Wednesday 10 April 2013

HTC!


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum peeps!

Mood sekarang adalah gigih mengumpul duit untuk membeli makhluk handphone. Yeahhhh! Puan Emak dan Encik Ayah memang tidak akan melaburkan duit dalam projek mega aku ini. sobs sobs. Tak mampu katanya. Neberr mind. I is bekerja keras. Padahal kerja aku duduk rumah jee. Menunggu mana mana tawaran dan seruan universiti. :D

Walaupun aku memang tak berduit, hobi tetap adalah buka official site HTC. Dasar tak sedar diri sunggoh! Lepas tu mula lah menitik air liur tengok kegojesan henpon henpon zaman pasca merdeka ini. 

Mula mula guna phone Nokia 2100. Lepas tu Nokia 6610i. Lepas tu Sony Ericsson W200i. Lepas tu LG Cookie Fresh. Oiiiih. LG tu masa form 4 aku beli. Touch screen belum berleluasa. Malangnya phone tu bukan android. Neberr mind. Mak oke je. *ayat pujuk hati*. Bila dah besar, tengok phone canggih canggih memang tergugat iman.

Contohnya....

 HTC One. Ni memang luar jangkauan melunjur aku. Tak mampu den nak mengumpul duit buat beli makhluk ni. 2K tuu. Hanya mampu tengok dan terliur.


 HTC Windows 8X. Keluar November tahun lepas. Oke lah. Warna lawa. Tapi yang ni pon aku tak mampu. RM1700++? Aku pon tak tahu apa yang aku mampu. sobs sobs.


 Haaa. Ni adik kepada 8X. 8S namanya. Harga bawah 1K. Tapi sebab harga lebih murah, spec beliau pon adalah tidak sehebat abangnya si 8X.


8S tapi warna lain. Aku adalah pencinta kelabu. I lap you soo much!


Tapiiiii. Kalau phone windows tak boleh donlod Temple Run. Setakat ni lahh. Tapi aku pon lambat lagi nak cukup duit beli makhluk henpon ni. Mungkin maasa aku dah cukup duit tu, platfowm windows dah support Temple Run etc etc. Aminnn. Besar harapan ni!

Oh. Mana mana yang baik hati, do click the iklan dekat tepi dan atas tu. Boleh lah tolong aku collect duit lebih cepat untuk beli makhluk makhluk canggih ni. Ada yang tanya why HTC? Sebab HTC slim. muahaha. Slim and sleek. Aku kureng suke phone yang bulky bulky tuh. Cukuplah aku bulky. Phone biar slim melim. :D. Htc ada HTC Sense. Lepas tu ada Beats Sounds. Pendek kata, aku suka!

Okey. Tu je. Babai.

END. May ALLAH bless.


2 comments:

Hidayah Zulkefli said...

Cun belake henpon. Aritu yayah cari doh HTC 8X kat ganu ni. Xdop pon. Even kt kedai HTC kt Giant tu. Sedih gile! Sbb tu ambik tepon Lumia. Same je dgn HTC sbb guna windows 8. Mmg cun!

Se lagi, rasenye buleh doh download temple run. Tapi Temple run 2 xleh agi.

bazilah abu hassan said...

@Hidayah Zulkefli ho yeahhhh! ye ah. temple run 2 dok leh ag. huhahuha. ari bukok HTC, dekat ganu memang tak dokk outlet yeeee.