bazilah abu hassan bazilah abu hassan: Top 5 Makanan Budak Budak Asrama

Friday, 19 April 2013

Top 5 Makanan Budak Budak Asrama

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Assalamualaikum peeps.

Bila aku duk flashback kenangan lima tahun duk asrama, aku perasan something. Duduk asrama a.k.a hostel ni memang lapar sunggoh sunggoh. Hujung minggu, lapar. Balik prep malam, lapar. Balik riadah, lapar. Bosan, lapar. Tengah tengah prep, lapar. Miss makan dekat DS, laaaaaaaaagi lapar.

Errrr. Ke aku je?

Oh. Never mind lahh. Tapi another thing yang aku perasan, budak perempuan tak susah kalau lapar. Sebab stok makanan bawah katil tu sama hebat dengan stok makanan dekat Cold Storage. Maafkan perbandingan yang keterlaluan ini. Tapiiiii. Kalau budak lelaki lapar, budak perempuan yang susah. Nanti kalau bawak bekal biskut pergi prep, tibe tibe ada la dua tiga makhluk tercongok depan meja. Datang raih simpati. Hailaaa.

However, ada a few makanan hok memang semua budak hostel akan merasa dan kenal dan akhirnya, terbiasa. Mari berkenalan.

1. Mee Segera




Tadaaa. Ada yang tak pernah makan? Basicnya, semua orang kenal Maggi kari. Maggi ruski tu untuk stok stok rajin. Sebab dia banyak perencah. Pastu beliau kiranya maggi yang berkhasiat gitu. pfffft. Mi Sedaap memang sedap. Buat sekali, memang tak cukup. Pama tu maggi golongan unik unik. Ada bihun. Ada kuewtiau. Kelassss kau! Tapi, maggi kari tetap di hati sebab senang kalau nak makan mentah. huihuihui.


2. Minuman segera



Hoihhhh. Semua main segera kann? hewhewhew. Duduk hostel kan. Haruslah bersegera. Warden tu duk kejar je kalau lambat. Kalau benda benda ni, aku suka Milo. Sebab kau boleh buat macam macam dengan milo ni. Boleh tonggeng dalam mulut masa dalam kelas. Nescafe kau mampu buat gittew?? Huihhhh. Cadbury tu stok orang kaya kaya.

Ni aku letak jenama yang glemer lahh ye. Banyak lagi sebenarnya. Ipoh White Coffee, Tongkat Ali, Kacip Fatimah. mihmihmih. By the way, Milo tu boleh buat jadi coklat. Iron sampai keras pastu biar sejukkkkk. Omagaddddd. Sedapnyewwwww.


3. Bubur segera



Haaa. Pernah try takk? I don't know for those who live in hostel back in 90's. Tapi zaman kami dah wujud benda ni. Serious sedap untuk perut lapar dan mereka yang pemalas. ngehngehngeh. Biasanya perempuan la selalu ada benda ni. Lelaki tak rasanya. Lelaki senang. Kalau lapar fly je luar sekolah. miahahaha.


4. Biskut


Ya. Biskut. Aku suka biskut. Walaupun badan aku macam tin biskut. muahahaha. Kalau perempuan, dia memang no problem makan biskut kosong. Sebab bawah katil ada milo, ada gula, ada teh. Siap dengan jag, pinggan, sudu dan gelas. No worries babeh!

Tapi kan, kalau makan biskut dalam tin tu semua orang ada penyakit. Lepas habis makan biskut yang berkrim tu, ditinggalkan semua biskut kering mentega tuh. hahaha. Bila makan? Bila memang tak ada makanan betul betul. Tulahhh. Masa banyak makanan, bongkak semua. Bila kebulur, biskut kosong pon rasa macam pizza hawaiian supreme.


5. Air kotak



Ni pun minuman normal. Kalau tak ada bawah katil pon, mesti beli dekat Ko-op. Eh, kalau tak duduk hostel pon selalu je beli air kotak. hewhewhew. Aku sokmo jugok beli. Sebab? Senang. Senang nak bawak gi kelas. Dan, senang nak jual time duit habis. Boleh jadi punca rezeki gittew. 


6. Makanan ringan a.k.a jajan



Biskut beras tu tak termasuk golongan biskut biasa. Beliau adalah makanan ringan. Snek tu murah dan sedap. Aku tak maksudkan makanan ni je. Tapi ini antara yang biasa tengok ah. Wafer stick tu macam makanan anak orang ada ada gittew. Aku anak buruh, tumpang makan je. hewhewhew. 

Makanan macam ni lagi senang nak bawak ke kelas. Kalau lambat nak pergi prep pon, senang je. Sumbat dalam beg. Sampai kelas, bukak dah tinggal habuk. Hancur berderai. ngehngehngeh. Frust betulll.

 Ehh, kata 5. Ni dah 6. Tapi ni aku tulis secara random. Ingat ingat lupa. Melampau dokkk? 6  bulan abeh SPM terus hilang ingatan. Omagaddd. Tapi, walaupun duduk hostel sokmo sokmo lapar, kenangan tu memang best. hewhewhew.

Tu je. Babhai!


4 loves:

yan shamba said...

hahaha..betol..mmg sume tu mknn harus ade time dok hostel.. :)mee Pama..perghh!!sedap..huhu..

Cheida_Mymee said...

betul la hahahaa

bazilah abu hassan said...

@yan shamba hahaha. yeahhh. mee pama yang bihun tu sedappp~

bazilah abu hassan said...

@Cheida_Mymee hekhek. same lahh kita!

 
Copyright © . All Right Reserved by bazilah abu hassan