia dah biasa tengok that guy dengan gf dia bergesel gesel dan berpelukan di tempat awam. Ya. Agak terkejut di situ. And, one of my friends terkeluarkan perkataan mengenai baik tak payah solat kalau still buat maksiat.



Typical kan ayat tu? So, let's not be the typical one. Macam dalam gambar yang di google tu sembahyang itu mencegah dari melakukan kemungkaran. Maka, let's not stop solat walaupun kita masih melakukan maksiat dan kemungkaran. Why? For me, we are human. We are sooo attracted to those wrong things. Sama macam mandi. Why you mandi kalau you tahu nanti you akan kotor balik? Baik tak payah mandi. Why you iron baju kalau nanti you tahu akan berkedut? Samalah dengan hati. Dah kotor, basuh dengan solat dengan sembahyang. Gituuuu.

I'm not a perfect muslimah, but let's try to be one. Berbalik kepada perkara asal, memang solat tu wajib. If solat kita tak mampu mencegah kita dari melakukan kemungkaran, my ustaz used to say that your pray is not efficient enough. So, how? He said to try focus in solat. Solat awal waktu. Jangan melengah lengahkan solat. Jangan solat hujung hujung waktu. Kita yang hamba ni pun tak suka bila dapat kerja atau barang last minute, apatah lagi Allah. So, cuba lah solat seawal mungkin. And, cuba fahami ayat bacaan dalam solat. Lebih kurang begitulah kata ustaz aku. XD


Dan sebagai manusia, mesti ada mistake. Mesti ada waktu solat yang rongak. Dan kawan kawan yang lebih alim selalu cakap bahawa pintu taubat tu sentiasa terbuka. Allah sentiasa menerima taubat hambaNya. And by the way, teringat pesan ustazah Paizah dedulu. "Mereka yang tidak berdoa selepas solat adalah mereka yang sombong dengan Allah." Biasa juga jumpa hadith. yang berkata "Ingatlah kepada Allah dalam masa senangmu, nescaya Dia akan mengingatimu di masa susah" (Al-Hadith)" Maka, berdoalah sentiasa dan mohonlah kemaafan. XD

That's all. Bye!

End. May ALLAH bless. 




Friday, 25 October 2013

Promoting Links!

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum peeps.

Kebosanan melanda. Teringat akaun 8share. Dah berhabuk. So, tarappapa!


Tu jaaaa.

END. May ALLAH bless.