bazilah abu hassan bazilah abu hassan: Current Life

Friday, 4 October 2013

Current Life

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum peeps!

Hidup di usia 18 ni sungguh mencabar. *lap peluh* Dari UPSI ke UniTAR International University. Di UniTAR International University pulak permanent hostel tak siap lagi. So, stay dekat Sun Inns Hotel dulu. Lepas tu pindah ke SOHO PJ5 pulak. Then dari campus lama di Leisure Commerce Square pindah lagi ke Tierra Crest di Kelana Jaya. So sekarang ni stay dekat SOHO PJ5. Berangkut barang sampai koyak beg. Sobs sobs.

Then check timeline study, tengok tengok raya haji tak boleh balik. Wuu wuu. Beraya di perantauan sungguh lah. Kakak kakak yang tinggal di Kolumpo pon balik semuanya. Maka tinggallah kami di SOHO PJ5 menangisi nasib diri. Sayu sungguh. Tapi takpe, nanti November ada cuti mid sem seminggu. Happynya rasa diri ini. Taaaaaaapiiiiii. Sebelum mid sem kena pindah lagi. Pindah ke permanent hostel pulak. Blerghhhh. Berangkut barang lagi nampak gayanya. Sedih lagiiii.

By the way, baru duduk dekat SOHO PJ5 lima hari. Tiba tiba ada akak senior yang duduk floor 6 tanya kami ada tak dengar bunyi apa apa. Then dia cerita yang setiap pagi, beberapa minit sebelum Subuh akan ada bunyi perempuan menangis. Lepas tu bila tengah azan, bunyi tu makin ekstrem katanya. Makin kuat. Choyyy. Akak tu cerita dekat aku dan roommate. Ketaq jugak lah. Sebab bilik kami air-cond macam bodoh. So, panas. Tidur pun tak tutup sliding door. Jangan bangun tidur ada benda dekat balkoni sudah. Nauzubillah.

Err. Tu jelah rasanya. Macam tak ada modal sangat nak bercerita.

END. May ALLAH bless. 





0 loves:

 
Copyright © . All Right Reserved by bazilah abu hassan