Friday 28 December 2012

PC FAIR AT TTC

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum peeps.

Yeah! Dua post dalam sehari. Tetiba rajin khenn. Oke. Bagi mengqadakan ketidakpuasan hati kerana tidak dapat join BIG BAD WOLF di Kolumpo, aku mengheret kakak terchenta ke PC Fair di TTC. TTC? What's animal is that? TTC stands for Terengganu Trade Centre. Basically, aku bukan gadget geeks yang living for the gadgets. Sekadar cuci mata dan melaburkan duit untuk beberapa makhluk teknologi yang diperlukan. Barang barang sangat murah!! Untuk a few things macam PC Mini Fan, Cleaning Kit dengan cable USB tuh, ada sesetengah stall yang jual 3 barang untuk RM 10. Sangat murah aku rasa. Apa yang aku beli? Oh. Sikit je. Take a look!


 Benda alah ni untuk lap habuk habuk tersembunyi dekat keyboard tu. Yang ni RM 5. Murah la kan berbanding harga asal. Dia macam jeli sket. Warna hijau. Jangan letak rata rata. Nanti adik kau yang innesen ingat puding ke jeli, harus dikutipnya. Pastu telan. Pastu kau bayangkan apa seterusnya yang berlaku.



 Ni aku punya. Aku prefer ear-plug daripada earphone. And aku suka jenama ni. Ada assorted colour, tapi yang ni je tinggal. Harga asal RM 39.90. Aku beli RM 20.00. haaaa~ Murah khenn? Tadi test dengar. Sound okey. Bass okey. Dia punya pelapir untuk telinga tu pun lembut je. *bajet pakar earphone ah*



 Ni kakak aku punya. Around RM 15 rasanya. Harga asal, kalau tak silap aku bawah RM 30.00 jugak. Aku tak suka earphone macam ni. Yang ni kau kena sangkut kat belakang telinga. Mostly yang aku jumpa, sound dia tak berapa kuat. Bila cakap dekat kakak aku, dia bebel bebel pasal aku tak inform dia awal awal mengenai sound menatang alah ni.



Haaa. Ni la Cleaning Kit tu. Harga di RM 3.00 je. Aku tak tau sangat pasal bende ni. Kakak aku yang beli. Untuk laptop dia la kot. Nanti aku nak gosok gosok sket dia, biar dia share dengan aku menatang alah ni. Jimat kos! Dah banyak kali beli bende ni. Kadang kadang tak guna. Buang je. Semua bajet bapak tu saudagar dedak.


Tu je la kot apa yang aku nak share. Beli empat barang je. Tu pon nak update belog. Eh, biarlah. Ni first time pegi PC Fair okey. *jakun* Aku ingat ala ala Low Yatt. Tapi tak pon. Sikit je gerainya. Plus, aku pergi masa orang sembahyang Jumaat. Memang tak ramai orang ah. Tapi ramai je lelaki yang berkeliaran. Aku anggap mereka musafir je lah. *bajet bersangka baik ah* :D. Tapi aku happy je, sebab hasrat aku tercapai! Kalau aku kaya, aku rembat jugak hard disk sebijik. Murah woo. Tu je lah. Senang senang aku update lagi!


END. May ALLAH bless.


p/s: Aku tak pergi BIG BAD WOLF. Tapi kawan aku, Cik Dinieeey sayang dah beli dua bijik buku untuk aku! 206 BONES and the other novel aku tak ingat. *haish* memori macam tenggiling. Banyak makan semut. Thankss Din! Love ya.




No comments: