Saturday, 31 December 2011

selamat tinggal sayang~

                                                                    INI ADALAH ENTRI JIWANG!
Sayang,,
awak datang sekejap je dalam hidup 16 tahun saya ni. Awal awal kedatangan awak,, saya sibuk dengan kem. Dah berapa hari kita rugi. Tapi awak tetap setia tunggu saya. Awak cakap, setahun jarang sekali nak jumpa, jadi awak sanggup tunggu saya habiskan kem yang tak best tu untuk kita bersama sama.


Awak, saya terkejut sangat bila kawan saya post kat wall pesbuk saya pasal awak. Rupa-rupanya awak datang berteman. Saya ingat awak sorang. Tapi kita enjoy je. Teman awak tu kita buat derk je. Sebelah mata pun kita tak pandang sebab kita asyik bersama. Walaupun teman awak membebankan, saya memang tak ambil port langsung sampailah awak dah hampir pergi. Baru kita layan teman awak. Tu pon sebab paksaan parents kita tau.



Awak, tahun depan kita jumpa lewat sikit. Tapi panjang durasinya. Lebih panjang daripada sebelum sebelum ni. Saya dah plan kan macam macam. Saya nak enjoy habis. Awak jangan lupa ya. Saya tetap sayang awak. Hanya awak di hati saya. Walaupun setiap kali berjumpa, awak bawak teman, saya tak kisah. Saya sayang awak,, CUTI SEKOLAH!!! dan awak, pesan dekat teman awak, KERJA SEKOLAH tu.. tahun depan saya dah tak jumpa dia. Sebab saya dah habis sekolah. So, kita boleh memadu asmara bersama sama.


Kbai.



p/s : entri entah apa apa. tapi aku memang sayang gila dengan cuti sekolah. 



Thursday, 29 December 2011

TENTANG DHIA.

As salam,,,
 Hah!! nampak tak tajuk kat atas?? siap dengan gambar tuh. *winkwink* yeah! Topik hari ini berkisar mengenai TENTANG DHIA.  cerita ni hanya aku tonton pada saat saat akhir. ya! tidak syak lagi,, aku menonton encik drama ini bermula episod tiga yang terakhir.


namun begitu,,<---- skema. (=.=") encik drama ini sangat menarik lantas menarik hati dan kalbuku untuk tertepek dengan beliau,, meskipun hanya sempat bersama selama tiga episod~ hee.. cerita ni lebih sedih dari abang ombak rindu kot~ pada aku la. sweet nak mam,, mati sama sama. kan?kan?kan? ye lah, kita tak payah hidup tanpa orang yang kita sayang dan orang yang kita sayang pon tak payah hidup tanpa kita. memang dah jodoh la kan.


Yang agak kureng,, pembalasan terhadap Ku Salmi tak ditunjukkan. haish~~ setakat kena lempang lempang maja dengan nenek masa kat sepital mana cukup kan?? Paling kurang,, biarlah kena lempang sampai lumpuh terus tak pun terpaksa kawen dengan hantu raya Pak Boon ke.kan? baru masyuk~ *evil laugh* lepas tu, si Rose yang merenyam tu,, apa jadi hah?? Yang konpem,, memang janda muda~ segar dari ladang. tiba tiba terlebih lak komen kat sini. ada bran ke nak pegi face to face dengan tuan pengarah? mahu makan sepak sedas~


Apa apa pun, cerita ni agak cemerlang la. Pemakaian pelakon pon sejuk je mata melihat. Yelah, tak ada la baju yang macam tak cukup kain sangat. Nice nice je. Mak sukee nyah~ Watak yang pelakon bawak pon nampak hidup je. (walaupun ramai watak yang mati termasuk watak utama) Yela,, I mean nampak real. Menjiwai. Feeling gituu~


Sekian saja untuk kali ni. and! jangan lupa. malam esok,, TV3. WANTED! ni memang terbaek dari ladang.i love TV3.(sebab rumah ak tak ada astro.kalau aku like TV1 kan macam tak syiok ah pulak) kbai! thanks for reading. <3

