bazilah abu hassan bazilah abu hassan: Pengalaman Haunted Hostel 3

Monday, 30 September 2013

Pengalaman Haunted Hostel 3


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Assalamualaikum peeps.

Okey. Kita sambung dengan part tiga. Yang mana mana nak berminat baca part sebelum ni. Here. Part 1 and Part 2. Mari lah sambung bercerita. Aku akan cuba cerita seringkas yang boleh supaya habis sampai Part 3 je. ihih. Kalau panjang sangat, kang mati bosan.

So, lepas kejadian histeria pada siang hari tu dah reda, semua memang lega la. Tapi, panas yang diharap sampai ke petang, hujan pula di tengah hari. Satu malam tu, macam biasa semua student ke surau untuk sesi rohani. Lepas solat maghrib, sementara tunggu bacaan Yaassin berjemaah, aku duduk la lepak lepak dengan beberapa kawan lain. Then, macam bunyi kecoh kecoh dekat area Fivers. Lepas jenguk jenguk, intai intai, skodeng skodeng, rupanya Laila start balik.

Sementelah berada dalam surau, kami bacakan je Yaassin untuk dia. Laila tak menjerit. Cuma sekadar mendengus kasar je. Lepas separuh baca tu, dia start balik. Masa tu aku stay sebelah kakak senior nama Kak Alia. Then Laila ni baca duk menjeling dan mendengus ke arah kami. Tangan dia memang kena pegang erat dengan akak senior lain. Lpeas tu aku beranikan tanya, "Laila. Kau tak suka aku duk sini ke?". Dia mendengus lepas tu dia jawab " Aku tak suka yang sebelah kau tu." Masa tu semua macam terpempan. Tangan dia memang kena pegang kuat, dia tunjuk guna jari kelingking je. Kak Alia memang menangis terus lah sebab takut. So ada kawan aku yang bawak dia keluar dari surau. Keadaan jadi normal balik.

Walaupun keadaan reda, Laila masih mendengus jugak. Lama kelamaan, dia jadi makin ganas. Dia angkat kaki dia macam nak bangun cari something. Then kami buat keputusan nak bawak dia ke bilik ustaz je. Sepanjang perjalanan ke bilik ustaz tu, ada 4 orang yang angkat. Tak berat sangat. Silap kami bawak Laila jalan melalui jalan singkat yang merupakan jalan utama pelajar ke blok akademik. Ada seorang dua yang lemah semangat, terus berjangkit. Malam tu, satu maktab baca Yaassin. Dari kelas Form One sampai kelas Form Five. Memang surah Yaassin habis licin dekat surau. Semua angkut ke kelas.

Malam tu jugak baru kami discover yang semua mangsa histeria makin teruk apabila tengok Rini. Rini start rasa takut dan tak selesa masa tu. Malam tu jugak ramai yang mangsa histeria di bawa pulang ke rumah. Esoknya, Rini datang jumpa aku. Dia mintak tolong temankan dia jumpa ustaz kami. Ustaz tu pun baca baca lah sikit. Then, the outcome was really surprising. Ustaz tu tanya, Rini tahu taka yang family dia ada saka? Rini geleng. Ustaz tu pun explain yang ada saka warisan family nak datang berkawan dengan Rini. Nak suruh Rini jadi tuan dia.

Balik dorm, Rini call ibu dia. Ibunya pun bercerita. Moyang mereka ada membela. Masa dia mati benda tu dilepaskan tanpa penjaga. So, benda tu suka dekat Rini. That's why ada yang jumpa Rini tapi bukan Rini. Maka, ustaz bagi Rini limau buat mandi untuk tujuh kali. Pasal Laila pulak, ada kawan aku yang berani siasat. Laila ni ada rantai berbalut kain kuning. Masa nak mandi, dia tanggalkan and tinggal dekat atas meja study. Then, kawan aku ambil dan bagi dekat ustaz tu. Pun kami terkejut bila dengar hasil siasatan mereka.

Kata ustaz, kain kuning tu bertulis jawi penuh. Menyeru pelbagai semangat dan jin dari gunung, tanah, gua dan pelbagai tempat lagi. Perempuan besar yang Laila nampak tu sebenarnya benda yang ditugaskan menjaga dia. Bila slow talk dengan Laila, bary lah Laila bercerita perkara sebenarnya. Katanya, dia mengadu dengan ayah dia sebab rasa macam kena ganggu. Ayah dia mintak tolong kawan dia. Kawan ayah dia pun bagi je kain tu. Tanpa tanya apa apa, terus bagi pada Laila dan Laila pakai. Wallahu'alam.

Lepas beberapa hari kes histeria malam tu, keadaan makin pulih. Aku bernasib baik, cikgu aku share cerita pasal rumah warden tu. Katanya, masa tahun awal tahun 2000 dia duduk rumah warden belakang dengan seorang lagi cikgu. Bila ada Cikgu Azi nak masuk, mereka berpindah ke rumah warden depan sebab cikgu Azi ni dah kahwin. So lebih privacy. Sepanjang mereka duduk situ, mereka memang maklum bahawa rumah tu berpenghuni. Kadang kadang ada bunyi budak budak main pukul 2,3 pagi. Kadang kadang ada kelibat orang tua duduk lipat baju. So, mereka buat tak endah je.

Bila giliran Cikgu Azi duduk situ, penghuni asal tu macam tak suka. Sebabnya, penghuni asal tu suka pada perangai budak budak senior masa tu. Diorang selalu berparti malam malam, pasang lagu kuat kuat, menari dan tak menutup aurat sesama perempuan. Then, Cikgu Azi jadi tak boleh tidur, lenguh badan, gatal gatal semua lah. Panggil ustaz akhirnya. Ustaz pun pagar lah kawasan tu. Kata cikgu aku, masa ustaz tu baling lada hitam dan garam yang dah dibaca ayat suci dekat udara, jelas bunyi benda terbakar. Lepas pagar tu okeylah jadinya. Keadaan macam kembali kepada biasalah. Tapi Cikgu Azi berpindah dan rumah tu kosong beberapa tahun lepas tu.

Malangnya, pada tahun 2009 ada virus H1N1. Masa tu, kami dapat pengetua baru. Pengetua tu arahkan semua ruang, kawasan dan tempat dekat sekuruh maktab dibersihkan. Mak Cik mak cik cleaner pun memang dah lupa mengenai tempat yang dipagar tu. Maka, benda tu terlepas. Mak Cik tu pun demam beberapa hari lepas bersihkan rumah warden tu. So, benda yang terlepas tu menumpang dekat pokok mempelam. Makhluk itulah rupanya yang mengacau Alin.

Lepas tahu semua kisah ni, kami macam terkejut, kagum dan lega. Semua perasaan adalah pendek kata. Tapi yang bagusnya, lepas berakhir kejadian ni, semua lebih sedar. Banyak pengajaran yang kami dapat.


  1. Jaga aurat sesama jantina.
  2. Jangan tinggal sembahyang dan AlQuran.
  3. Jangan suka sangat aktiviti sosial yang buang masa dan melalaikan. Benda benda tu suka.
  4. Jangan bercakap lepas tak kira tempat dan suasana.
  5. Selalulah amalkan ayat Qursi.

Sekain sahajalah entry aku. hihi. Lama pulak nak updatenya. Almaklumlah, laptop buat perangai. :D

END.  May ALLAH bless.





0 loves:

 
Copyright © . All Right Reserved by bazilah abu hassan