Sunday, 13 July 2014

Tutorial download movie guna Torrent.


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum peeps!

Salam Ramadhan. So, I love to watch movies. And I love to re-watch them. Hence, I need to keep them safely in my laptop. Ramai jugak yang tanya macam mana nak download movie. For me, I use Torrent. Sebab, kalau pakai Torrent ni best. If you lost internet connection masa Torrent dah sampai 99.0% pun, your download won't fail. Nanti dah ada internet connection, dia sambung balik. Best tak?

Kalau malam tu nak tidur tapi tak suka biarkan lappy terjaga, tutup je lah. Torrent tu pandai. Nanti kita switch on lappy dia continue balik download. Tapi, ramai jugak yang tanya macam mana nak download sebab nampak macam complicated. Haaa. Moh akak ajarkan. ihihi. 

1. Download BitTorrent!


Type je bittorrent.com .  Lepas tu click dekat get BitTorrent tu. Pehtu, macam biasa la. Ikut step yang dia bagi. Install macam biasa.

2. Go to Pirate Bay!


Dekat Box yang di-box-kan tu, taip la movie yang nak di donlod. Pehtu, jangan segan silu tekan je enter.

3. Keluar cemni.

Keluar list cemni. Pilih lah yang mana nak. Kalau ada perkataan 'CAM' maknanya movie tu dirakam. Paham paham la kalau dirakam acano kann. Tengok betul betul. Ada tajuk yang sama tapi boleh jadi tu games, audio and e-books. Pilih la Movie. ihih. Pehtu, klik dekat link tu.

4. Then.

Lepas klik dia akan keluar benda ni. Macam details untuk movie tu la. Klik dekat yang ada lambang magnet tu. Sebab dia akan terus direct pada apps bittorrent yang kita donlod tadi. Mudah jadinya.

5. Lepas klik.

Terus keluar pop-up macam ni! Pehtu, klik je ok.

6. Lastly.

Ni lah interface BitTorrent. Yang di-box-kan tu yang kita donlod tadi. Benda ni depends pada kelajuan internet kita la. lembap ke cepat. Lepas dah sudah di donlod, dia akan naik notification. 

Haaa. Clear tak? Simple je kan? Aku dulu guna benda ni terkial kial jugak. Tapi sekarang sebab dah pro, boleh lah nak gebang eksyen eksyen sikit. haha. Kalau nak download subs pulak, boleh gi SINI. Subs semua bagus bagus. Subs tu subtitle yehh.

That's all lah. May Allah bless.

End.

Monday, 7 July 2014

Dunia dan Mimpi Kita

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Kalau kau cari sempurna
Dalam dunia yang nyata
Kau akan kecewa

Kalau kau cari permata
Dalam celahan kaca
Kau akan terluka

Kalau kau cari cinta
Dalam bayangan rasa
Belum tentu kau jumpa

Kerana hakikatnya
Dunia ini bukan macam dalam cerita 
Yang kau baca sebelum menganyam lena

Dunia ini dunia nyata
Belum tentu pengakhirannya indah semua
Kalau pengakhiran indah impian kita
Harusnya kita usaha
Jangan hanya baca cerita
Dan tenggelam dalam jiwa
Dipengaruhi rekaan semata.

Usaha. Untuk mimpi kita.



Saturday, 5 July 2014

Ramadhan, Syaitan Dan Amalan.


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum peeps!



Salam Ramadhan AlMubarak! Tahun ni lain Ramadhannya. Last year dapat buka puasa dengan family for the whole month since admission date for university was like two weeks after Aidilfitri. Masa tu bukan main happy. Orang lain sibuk tweet, update status sebab sedih tak dapat iftar dengan family tapi aku goyang kaki duk rumah lagi. Since masuk uni lambat, maka habisnya pun lambatlah. This year, aku yang duk sedih. Orang lain hoorayy hooray settle foundation matriks semua. Sobs sobs.

Anyway, tahun ni sahur masak sendiri. Yeayyy me! Tapi setakat ni lauk lebih kurang je. Telur masak merah/asam, telur dadar, tumis sardin, sup sayur. Tu je lah. Well, masak pakai rice cooker ni leceh. Dahlah rice cooker satu je. Tapi, alhamdulillah. Mak bersyukur noks. Jadual malam pun dah berubah masuk Ramadhan nih. Pukul 10 je sibuk potong bawang semua. Pastu masak lauk. Pastu tanak nasi. Lepas dah siap basuh semua pinggan mangkuk, iron baju, lipat baju. Bila tengok balik, hooo hemm geee "kittew dah macam makcik makcik." Makcik makcik is good in my opinion, though. :)

Biasa dengar kan, bulan Ramadhan ni takde hantu syaitan semua. So, there is no syaitan you can blame onto when you sinned but yourself. However, banyak percanggahan pendapat mengenai isu ini. Ada yang kata semua syaitan diikat. Ada yang kata hanya syaitan yang degil melampau atau ketua ketua syaitan je yang diikat. Contohnya hadis berikut : Maksudnya : “Dibelenggu padanya (Ramadhan) syaitan-syaitan yang degil/melampau.” (Rujukan : http://soaljawab.wordpress.com/2008/08/31/maksud-syaitan-dirantai-dan-dibelenggu-dalam-bulan-ramadhan/)

Ada pulak hadis yang menyatakan  “Sesungguhnya syaitan berjalan di dalam tubuh anak adam seperti darah mengalir, maka sempitkanlah aliran tersebut dengan berlapar (puasa)”. Kalau menurut dua hadis ni memang syaitan tak diikat lah. Kita yang bertugas payahkan kerja mereka dengan berpuasa. (Rujukan : http://jsm.ppukm.ukm.my/buletin/?p=282)

But still. Tu semua kerja Allah. As His caliphs, we should increase our ibadah quantity and improve the quality. Dari zaman sekolah dulu duk pasanga angan angan nak khatamkan AlQuran dalam bulan Ramadhan ni. Tapi tu lah. AlFatihah untuk diri sendiri sebab lalai. Sebab hanyut dengan kehidupan dunia. Allahu. :'(. Rasulullah SAW yang dijamin syurga pun bangun malam buat ibadat, kita yang belum tahu mana akhirnya nanti masih sibuk texting, online sampai larut malam. Memang betullah kita ni manusia. Senang hanyut. Senang leka. Maka, sempena Ramadhan yang mulia ni ayuhlah kita pasang azam baru tekad baru mencari redha Allah.

It's never late until it's too late. Kawan aku ada pesan, kalau hati kita tiba tiba terdetik nak buat amal ibadat lebih sikit, nak buat baik ke, jangan bertangguh. Terus buat. Hati kita ni, Allah yang pegang. Dia yang Maha Berkuasa nak balikkan, nak detikkan, nak hentikan. Kalau dah terdetik sikit tu, terus buat. Bukan senang dapat peluang macam tu. ;).

That's all for my first Ramadhan entry. ehehehe. Mana yang baik datang dari Allah. Mana yang buruk dari kesilapan aku sendiri. Have a blessed Ramadhan everyone!

END. May Allah bless.