Thursday 20 December 2012

20.12.2012. Kiamat eh?

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum peeps,

Hah! Hari ni dah 20.Disember.2012 a.k.a 20.12.2012. Orang Mayan cakap hari ni kiamat. Cuak tak?? Percaya tak?? Kih kih kih. Setahu aku kan, kiamat ni berlaku hari Jumaat. Tu pon selepas Dajjal Al-Masih memerintah tujuh tahun. Tu masa aku belajar fardhu ain zaman dedolu. Zaman pakai tudung herot petot. Zaman pakai seluar track dalam kain sekolah. Hahaha. Kesalahan fesyen ke?? Eh,, SO WHAT? Memudahkan aku nak main lompat getah okeyyy. Kate Spade dengan Marc Jacobs boleh ah cakap ni kesalahan fesyen. Sebab apa?? Sebab diorang tak main lompat getah. Plus, kau pernah tengok Kate Spade pakai baju kurung?? Tak adanya.


Okeh. Berbalik pada tajuk asal. Sila persyetankan debat fesyen di atas. Kiamat ni bila eh? Aku pon tak tahu. And aku yakin, tak ada orang yang tahu exact date kiamat. Ni kan perkara ghaib. Perkara sami'at. Hanya ALLAH SWT je yang tahu. Tapi, kiamat tu memang dah dekat. Eh, betul ke Cik Bazilah? Dah dekat ke? Apa yang perlu saya buat? Haaa. Dah besar panjang ni, buat la apa yang patut. Sembahyang tu jngan lupa. Aurat tu tutup. Jangan biar terbukak buat pameran macam dekat expo. Rajin rajin ngaji Quran. Ustaz aku cakap, yang penting ingat MATI. Kau ingat MATI, terus kau takut nak buat kemungkaran. *pesanan untuk aku jugak*


Eh eh. Dah tengok video yang dekat youtube? Hahaha. Video pasal the last day on earth. Yelah, kan orang Mayan cakap hari ni kiamat. So, ada la video ni. Tengok eh. Tengok la. Tengok tengok. *penampar kiri kanan* Berapa kali kau nak cakap tengok? Oke oke. Jom tengok. Jomla tengok. *penmpar sekali lagi*.




So, kalau korang, apa korang nak buat? Kalau memang hari ni kiamat la. Aku bet ramai yang tak tahu nak buat apa. Blank. Kan? Kan? Kan? Tapi takpe, hari ni tak kiamat. Pasal hari ni hari Khamis. Plus, tadi matahari keluar sebelah timur lagi. :D

p/s : sama sama la meningkatkan amal ibadah. Jom! :D

END.

2 comments:

Nadia Johari said...

sentiasa buat ape yang disuruh Allah dan tinggalkan ape yang dilarang

Hanna Nabiella said...

even dah tau nk kiamat, manusia still xbrubah kan?btw,,haha, video tu klaka..best jinnyboy! ^^