Saturday, 15 September 2012

Even ice-cream is not this cool~

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

As salam.

I was dreaming to play cello! And look at them, I was speechless.

So cello, so cool, so smooth, so HANDSOME!


So deep. I'm rolled.


Not to forget this one, no cello but still cool. 
i know lot of girls love 1 direction, but i love this better.


The PianoGuys really made my days! Memang coolio.
end. Salam.
video credit: abang youtube

Thursday, 23 August 2012

Evolusi Kad Raya

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ







Sementelah berada di bulan Syawal ni,, kad raya mestilah banyak kan?? Well, semua orang suka dapat kad raya. Tapi tak semua suka balas kad raya. (T_T)
Perasan tak kad raya ni berubah mengikut peredaran zaman?? Atau hanya aku yang berperasaan begini??

1. ZAMAN TOK KADUK
see?? tak ada warna dan kulit depan pon. aku rasa sampul pon  takde. ni hantar by hand ni,, sebab takde ruang nak tampal setem and tulis alamat. 


2. ZAMAN AKU SEKOLAH RENDAH (TAHAP I)
yang warna hijau tu murah la zaman aku sekolah rendah dulu.  RM 1.50 dapat 5 keping. Design pon  tak lawa macam sekarang. Yang kartun-kartun tu biasanya bagi dekat bespren pasal harga dia RM2.00 dapat 4 keping. Yang tak bespren bagi yang cikai cikai je.


3. ZAMAN SEKOLAH RENDAH (TAHAP II)
Masa ni dah besar sikit. Kad raya pon dah comel comel. Macam maju sket. Tapi aku suke yang klasik. Feel raya tu,, perghh!



4. ZAMAN SEKOLAH RENDAH (UMUR SAMA,BUDGET BERBEZA)
Yang besar ni,, biasanya kasi dekat cikgu-cikgu. Mandat besar, kad besar, budget pon besar. Kad camni mahal la masa zaman aku.RM3.50 dapat 5 keping. Tapi kad ni spesel,, dekat dalam dia ada kertas lain untuk tulis tulis. Bagi aku, kad ni evergreen. Sekarang ni pon,, banyak je dekat kedai.



5. ZAMAN SEKOLAH MENENGAH
Ni aku beli untuk tahun ni. Sebab ni tahun last puasa ngan kawan kawan asrama. Lepas ni  bawak hala tuju masing-masing. *oh syahdu*. Tapi, aku tak suka sangat, beruang pakai kopiah pon boleh buat jadi gambar dekat kad raya?? Haish! Langsung tak ada feeling raya kan?? Macam kad invitation jadi maskot beruang sarkas ada la. Biasa zaman kecik-kecik,, kad raya tu lawak. Ni dah tak berapa dah. Kalau gelak pon sekadar amik hati member yang hantar.
    




6.ZAMAN SEKARANG DAN AKU RASA AKAN DATANG
Yang ni bagi aku,, lagi tak ada feel raya. Haish,, zaman aku dah bercucu nanti maybe kad raya dalam bentuk hologram?



EXTRA! BIRTHDAY KAD AKU PALING SUKA!
Roomate aku bagi sempena birthday aku. From Korea sebab abang dia study kat sana! Sangat comel.

END.
p/s: Tahun ni dapat kad raya sekeping je.(T_T)

Saturday, 4 August 2012

Terengganu and nekbat

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

See the title??
Ah-ha! Kenal kah dengan makhluk nekbat ini?? I don't know in other states but in Terengganu, nekbat is famous in bulan Ramadhan. Kiranya beliau ni edisi stok terhad la. Setahun sekali je. Nak kenal ke rupe chek nekbat ni macam mana? Rupa dia simple je. Takde warna warni macam crayon 48 batang tu.


I AM PROUDLY PRESENTING MISS NEKBAT

Haha. Nilah beliau. Asal-asal beliau kecut je. Lepas sira dengan air gula letak daun pandan,, beliau jadi kembang semangkuk! Walaupun dia nampak kosong bodoh macam tu je, rasa beliau sedap! Tapi! Kepada mereka yang mempunyai kencing manis, adalah tidak digalakkan untuk menelan beliau lebih 3 biji. Why?? Oh. Miss Nekbat is soooo sweet. macam anak gadis Terengganu.


Itu sajalah untuk hapdate kali ni. Takde apa pon nak dicerita,, tapi memang gatal nak menaip.
END.





P/S: sesapa yang tak sempat menjamah nekbat sebelum mati,, hilang satu nikmat hidup! XD
pic: credit to Google. Aku tak dan nak amik gambar makanan. Semua masuk perut dulu.





Saturday, 21 July 2012

Ramadhan ya kareem~

As salam.
Ramadhan comes again!

