bazilah abu hassan: Beberapa jenis Perempuan dalam Relationship

Monday, 16 September 2013

Beberapa jenis Perempuan dalam Relationship


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Assalamualaikum peeps.

Since aku rasa sangat annoying membaca tweet dan status lelaki yang suka menggunakan frasa "Perempuan sebenarnya..." Kalau ikutkan hati aku yang memang tak berapa sopan ini, ingin ku reply tweet atau comment di status mereka, " Deyyy brader, dah lama mana jadi perempuan? " Tu kalau ikut hatilah. Maka aku tak ikut. Terdetik lah di hati untuk tulis entry pasal benda ni sementelah ramai yang sekitar aku dah mula berpacaran dan berpasangan.

Let's start. 

1. Perempuan yang setia gila dengan si lelaki.

credit : kcgraphics.tumblr.com

Spesies ini adalah normal. Walaupun mereka tergolong dalam golongan yang diminati ramai, mereka tetap setia. Mungkin si lelaki itu ada keistimewaannya sendiri. Tiada tolok banding dengan orang lain. Bak kata orang, bila dah sayang, kentut pun wangi. Choyy, sangat! Sayang sampai tersumbat hidung. -,-


2. Perempuan yang rasa cukup dengan buah hatinya sahaja

credit : www.love-hit.com

Ini bagi aku tak berapa bagus. Especially dalam hubungan yang dipanggil couple. Dear sisters, your boyfriend should not mean the world to you. Your family should. Ada sesetengah kawan aku yang begini. Kadang kadang kasihan. Masa bercinta, buah hatilah segala galanya. Kawan kawan buat aktiviti apa apa pun payah nak join. Tengah tengah sembang pun sibuk texting, social messaging, stalk twitter, FB, Insta si buah hati. Bila clash, baru mencari kawan kawan. Masa tu, semua buat endah tak endah. Kan kasihan tu. 

Jangan ketepikan kawan kawan demi seseorang yang belum tentu jadi suami. Bagi aku lah. Setia pun ada tempatnya lah. Jangan sampai kau setia hingga tak kenal teman dan rakan. Itu bukan setia, itu buta. Jadilah manusia yang adil. Yang meletakkan sesuatu pada tempatnya. Jangan bila kehilangan si dia, baru nak kenal erti kawan. Oh, ter-emo pulak. Sorry.


3. Perempuan yang tak cukup satu

credit : teenagerposts.tumblr.com
Jenis ni pun dah biasa jumpa. Dan tak bagus jugak. Stok yang mesej dengan ramai lelaki. Yang kadang kadang macam desperately friendly. Yang kadang kadang bertukar pasangan macam tukar towel. Towel? Yaa. Towel. Sebab kalau tukar baju macam terlampau kerap. Towel lebih logik. Sebulan, 3 kali tukar? Hmmm. Lebih logik. Tapi kene husnus dzhon lahhh. Kalau memang jenis kawan kita tu friendly, mudah bergaul, ramai orang mesej, tak semestinya dia player. 


4. Perempuan yang tak boleh tahan kalau tak texting sehari

credit : quotepix.com

Haaaa. Pernah jumpa yang macam ni? Yang kalau tak dapat text sehari, dia boleh meroyan. Dia boleh tweet sampai 500 mengenai penantiannya terhadap text daripada buah hati. Then, bila text dah masuk, dia tweet pasal happynya text daripada buah hati masuk. ihikks. Olololo. Comel sangat perangainya. -,-


5. Perempuan yang suka bercerita mengenai buah hatinya

credit : wallsneedlove.com

Hahaha. Ni stok yang kalau bercerita pasal buah hati macam tak ada hari esok. Kadang kadang si pendengar pulak letih. Tak salah nak bercerita, tapi jangan sampai orang lain rasa annoying. Rasa macam tadakk life sangat dah hingga terpaksa dengar story mory kau pasal buah hati. Macam boring lah kann? So, beringat ingatlah masa berkongsi cerita tu.


Memanglah bila ada someone yang bukan dari family kita sayang kita, kita happy. Tapi jangan lah sampai keterlaluan. Jangan sampai langgar batas agama. Jangan sampai ketepikan orang orang yang pernah bermakna dalam hidup sebelum ni. Jangan sampai orang lain naik meluat. Bila nak tweet, nak update status sweet sweet tu, ingat ingat sikit. Jangan sampai orang yang membaca tu rasa meluat. hihi. Ni ingatan untuk semua dan diri sendiri juga. Jangan ada yang terasa. Kalau ada yang terasa, maafkan saya. :D


END. May ALLAH bless.

8 kelip kelip:

Vee Lea said...

Peringatan yang bagusss :D Sy number 1, tapi dah kena tolak jauh2. Sobs. Huahaha. Btw, I like that baju kurung on your header!! :D

bazilah abu hassan said...

@Vee Lea pengalaman berharga tuuu.

Ahmad Zarif said...

nice entry.. haha

Cheida_Mymee said...

hahaha macam2...
x de dalam list pon.. tapi maybe play tu kot.. masa mude2..
skng dah tua x de makna.. smua back to realiti..
focus for future!

bazilah abu hassan said...

@Ahmad Zarif thank you. :D

bazilah abu hassan said...

@Cheida_Mymee masa muda muda takpe. jangan kekal sampai bila bila sudah. haha

Sally Samsaiman said...

sally xde dalam senarai...I'm single..hahaha :D

bazilah abu hassan said...

@Sally Samsaiman hahahaha. selamat buat masa ini. kalau dah berpacaran nanti, jadi yang terbaikkkkk yaa! hahaha

 
Copyright © . Basic Template by Lyssa Faizureen