بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assaalamualaikum peeps.
Oh yeah. Akhirnya rumah dah ada line balik. Alhamdulillah. Eh. Hari tu dapat result. Tak. Memang tak cemerlang pon. 3A+, 2A, 1A-, 3B+. Apa yang 3B+ tuh? Biology. Chemistry. Physics. Pfffffft! Takpelah, tak ada rezeki. Aku tak sedih tapi terkilan sebab tak dapat nak happykan parents. Sorry. T__T.
Anyhow, dalam masa yang sama, aku happy jugak. Why? Sebab aku dapat A- addmath! Ehh, walaupun A- sahaja, aku sangat bersyukur. Sebab muka aku ni kiranya penghuni tetap kelas pemulihan addmath. Markah addmath masa selaras 22%, tak ke gila tuh? Teacher Omai, cikgu addmath aku sbagi sebijik pelukan gembira sebab aku dapat A- addmath. Atas tangga masa tuh. Sekali lagi aku bersyukur sebab tak jatuh tangga. mihmihmih.
Bangsa pengkhianat aku ni. Dulu bukan main lagi duk kutuk si addmath ni. Sekarang, nak lap lap bagai. -_-''
Propa apakah? Semua gambar nak letak labiu bagai. -_-''
Sekarang duk pening nak jadi apa pulak. Tapi rasanya aku dah nekad nak apply TESL. Itu je yang aku pandai pun. ngehngehngeh. Speaking berabuk macam Sazzy Falak dekat channel Fox Plus tu takdelah sangat, tapi mirip ah. muahahahah. *sebijik penampar* Moga moga dipermudahkan segala perjalanan. Amin.
Eh eh. Baru baru ni teserlah kebangangan aku. Oh, nak buat ijazah memang kena ada diploma eh? Aku dengan innesennye ingat kita boleh je apply untuk ijazah terus. Malu betul aku bila tahu kekurangan ilmu diri sendiri. hikhikhik. Nasib baik Puan Emak dan Kakak kakak sudi menjelaskan. Terima kasih~ *lap air mata*
Oh ya. Sesiapa yang sudi berkongsi pendapat atau beri tunjuk ajar, amat hamba hargai. :DD
END. May ALLAH bless.
p/s : gambar daripada abang Google.
No comments:
Post a Comment