TOP 10 BENDA PALING BEST DALAM BULAN RAMADHAN


AIR SEJUK!
 Walaupun encik air sejuk ni nampak biasa-biasa pada bulan biasa, namun adalah satu nikmat pada bulan puasa yang dahaga. Bukan bulan puasa yang dahaga, orang yang puasa la.



KUIH MUIH DI BAZAAR
 Ya! Bazaar ramadhan. Bank sementara di bulan puasa. Ni bazaar ramadhan okey?? Bukan Bazaar majalah tu. Yang tu apa ada?? Ada kuih cara, ayam golek bagai?? Nan hado~~




BUNGA API 
 Ingat tak zaman halus halus dedulu? Yang kaler merah batang belang-belang tu doploh sen. Yang batang kuning gemuk sket tu,, 50 sen. Yang tu kaler kaler. Zaman tu kire mahal woo. Yang dalam kotak tu,, mercun bawang. Hanya mereka yang takutkan risiko bermain mercun bawang.*kahkahkah*




KAD RAYA
I love kad raya!! Makin lama dah makin kurang orang pos kad raya. Ye la,, dah ada hanphone, tablet bagai. Apa kelaas bagi kad raya?? Tapi aku suka~ Nostalgik gila!




LAMPU LIP LAP 
 Haaa! Pasang laampu ni kat rumah, baru ada feel nak raya! Dia punya feel tu,, ad uumph! Macam teh boh gitu. Nampak meriah semacam. Lip lap lip lap.





MERCUN
 Ini lah mercun. Ya! Aku tahu. Mercun ini tidaklah segempak dan sehebat mercun lain. Tapi namanya cukup gempak. Mercun NAGA! see~~ Kenapa aku pilih mercun ini sebagai mercun peberet?? Takut risiko putus tangan?? Tidak. Tidak sama sekali. Aku takut risiko putus telinga ditarik oleh encik ayah jika bermain mercun lain.




MURTABAK
 Ini murtabak. Beliau tidak termasuk dalam golongan kuih muih. Apabila tiba ramadhan, beliau dengan tiba-tibanya menjadi penghuni tetap meja makan di kala berbuka. Ada masanya, beliau menyertai meja semasa bersahur. Ini adalah disebabkan oleh, mereka yang membeli beliau tidak mampu menghabiskannya pada sebelah malam.




PELITA
 Hah! Style gila kan main pelita guna tempurung?? Pelita ni mcam simbol bulan ramadhan dah masuk la. Sebelum pergi tarawikh dah pasang dulu banyak-banyak. Lepas tu,, orang lalu depan rumah nak pergi surau puji puji. Kmebang semangkuk!




TANGLUNG
 Ni bukan tanglung cina tau! Dedulu,, kalu yang bulat ngan petak saiz paling kecik harga 20 sen. Yang besar sikit 50 sen. Yang bentuk segi segi tu 80 sen. Kat bontot tanglung ni ada rambu rambu warna warni. Cara main dia senang,, memula letak lilin yang dah dinyalakan dekat keping besi dalam tanglung tu. Lepas tu bengkokkan besi tu  buat sokong lilin yang lemah tu. Lepas tu, baru bukak tanglung tu pelan pelan. Dawai besi dekat hujung tu sangkut kat batang kayu. Pastu boleh round kampung time orang sibuk terawikh.




TARAWIKH!
Haa. Ni la yang paling best! Top up pahala sekali dengan moreh. XD. 





p/s : moga moga beroleh keberkatan dan Lailatul Qadar. Sama-sama meriahkan Ramadhan dengan ibadat!

Sunday, 15 July 2012

mirror yourself~

As salam.
 Sometimes,, people can be so vain. Pernah tak jumpa orang yang sering merasakan dirinya tidak disukai orang dan sering dijadikan mangsa?? No. I'm not talking about people with low self-esteem. I'm talking about people who always blame and condemn others.

"Dia selalu buat camni dekat aku. Aku tak tahu apa yang dia tak puas hati dengan aku"
"Minah tu selalu jeling aku sampai mata hitam dia jadi putih"
"I dah tak tahan. Apa yang I buat semua salah pada dia"

Pernah tak dengar member member yang mengadu macam ni. Sometimes,, bila diorang mengadu memang betul la. But, bile dah banyak times, dan you pun nampak orang yang dikatakan jeling sampai mata hitam jadi putih tu tak bersalah,, memang betul la diorang ni spesies yang rasa doirang ni victim.

You people! Reflex yourself!
Maybe orang yang macam tak puas hati dengan you tu kecik hati dengan you. Cuba muhasabah diri.
Don't always blame other people. Maybe yang jeling you tu juling. Atau you yang juling dan perasan dia jeling you. Atau diorang yang tak puas hati dengan you tu memang satu spesies dengan you. Molek sangat.

Why don't you guys team up and buat club baru??
' BLAME-AND-CONDEMN-PEOPLE-CLUB'
oke. Tetiba emo. XD

end.