Monday, 26 December 2011

birthday party @KFC

As salam.
yeah,, tadi siang join birthday party cousin dekat KFC. seronok okeh~ ada chicky yang besar gedabak! kasut dia muat 3 kaki aku kot. memeang besar gile. dan chicky itu sangat gedik. hee~ aku nak peluk tapi tak kan nak peluk kan,, entah sape sape kat dalam tu.


tapi aku tak snap ah gambar banyak banyak. snap gambar goodies yang KFC bagi je. hee~ kalau budak budak yang join game,, lepas tu menang,, memang dapat hadiah segala bagai ah. kalau aku tak baligh, memang aku eksaited kot nak main same. tapi ni dah besar lebar, nak join pon malu ah. elok elok ada mak cik nak buat menantu, terus kensel.


KFC bagi mende alah ni. aku suke bende ni. sebab free kan?
ni la bende alah tu,, yang bulat bulat tu konon konon dam ah. yang terbukak kat tepi incik dam tu,, file yang isi segala mende alah ni. boleh la kan?? comel jugak. macam aku.
yang kerang kaler kuning tu note pad. berapa pages je pon. takpe, boleh buat maen  conteng conteng masa  sejarah~
yang ada ketam mata stim tu,, bende yang nak gantung kat pintu. DONT DISTURB! 

ni macam kad ah. untuk wish beday kan. boleh la. nanti aku hantar kat diri sendiri. tulis name orang lain.
haha~ desperate sangat ah.



 tu je lah. gambar aku dengan chicky ada je. hee~ chicky gebu. nak peluk tapi segan+takut. kat dalam tu entah entah bangla kan? tak pasal pasal pulak~untuk Mimi Aryani Mustapha,, thank you for the invitations ye. memang seronok jugak ah birthday party camni.nanti nak suh apak aku buatkan birthday party macam ni satu. mahu makan penampar kot aku nanti. macam anak CEO syarikat beras nak buat birthday party segala.

thanks for reading.
wassalam.

Thursday, 22 December 2011

header baru

As salam.

heee~~ nampak tak kat atas tu?? yeah!! hader yang baru.. semalam duk gogek godek youtube, terjumpa la video ringkas ajar buat header gune photoscape. sesuai la kan dengan aku yang baru menerjunkan diri ke dalam bidang pembelogan ini. :)). lepas dah tengok instruction tu,, try le buat. dan hasilnya~~ *drum roll sound*
 tadaa~~

simple je kan?? okey fine,, tak lawa pon. tapi cukup la untuk belog aku yang daif ni. lain la kalau belog belog yang best macam eskrem tutti frutti tu kan. tapi puas hati la jugak sebab dapat buat makhluk header ni sendiri. walaupun tak lawa. ye, saye sedar header tak lawa, tapi takpe. saye tak kisah sebab saye lawa. 

okey, entah ape ape.kejap aku, kejap saye. *mata ke atas tangan ke dada* sebelum karutan aku bertambah lebih panjang seperti pembaris panjang (panjang ke?), baik aku mereverse kan diri. undur la maksudnye~

may you be blessed. smile always.

Monday, 19 December 2011

kids are honest.

assalamualaikum.
biasa kan dengar orang cakap macam kat atas tu? budak budak ni tak pandai menipu. betul la tu agaknya. well,budak-budak yang dimaksudkan di sini ialah mereka yang belum mumayyiz apatah lagi baligh. jadi melalui tajuk di atas aku nak cite pasal pengalaman yang pernah aku alami. apa dia?? tak nak baca? kfine. tekan butang pangkah kat atas tu. <---------- emo terlebih.perempuan -_-'' *sigh.

