Monday, 7 July 2014

Dunia dan Mimpi Kita

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Kalau kau cari sempurna
Dalam dunia yang nyata
Kau akan kecewa

Kalau kau cari permata
Dalam celahan kaca
Kau akan terluka

Kalau kau cari cinta
Dalam bayangan rasa
Belum tentu kau jumpa

Kerana hakikatnya
Dunia ini bukan macam dalam cerita 
Yang kau baca sebelum menganyam lena

Dunia ini dunia nyata
Belum tentu pengakhirannya indah semua
Kalau pengakhiran indah impian kita
Harusnya kita usaha
Jangan hanya baca cerita
Dan tenggelam dalam jiwa
Dipengaruhi rekaan semata.

Usaha. Untuk mimpi kita.



No comments: