bazilah abu hassan: Must-Watch-Video!

Tuesday, 9 April 2013

Must-Watch-Video!


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assaalamualaikum peeps!

Ingat tak video yang pernah trending dekat YouTube tuhhh? Yang pasal kalau hari esok kiamat tu? Yang Jin TV punya artwork tu? Don ingat ke? Neberr mind. Ni video yang agak lama kot? Tahun lepas. Tapi sebab aku jakun dan kampungan, baru tengok tahun ni. Mana yang belum tengok, tengok la dulu. ngehngehngeh.




Okey! Dah tengok? Does it rings any bell? Bila dah tengok video ni, macam terus masuk memory lane. Banyak sangat yang sama dengan zaman zaman aku sekolah rendah.

Pensel Warna
Masa sekolah rendah, sapa yang ada pensel kaler 24 batang tuh, gila happy ah. Aku pernah dapat pensel kaler yang 36 tuh sempena dapat nombor 1 exam akhir tahun. Happy nak meninggal wa cakap lu. Tambah tambah duduk dekat kampung, so kebanyakan member member guna yang 12 tu je. Bila ada yang 24, 36, 48 semua semua tu, boleh la nak eksyen sikit. :D

Lepas tu, ada jugak yang pesen tulis nota dekat lidah kotak pensel kaler tu. Kotak pensel kaler ada lidah eh? Adaaaa. 


Haaa. Aku ada kawan yang tulis "Tidak dibenarkan pinjam tanpa izin." Yang lagi hebat "Tidak dibenarkan pinjam melainkan ahli keluarga". Amboi. Dah kalau ada yang desperate sangat nak guna, takkan on the spot nak kawen dengan adik beradik engkau. By the way, orang Terengganu panggil Kalam Cat.


Biodata
Ni semua keje perempuan. ngehngehngeh. Termasuk aku. Biasanya si A bagi buku nota yang comel comel dekat si B. Pastu si A cakap nak biodata. Si B pon dengan happynya tulis, tajuk besar dulu. Lepas tu biasaanya macam ni.

Dekat part makanan kegemaran dengan minuman kegemaran tu, jawapan paling selalu aku jumpa adalah MASAKAN IBU/MAK/MAMA/UMMI/BONDA. Tak pernah pulak aku jumpa masakan bibik. Pastu, kalau macam yang ramai sikit idola tu Nabi Muhammad S.A.W. Bagus lah kan? Pastu biasalah dekat sebelah tu tulis nama member punya buku tu besar besar, pastu guna setiap huruf dalam nama dia buat ucapan. :D

Sekarang aku sedar, kalau aku tak habiskan masa buat makhluk biodata ni dulu dulu, mungkin aku lagi pandai daripada Amalina Che Bakri. Mungkin jugak gambar passport aku tak banyak habis. ngehngehngeh. Neberr mind. Seronok jugak kenangan macam ni. :D

Pas Pas Surat
Ni pon kerja perempuan. buihihi. Ada banyak sebab dan tujuan. Satu, untuk suka suka. Dua, untuk mengumpat rakan sendiri tanpa mengeluarkan suara. Tiga, untuk cerita rahsia rahsia kecik. Empat, untuk bergaduh tanpa kekasaran dalam bentuk fizikal.

Aku ada satu box yang penuh dengan surat surat masa aku sekolah rendah. Bila tengok balik rasa bodoh pon ada. Rasa berdosa pon ada. Rasa nak lempang diri sendiri laju laju pon ada. Rasa lawak tu memang opkos la kannn. Ada yang aku ngumpat member sendiri. Ada yang aku sibuk korek rahsia. Ada yang member aku hantar mintak maaf. Ada yang member cerita rahsia. Ada yang member ajak mengumpat. Muahahaha. Kelakor sunggoh!

Tudung Botol vs Batu Seremban
Aku konpius. Main dekat Terengganu pon still panggil batu seremban. Apakah? Tapi main dua benda aalah ni memang seronok. Lepas tu kadang kadang bergaduh sebab ada yang berbeza peraturan. Padahal duduk sekampung. Adat permainan pon boleh berbeza. Ahhhh. Ini semua poyo!


Haaa. Nanti kalau ada yang terlungkup dua atau tiga tudung botol tu, lain pulak gamenye. Hebat la budak zaman zaman dulu sebab boleh ingt semua skill skill yang diperlukan. Gamer tegar katanya! Oh gambar batu seremban aku malas nak google. Ada orang tak pernah tengok batu ke? ngehngehngeh. 

Tu je lah bebel untuk hari ni. Babai.

END. May ALLAH bless.



4 kelip kelip:

Syazana Zainn said...

semua yang tercatat tu pernah buat :)

bazilah abu hassan said...

@Syazana Zainn yeay! samalah kita. budak2 sekarang dah tak buat agaknya semua benda benda ni.

spontaneous_gurlz said...

hoyeah,it does rings the bell,for sure ;)
Rindu nak balik zaman kanak2 ribena yang mana unsur stres langsung x ada :)

bazilah abu hassan said...

@spontaneous_gurlz kan? kan? main tudung botol tu mesti seronok. pastu buat biodata bersungguh2 sebab nak jadi paling comel.

 
Copyright © . Basic Template by Lyssa Faizureen