Pengalaman Haunted Hostel 2

by - 9:41:00 pm


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Assalamualaikum peeps!


Aku rasa macam nak sambung story pasal Pengalaman Haunted Hostel tu. ihih. Okeyy. Maka, ceritanya begini. Kawan aku yang nama Alin tu dibawa pulang ke rumah. Lama lah jugak. Dalam seminggu gitu. Hujung minggu tu dia datang maktab balik. Dia mintak aku tolong potongkan limai nipis ke limau purut aku tak ingat. Tapi untuk mandi katanya. So, aku pergi kiub dia dan potong limau tu berhadapan meja. 

Then, tengah tengah potong tu aku tengok Alin renung luar tingkap dan cakap "Pergi main jauh jauh. Aku tak nak kawan dengan kau". Masa tu Noyu duduk sebelah aku. Kami berpandangan tapi tak berani nak tanya. Lepas dah potong limau, aku tanya jugak. Alin jawab benda tu datang dekat tingkap dan tegur dia. Rupanya Alin ni dah pernah kena kacau masa kecik tapi ustaz yang ubatkan tu tak buang habis benda tu. So, bila Alin dah besar dan cun melecun, dia datang lagi.

Lepas beberapa hari tu, Alin still kena ikut sesi pemulihan dengan Ustaz Din. Satu hari tu, dia baru habis sesi berubat. Dia panggil aku dari luar kelas. Kebetulan kelas kami sebelah menyebelah dan kelas aku sesi Self Study masa tu. Aku keluar lah. Alin cakap dia rasa macam tak larat sangat. Macam letih dan tak bermaya gitu. So, aku urut urutkan belakang dia sambil baca empat Qul dan ayat Qursi. Tapi macam keadaan tak improve sangat. Tapi teruskan jugak baca tu.

Sampailah tiba tiba kawan aku datang keluar kelas. Nama Laila. Dia kata biar dia pasangkan ayat doa yang ayah dia baca. Aku macam tak sedap hati. So, aku kata tak payah. Biar kita baca sendiri je. Tapi dia berkeras jugak nak pasangkan supaya Alin dengar. Belum sempat aku bertegas, dia dah bukak bacaan tu. Alin macam makin lemah. Aku memang tak tangkap sangat bacaan tu sebab tengah bercelaru. Tak sampai seminit, Alin tiba tiba menggelupur dan menjerti sekuat hati. Tersentap semua. Aku macam menaikkan suara lah dekat Laila. Suruh dia tutup bacaan tu.

Lepas tu Laila pulak yang macam lemah semangat. Dia masuk kelas. Berjangkit pulak dengan dua kawan aku yang lain. Masa tu ada cikgu yang heret Alin tu pergi dekat bilik Ustaz Din balik. Dia punya berkeras tak mahu pergi tu memang keras gila. Dia jerit jerit tak mau pergi bilik ustaz. Tapi cikgu aku lagi power. Dia bagi penampor sedas. Dia terus panggil student lain tolong aku dengan dia bawakan Alin ni ke bilik Ustaz Din. Masa tu macam kelam kabut ah. Jeritan dah macam bersahut sahutan dekat aras tiga iaitu aras kelas student Form 2, batch aku.

Lepas hantar Alin ke bilik Ustaz Din, aku dengan kawan kawan yang lain bergegas ke surau sebab nak tolong classmate aku, Along. Tuannya kecik, badannya berat gila. Semua yang angkat dia dalam 6 orang gitu. Sorang dekat kepala, dua dekat badan dua dekat kaki. Itu pun dua kali berhenti tengah angkat tu. Lepas berhenti tu, kawan aku yang angkat dekat kepala tu tiba tiba tarik nafas panjang dan menjerit kuat kuat. Masa tu lagi ah kelam kabut. Masing masing heret si Amirah ni pergi surau. Semua mangsa macam letak jauh jauh la.

Kemudian, ada cikgu yang datang azankan Amirah ni. Dia jerit suara memang kasar. Lagi kasar dari suara Mak Nyah dekat Lorong Haji Taib. Amirah paling ekstrem ah dalam perbuatan. Dia lempang cikgu kami tu. Cikgu lelaki okeyyy. Terpelanting spek cikgu tu. Then, ustaz datang dan picit pusat Amirah. Lepas tu baca la beberapa potong ayat. Habis baca tu barulah nampak Amirah macam slow down. Then macam kembali ke diri yang asal, tapi lembik dan lemah tak bermaya langsung.

Oh ya, kejadian ni berlaku masa siang okey. Tu yang macam riuh rendah tu. Petang tu dah macam slow down lah semua. Tapi still ambik langkah berjaga jaga. Sebab kita tak nampak benda tu. Bacaan Yassin dekat surau memang boleh kata tak putus putus la. Benda ni pun tak settle kat sini. Ada lagi yang kemuncaknya. So, do wait for next entry yawww!

END. May ALLAH bless.





You May Also Like

0 kelip kelip