AMAH LAMBUNG BABY MAJIKAN

by - 3:31:00 pm


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum peeps.

Tengok berita semalam? Dekat TV9 and TV3. Dua dua ada berita tuh. Berita yang bibik lambung baby tuh. Gila kejam! Aku tengok sekilas. Lepas tuh terus kecut perut dengan organ organ dalaman yang lain. Kesian budak tu. Baru empat bulan. Kebetulan dekat rumah adik lelaki aku yang bongsu baru setahun lebih sekali dengan anak sedara pompuan baru umur enam bulan. Semua duk kengeriannnnn tengok berita.

Mujur jugak parents budak tu orang muda, berteknologi, ada duit. Boleh buat CCTV terus sambung ke smartphone mak baby tu. Kalau yang duit cukup cukup je nak bayar gaji bibik tapi tak cukup nak pasang CCTV macam mana? Sampai ke sudahhhh tak tahu si bibik tu buat anak macam bola tampar. Kebetulan kakak sulong baru start hantar anak ke taska. Terus lomah somangat beliau. Pucat lesi tengok berita. Kesian beliau.

Nak tengok videonya? Aku share je eh. Kalau yang mana mana hati selembut softlan tu seeloknya batalkan niat anda. Kang meleleh leleh air mata. Cekidaut.



Ni memang bibik mental kot. Sream wehhhh.Moga kita dan keluarga dijauhkan daripada bencana dan dugaan macam ni. Baby ni,mak dia dah bawak ke hospital untuk check up. Doktor cakap memang ada kesan cedera dalaman. Moga takde kesan serius pada baby tu. Amin. Sama samala kita doa kan. Mak baby tu pun ada pesan supaya hati hati pilih bibik. Check mental dan fizikalnya. Ingatt tu!

END. May ALLAH bless.

p/s : impian tak semestinya jadi kenyataan. sabar jelahhh. mungkin ada yang lebih baik. :D




You May Also Like

4 kelip kelip