بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamualaikum peeps.
Sihat? Eheheh. Tak pernah pun tanye sebelum sebelum ni kan? Tebiat. -_-''. Anyway, mesti ramai yang suka baca novel kan? Aku sukaaaaaaa. First novel aku baca tajuk Unggun Api-Siri 7 Penyiasat tuh. Masa tu umur enam tahun. Enid Blyton tulis tapi version translate la kan. Hebat nohhh aku kalau baca yang omputih umur enam tahun. Femes satu kampung!
Gila addicted dengan novel novel macam ni masa umur Tahap 1 sekolah rendah. hahaha. Darjah Dua aku start baca novel orang tua. Tajuk first Hati Seorang Wanita - Norhayati Berahim. Darjah Dua tuhhhhhh. Kemain aku kannnn?
Lepas makin suka baca novel tuh, duit raya tiap tiap tahun habis untuk makhluk makhluk ni jelahhh. Mak dengan apakk takde nye nak tolong sponsor. Unless bila birthday. Sadis betul. Tapi sebenarnya, aku nak cakap pasal benda lain. hehe. Ni menyimpang masuk memory lane pulak. Mari lah pulang ke pangkal jalan.
So, novelis mana korang suka? Aku suka Ramlee Awang Murshid, Anis Ayuni, Aisya Sofea, Hlovate dan mereka sahaja. hahaha. Novel lain pun aku baca. Tapi ni yang memang peberet lah. Kalau macam Siti Rosmizah tu kan, bukan taste aku. Sebab bagi aku, novel beliau semua mirip mirip je. No offense okey. Pendapat aku je. Tapi aku baca semua novel beliau walaupun tak suka. hahahaha.
Bila dah masuk tahap dua sekolah rendah, dah start baca novel orang putih. Diorang punya idea memang pergh! Imagination diorang sangat hebat okey. Tapi, kita punya novelis pun hebat. Macam Ramlee Awang Murshid dan Hlovate. Novel mereka tak kosong. Bukan sekadar cinta atau misteri semata mata. Ada hadis, ada potongan ayat Quran. Aisya Sofea dengan Anis Ayuni punya novel matured and realistic. Takde lah asyikkkkkkkk KAHWIN PAKSA - TIDUR BILIK ASING ASING - PARENTS DATANG - DUDUK SEBILIK - TERJATUH CINTA.
Maaflah. Tapi semua novel macam dah sama jeeeee. Sampai kita pon boleh agak ending macam mana. Sinopsis macam dah lebih kurang. Namanya je yang lain. Samapi aku pun jarang nak membeli novel sekarang ni. Sedih. :( Acanerrrr nih? Ke aku je yang rasa macam ni?? Maafkan aku. :DDD. Apa apa pun pernah baca novel ni?
Pages dia semua 1245. Tebal woooo. But then, sangat menarik dan memuaskan. Cerita ni seronok nauuuuu. Pasal maruah dan harga diri seorang wanita. Tiap kali baca, tiap kali tu lah rasa termotivasi. Sangat puas hati. Mana mana yang tertarik, sila lah beli. Bila baca kan, memang kepuasan tu terasa. Serius!
Tu je lahh.Bye!
END. May ALLAH bless.
p/s : tekak berdarah ni sakit jugakkk ye?
7 comments:
tiba2 teringat zaman2 sekolah rendah dulu baca buku enid blyton tu... ^_^
hahahaha. zaman innesen. buku tu je lahhhh yang dibaca.
buku penyiasat2 mmg suke bc dulu..hehe
kan? zaman muda muda dulu.
yeay! kita gang! :D
Teringat time skola dolu2..enid blyton n siri penyiasatan mmg best sgt time tu..siap sorok2 buku dekat school library lg sbb tak mo org lain pinjam..hoho
sama lah. sebab biasanya susah nak jumpa buku best best dekat library.kalau nak,, kena cepat!
Post a Comment