Sunday, 6 January 2013

Segmen: Saya Blogger Dari Negeri Terengganu

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum peeps,


Lalalala~ segmen. Segmen. Dan segmen. Kali ni join Segmen Saya Blogger dari Negeri .... ni pulokss. Minggu ni, dah berapa segmen eh join? Lantak ahh. Yang penting, join! hewhewhew. Time kasih Yayahh sebab tag.

So, dipendekkan cerita, aku blogger dari Terengganu! Jyeaaah! Apa yang best dekat Terengganu? Yang bestnya, nasi dagang dengan keropok lekor. Oh, bukan Kerepok Lekor Losong ye. Kalau dekat Losong tuh, aku cadangkan Gerai Halimatul Khairul je. Yang lain, so-so. Dah tu, keropok dekat mana best? Yaaaa. Keropok Lekor Bukit Tok Beng adalah terrrrbaek. Dimasak menggunakan kayu api okeyyh. Mark that. Nak beli kena ambik nombor. Pastu, beratur tangan ke bahu panjang panjang. Never mind, worth the taste.

Bila datang Terengganu, mesti nak pergi tempat tempat menarik kan? Tahun ni kan TAHUN MELAWAT TERENGGANU, so jemput la datang. Terengganu ada Payang Walk. muahahaha. Meskipun namanya mirip dengan Wangsa Walk, atmosphere nya amat berbeza. Kat sini korang boleh beli benda benda macam makanan ngan kraftangan. Eh, kat sini, anak ayam pon ada orang jual tau! Payang Walk ni kat mana? Haaa. Dekat depan Bazar Warisan. Bazar Warisan kat mana? Depan Payang Walk. ngehngehngeh. Terengganu ada Taman Panorama. Pemandangan kat situ cantik la jugakk. Kot. Mata masing masing kann.

Apa lagi unik Terengganu ni? Ciwahh. Nak tau lagi? Terengganu ada banjir hujung hujung tahun. Hahaha. Boleh la merasa pindah pindah. Okeyy. Tu aku melalut. Kalau teringin nak naik bot tambang pon boleh. See. Menarik kan Terengganu nih? *kembanghidung*

BANYOK DOH RASE BLEBE PASAL TEGANU NI. BANYOK BANYOK KANG, RIAK PULOK. SEKIANG.

nok tag sape eh? hok ning lah.
Cik Didiey


END. May ALLAH bless.

p/s : Zizan Razak is from Terengganu. Desa Murni is from Terengganu. :D


Saturday, 5 January 2013

Segmen Up Followers 2013 by Hotmasakini

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum peeps,


Nampak tak? Hahaha. Yeaaahh. Join segmen lagi. Dulu bukan main, masa join segmen Cik Mimey tu, first time la konon. Dan dan dalam masa tak sampai sebulan, dah tiga segmen aku join. Gila tamak. Hah! Apa aku pedulik. Tamak segmen ke, tanak nasi ke, Tomok penyanyi ke. Aku tetap nak join. Apa yang seronok join segmen ni? Well, first sebab syarat join segmen ni simple nak mati. Simple macam mana tuh? Haaaa. Korang cuma perlu follow blog Hotmasakini. Lepas tuh, buat entri mcam aku buat ni. Tepek la gambar badut asap tuh. Then, kau buat buat tak malu pergi komen dekat entri penganjur. Cakap kau join. Bagi sekali link entri kau. Selesai kerja. Simple kan?

Seghonok jugak join segmen sebenarnya. Aku suka part kita jalan jalan pergi belog orang lain. Macam macam spesies belog kau boleh jumpa. Lepas tu, boleh tahu banyak benda. Hahaha. Promosi segmen tak berbayar. Tapi, seriously, aku enjoy laa join segmen-segmen bagai. Sebab utama, aku tak tahu nak cari macam mana belog orang lain. So, ni salah satu caranya la. Kan? Kan? Sebab dah tak ada benda aku nak mengarut, aku mintak diri dulu. hewhewhew.

END. May ALLAH bless.

p/s : jom la join ramai ramai.



Friday, 4 January 2013

#2 Jumaat Reminder

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum peeps,

Sempena Jumaat pertama 2013 ni, mari lah sama sama baca haadis pendek yang aku google nih. Hehehe. Yelah. Kan Rasulullah SAW pun aada cakap, sampaikanlah darimu walau sepatah perkataan. So, aku pon tepek je sekeping hadis ni. Tu je. Baca dan buatlah peringatan ya!



Selamat beramal!

END. May ALLAH bless.

Wednesday, 2 January 2013

Segmen Tambah Follower Awal Tahun 2013 oleh Emmymazli

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Assalamualaikum peeps,



See? Join segmen lagi. Okeyyyy. Belog Kak Emmymazli ni simple je. Header belog cantik! Kan? Ada butterflies dengan twinkles. Suka belog ni sebab kejap je loading, tulisan senang baca, penulisan pon kemas je. Plus, ad poll! Then, kat bawah tu ada makhluk alah angkat sebelah kaki yang comel. Hello Kitty! Lepas tu, blog pasal macam macam. Maknanya, tak boring ah! Tu je kot pendapat aku. ngehngehngeh. Ampu? Mana ada ampu. Kan pendapat tuh. :D

Ni second segmen aku join. Hahaha. Yelah, sebelum ni mana ada aktif sangat blogging nih. Anyway, terima kasih banyak banyak dekat Kak Emmymazli ni sebab rajin buat segmen cenggini awal awal tahun ni. Tabik spring sebijik! Semoga Kak Emmymazli terus aktif berbelog! Ciwahh~ Akak ni mintak pendapat je, aku pulak semedang je bagi ucapan. Bajet retis lettew.

END. May ALLAH bless.

p/s : jom la ramai ramai join!

Monday, 31 December 2012

HERE COMES ANOTHER YEAR!

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum peeps,
Setahun lagi bertambah usia. Alhamdulillah. Ada lagi peluang merasa setahun bertambah. Hesh, zaman dedulu anak dara umur 18 dah tak dara jadi mak dara. Maksud aku, dah beranak. Aku? Haih. Bukan setakat balak, ranting kering pon takde. Kalau Puan Emak tahu statement aku yang menjurus kepada kegatalan ini, sudah tentu aku diganyang beliau. Maka dengan itu, adalah lebih baik aku menjurus kepada niat asal aku menghapdate belog ini.

TADAA~





So,, whats your new azam??

Konon ah. Tiap tiap tahun buat azam. Tiap tiap tahun tu jugak tak tunaikan azam. Contoh spesimen makhluk camtu,, aku lah. AKU LAH PEMASANG AZAM PALING RAJIN ABAD INI! hahaha. Dan.... AKU LAH PENTUNAI AZAM PALING LIAT! Apa apa pon, moga tahun 2013 ini dirahmati dan diredhai ALLAH SWT. Amin.

END. May ALLAH bless.

p/s : 2013, result SPM keluar. 2013, aku dah 18. Dah boleh tengok movie 18sx. Okeyy, sebelum ni pon dah tengok!