baiklah anak-anak,, kita sambung hikayat ini. ada la cucu jiran aku balik rumah nenek dia. yelah,holiday kan?? balik la jenguk sedara mara,jiran tetangga, perabis beras nenek, jalan jalan semua. lepas tu,cucu jiran yang paling kecik ni (tak ingat nama) datang la kedai runcit sebelah rumah aku dengan kakak dia yang besar sikit. masa tu,aku duk lepak lepak depan rumah dengan dua tiga orang kaki lepak yang lain.

kawan aku ni panggil la budak tu kan. gaya ibu-ibu gitu. yelah,, remaja meningkat dewasa kan?? kena la tunjuk naluru keibuan. kot-kotlah ada jiran jiran yang berkenan,,ye dak?? budak tu tak nak datang mula mula. takut kot. yelah,,dah muka yang memanggil tu ketat-ketat je semua. terpaksa la umpan guna coklat. umpan punya umpan dia datang dengan kakak dia. tu pun,, jalan gaya cuak gila.
kawan aku buat la mesra kan, tanya umur berapa?seronok tak duduk kampung?pegi kedai beli apa? budak tu layan je la.

then,tiba-tiba kawan aku yang lagi sorang tanye
"akak cantik tak?"
budak tu angguk.
"yang ni?"sambil tunjuk aku.
angguk lagi. bahahahaha...aku suka budak budak...yang puji aku.
belum sempat kawan aku tanye kawan aku yang mesra alam tu, budak tu dah jawab dulu

"kakak ni tak cantik sangat. muka dia..." ayat budak tu tak habis sebab kakak dia cubit dulu.
kawan aku yang dikutuk secara terang terangan tu join la aku dengan kawan aku gelak. terpaksa agaknya. kesian dia.

 nasib baik kawan aku yang turut dipuji tu pandai cover,
"alah.biasalah tu, budak-budak. bukan tahu apa apa. kau jangan ambik hati."
kawan aku yang dikutuk tu sengih je. tu pun terpaksa lagi. bila cerita dekat puan emak, beliau cakap budak budak ni tak pandai menipu. memang straightforward punye. takde tapis tapis.

moral of the story ; jangan tanye soalan kepada budak budak.





p/s : beauty lies in the eyes of the beholder. aku tengok lady gaga cantik. ke tak?

Sunday, 18 December 2011

medical students have no life??

tajuk post bukan maen lagi!dik,,kau baru nak masuk 17 ye.kfine!hmmmph  -_-''
hari tu ade la sembang sembang dengan member member kan,,dah nak masuk 17 kan,, topik tu lebih serius dan SKEMA,,dang! tapi aku suka!! topik KAHWIN saje. ok,,angin gatal aku dah datang..syuh.syuh.syuh.ok,,dia dah blah..nanti malam datang balik kot.kot ok?

then,,borak borak borak termasuk la pasal nak amik course apa nanti besar kan~~so,,lepas pikir punye pikir cakap la nak buat medic ah. then,,ada la member yang cakap
"kau nak amik medic?x de life la"
kfine. kau dah pernah amik medic ke?? the thing called life is different to different people.

hariz : life is living in wealth and has a lot of money to be spend around.
izzah : life is to seek for the happiness and peace.
sufiah : life is to live the best way you think.

see??different right?so kalau life pada aku is to achieve what i have aiming for and be happy in everything you did,,opkos la bila aku dapat buat course medic aku akan rasa
 "o ALLAH,,this is so right. this is life!"

kan?kan?kan?ke salah??its okay,,diffferent people generate different ideas.



p/s:hariz,izzah ngan sufiah kat atas tu bukan dalam ombak rindu ye,,tu anak kerbau apak aku~

trial post

orang lain sebok ada belog,,aku nak berbelog jugak...haish -_-''
ni first try eh,,bakat menulis tu tak tau ada ke tidak,,kalau bakat bercakap memang banyak...heee~~
lebih spesipik lagi bakat merepek,merapu dan meraban sebenarnya.harhar.
okey,,tak kelakar pon sebenarnya,,tapi takpe,ni first post..konon konon try ah.
adios.