bazilah abu hassan: kids are honest.

Monday, 19 December 2011

kids are honest.

assalamualaikum.
biasa kan dengar orang cakap macam kat atas tu? budak budak ni tak pandai menipu. betul la tu agaknya. well,budak-budak yang dimaksudkan di sini ialah mereka yang belum mumayyiz apatah lagi baligh. jadi melalui tajuk di atas aku nak cite pasal pengalaman yang pernah aku alami. apa dia?? tak nak baca? kfine. tekan butang pangkah kat atas tu. <---------- emo terlebih.perempuan -_-'' *sigh.

baiklah anak-anak,, kita sambung hikayat ini. ada la cucu jiran aku balik rumah nenek dia. yelah,holiday kan?? balik la jenguk sedara mara,jiran tetangga, perabis beras nenek, jalan jalan semua. lepas tu,cucu jiran yang paling kecik ni (tak ingat nama) datang la kedai runcit sebelah rumah aku dengan kakak dia yang besar sikit. masa tu,aku duk lepak lepak depan rumah dengan dua tiga orang kaki lepak yang lain.

kawan aku ni panggil la budak tu kan. gaya ibu-ibu gitu. yelah,, remaja meningkat dewasa kan?? kena la tunjuk naluru keibuan. kot-kotlah ada jiran jiran yang berkenan,,ye dak?? budak tu tak nak datang mula mula. takut kot. yelah,,dah muka yang memanggil tu ketat-ketat je semua. terpaksa la umpan guna coklat. umpan punya umpan dia datang dengan kakak dia. tu pun,, jalan gaya cuak gila.
kawan aku buat la mesra kan, tanya umur berapa?seronok tak duduk kampung?pegi kedai beli apa? budak tu layan je la.

then,tiba-tiba kawan aku yang lagi sorang tanye
"akak cantik tak?"
budak tu angguk.
"yang ni?"sambil tunjuk aku.
angguk lagi. bahahahaha...aku suka budak budak...yang puji aku.
belum sempat kawan aku tanye kawan aku yang mesra alam tu, budak tu dah jawab dulu

"kakak ni tak cantik sangat. muka dia..." ayat budak tu tak habis sebab kakak dia cubit dulu.
kawan aku yang dikutuk secara terang terangan tu join la aku dengan kawan aku gelak. terpaksa agaknya. kesian dia.

 nasib baik kawan aku yang turut dipuji tu pandai cover,
"alah.biasalah tu, budak-budak. bukan tahu apa apa. kau jangan ambik hati."
kawan aku yang dikutuk tu sengih je. tu pun terpaksa lagi. bila cerita dekat puan emak, beliau cakap budak budak ni tak pandai menipu. memang straightforward punye. takde tapis tapis.

moral of the story ; jangan tanye soalan kepada budak budak.





p/s : beauty lies in the eyes of the beholder. aku tengok lady gaga cantik. ke tak?

0 kelip kelip:

 
Copyright © . Basic Template by Lyssa Faizureen