بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamualaikum peeps!
Salam Ramadhan AlMubarak! Tahun ni lain Ramadhannya. Last year dapat buka puasa dengan family for the whole month since admission date for university was like two weeks after Aidilfitri. Masa tu bukan main happy. Orang lain sibuk tweet, update status sebab sedih tak dapat iftar dengan family tapi aku goyang kaki duk rumah lagi. Since masuk uni lambat, maka habisnya pun lambatlah. This year, aku yang duk sedih. Orang lain hoorayy hooray settle foundation matriks semua. Sobs sobs.
Anyway, tahun ni sahur masak sendiri. Yeayyy me! Tapi setakat ni lauk lebih kurang je. Telur masak merah/asam, telur dadar, tumis sardin, sup sayur. Tu je lah. Well, masak pakai rice cooker ni leceh. Dahlah rice cooker satu je. Tapi, alhamdulillah. Mak bersyukur noks. Jadual malam pun dah berubah masuk Ramadhan nih. Pukul 10 je sibuk potong bawang semua. Pastu masak lauk. Pastu tanak nasi. Lepas dah siap basuh semua pinggan mangkuk, iron baju, lipat baju. Bila tengok balik, hooo hemm geee "kittew dah macam makcik makcik." Makcik makcik is good in my opinion, though. :)
Biasa dengar kan, bulan Ramadhan ni takde hantu syaitan semua. So, there is no syaitan you can blame onto when you sinned but yourself. However, banyak percanggahan pendapat mengenai isu ini. Ada yang kata semua syaitan diikat. Ada yang kata hanya syaitan yang degil melampau atau ketua ketua syaitan je yang diikat. Contohnya hadis berikut : Maksudnya : “Dibelenggu padanya (Ramadhan) syaitan-syaitan yang degil/melampau.” (Rujukan : http://soaljawab.wordpress.com/2008/08/31/maksud-syaitan-dirantai-dan-dibelenggu-dalam-bulan-ramadhan/)
Ada pulak hadis yang menyatakan “Sesungguhnya syaitan berjalan di dalam tubuh anak adam seperti darah mengalir, maka sempitkanlah aliran tersebut dengan berlapar (puasa)”. Kalau menurut dua hadis ni memang syaitan tak diikat lah. Kita yang bertugas payahkan kerja mereka dengan berpuasa. (Rujukan : http://jsm.ppukm.ukm.my/buletin/?p=282)
But still. Tu semua kerja Allah. As His caliphs, we should increase our ibadah quantity and improve the quality. Dari zaman sekolah dulu duk pasanga angan angan nak khatamkan AlQuran dalam bulan Ramadhan ni. Tapi tu lah. AlFatihah untuk diri sendiri sebab lalai. Sebab hanyut dengan kehidupan dunia. Allahu. :'(. Rasulullah SAW yang dijamin syurga pun bangun malam buat ibadat, kita yang belum tahu mana akhirnya nanti masih sibuk texting, online sampai larut malam. Memang betullah kita ni manusia. Senang hanyut. Senang leka. Maka, sempena Ramadhan yang mulia ni ayuhlah kita pasang azam baru tekad baru mencari redha Allah.
It's never late until it's too late. Kawan aku ada pesan, kalau hati kita tiba tiba terdetik nak buat amal ibadat lebih sikit, nak buat baik ke, jangan bertangguh. Terus buat. Hati kita ni, Allah yang pegang. Dia yang Maha Berkuasa nak balikkan, nak detikkan, nak hentikan. Kalau dah terdetik sikit tu, terus buat. Bukan senang dapat peluang macam tu. ;).
That's all for my first Ramadhan entry. ehehehe. Mana yang baik datang dari Allah. Mana yang buruk dari kesilapan aku sendiri. Have a blessed Ramadhan everyone!
END. May Allah bless.
No comments:
Post a Comment