bazilah abu hassan bazilah abu hassan: Tinggal Pergi

Friday, 14 June 2019

Tinggal Pergi

Menjadi yang ditinggalkan akan sentiasa menyakitkan.
Saban malam, memikirkan segala susuk kekurangan.
Setiap detik, merenung apa yang sebenarnya boleh dilakukan.
Setiap saat, mengintai kalau-kalau ada yang boleh dibetulkan.

Kata sudah dilafaz.
Janji sudah dimungkiri.
Manis sudah berganti benci.
Yang jadi, sudah jadi.

Yang pergi meninggalkan jarang sekali kembali pulang.
Apa yang menyakitkan sukar benar mendatangkan kegembiraan.
Perlahan-lahan, lepaskan.
Dikenang boleh, digantung harap jangan.
Semoga satu saat, akan tiba kekuatan untuk benar-benar melupakan.

0 loves:

 
Copyright © . All Right Reserved by bazilah abu hassan