Sunday 10 February 2013

JALAN + (MAKAN X MAKAN) = LEMAK!


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Assalamualaikum peeps.

Jyeahhhhh. Dengan bangganya nak announce yang aku telah berjaya menambah jumlah lemak aku. Hikhikhik. To begin with, start 3 February yang lalu, aku telah diimport kakak sulong ke Kolumpo untuk baby sitting anaknya. Kakak yang kedua turut mengejoinkan diri beliau. Meskipun tugas utama adalah baby sitting, kerja sampingan yang merupakan makan tetap dijalankan dengan jayanya. :DD . 

Aku jarang pergi Kolumpo ni. Aku kannn kampung gittew. Pergi mana mana pun aku pakai baju kurung. Bukan bajet ayu, tapi seluar takde saiz. hahaha. Itu tipuuu. Kali ni lama sikit pergi Kolumpo. Seminggu gittew. Puas jugak la menjelajah. Wangsa Walk-AU2-KLCC-KL Festival City-Times Square-Uptown Danau Kota. Memang haus tapak selipar aku. Letih letih. Tapi puas hati. kehkehkeh.

Paling seronok bila sepupu sulong belanja lunch dekat Harrods Cafe, KLCC. woihhh. Bila lagi nak merasa? Seronok betul makan bila ada orang belanja. Perut kenyang, hati senang. Lemak pun menumpang. Aku nak tempek bebrapa keping gambar okeyy. Kualiti memang low. Yelahh, guna kamera phone murah. Kittew takdeww Galaxy Camera. DSLR pun takdeww. Kittew adeww yang guneww Kodak jewww. *penampar sebiji*


 Ini menunya. Kaler hitam. Nak kasi nampak eksklesif lettew. =.=''


 Bahagian dalam menu. Mujur tulisan warna putih, kalau hitam?? Kompem laa tak nampakk. Dush!


The pembelanja. Haruslah ditepek gambarnya. Moga terbuka hati nak belanja lagi. hikhikhik. Love you!



Sudu dan garpu. Saja. Sebagai selingan. Yaaa. Aku tahu semua orang kenal mereka. Mereka lebih glamour daripada Zizan Raja Lawak.



 Iced cappuccino. Kakak nombor dua punya. hee. Yang kaler itam dekat belakang tu, iced coffee. Dua dua pahittt.



 Tukang belanja punyaaa. Tropical punch ke namanya? Minum terus feeling duduk tepi pantai. Pakai tempurung plus skirt hulla. Eh, betul ke apa yang aku tulis tu??



 Ni aku punya. Iced mocha! Sedakk nok mapuhh. I loikeee.


 Kakak sulong punya. Air oranggeeeee. Tak sempat sempat nak minum. Aku nak snap gambar pon payahh. haih. Sila ignore stroller yang bersepah di belakang tu ye.


 Nama menunya semua panjang panjang. Yang ni daging dengan sos yang enakkkkk. Daging dia sangattt lembuttttt.


 Ni aku punya. Beef burger katanya. Sedappp. Roti dia lembut dan sangat enakk. Aku tetap lapar sebab takde nasikkk. hehehe.


 The scone. Aku duk terbayang cone eskrem. hahaha. aku kan kampung gittew. Lembut, rangup dan manis. yummm!


 Ni jem untuk scone. Belah benda alah tu dua, pastu sapu la jem ini.

Aku sempat amik sikit je gambar. Lagi tiga menu, tak sempat. Semua jakun nak makan cepat cepat. hahaha. Termasuk aku. Melilau aku cari paip air a.k.a sinki untuk basuh tangan. Tak kuasa aku nak makan pakai sudu gerpu tu. hikhikhik. Tapi, mana ada sinki dekat tempat cenggini. sedih. sedih. sedih.

Malam tu, kita pergi Ikea pulak. Dah perut tong kann, mana gheti kenyang! Pergi Ikea pun tetap cari makanan. hikhikhik. Hasilnya,,, ini lah.

 Meatball. Chicken wing. Juice. Chocolate cake yang enakk menjilat jari.


Aku suka je kott meatball ni. Yang kuning tu mustard eh? Ohhoi. Aku tak suka rasanya. Bukan taste aku. heeee.

Lepas makan semua benda ni, aku masih rasa lapar. eheh. Biar betul? Yesss. Betulll. Walaupun aku tibai semua makanan halal, aku tetap kena makan nasi. At least once in a day. Memang tekak Melayu aku ni. hahaha. Kampungggg. Well. Who cares? I am so kampung and I love it. *tetiba* Tak heran lah lemak berkilo menumpang kalau macam ni caranya kann? hahaha. I love lemak juga. 

Okey. Tu je rasanya. :D. By the way, aku dah lama tak blogwalking. Mana mana yang join segmen sekali dengan aku tu, tunggu kunjungan aku ya! Yang dah kunjung aku tu pon, sabar. Aku balas naanti. :D. Seminggu di KL tanpa internet. pfffffffttt. Sadisss. k. Bye!

END. May ALLAH bless.



6 comments:

Ainim Rashihah said...

sedap makan..nnt kalo datang KL lagi, pegi la Fullhouse atau Gardens..sedap gak makan kt situ

bazilah abu hassan said...

Fullhouse? dekat Wangsa Walk ada kan?? ke silapp? hehehe. tak mampuuuu. mahal. T__T

Farah Waheda Wahid said...

wah... semua makan best2 tu... yup...nanti kalau datang lagi pegi la makan kat Fullhouse atau Gardens... memang awesome...

bazilah abu hassan said...

haih. kalau dah 2 orang suggest ni,, sedap sungguh sungguh la ye?? hahaha.

Hidayah Zulkefli said...

Sedap ngat ye makang kat Harrods Cafe ngan Ikea. Poslaju ah siket lain kali.
oh. Nok cdg jgk ah kite. Nok cdg mkn kat ds mrsmkt je. Lg ohsemm. Hahaha

bazilah abu hassan said...

kahkahkah. gi Harrods terus ingat ke Yayah dengan beg hijau menghelip ituuuu.