Tuesday 30 April 2013

Novel English Second Hand

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Assalamualaikum peeps.

Aku jenis suka membaca. Melayu ke omputih ke, semua aku layan. However, nowadays novel Melayu macam terlalu tipikal. Semua main kahwin paksa atau kahwin kontrak je. So, macam agak frust dan aku beralih minat ke arah novel omputih. Sebelum ni agak jarang baca novel omputih. Sekarang selera sudah berubah!

Tapi. Novel omputih adalah agak mahal berbanding novel Melayu. Aku jenis yang suka barang murah. Kalau free lagi bagus. Dasar cheapskate sunggoh! Jadi aku pon mencari cari novel second hand di alam maya ini. Google saja yehh. Dulu beli dekat site Cari.my . Kemudian kita Google. Hasil Google baru baru ni adalah mereka!


 Balik dari jalan jalan dengan kawan, ada parcel menunggu di rumah. Gembiranya rasa hati!!


 Tadaaa~ berbalut dengan plastik yang orang buat balut sandwich tu.


 Pandangan sisi.


 Dah bogelll. Maksud aku, keluar dari plastik balut sandwich tu. Macam baru takkk? The Book of Tomorrow tu hardcover. Cantik kan? 


 Bahagian dalam The Book of Tomorrow. Cantekkk lagi.


Ni buku Thanks For The Memories. muehehehe.

Harga asal untuk Thanks For The Memories tuh RM 32.80. Aku beli harga RM17.00. Buku satu lagi harga asal, RM 71.00. Aku beli RM 28.00. Kan ke berbaloi baloi tu? Sape sape berminat nak beli boleh tengok sini. Buku buku pre-loved oke. Bukan baru punya. hihi. Kedai ni pon macam cepat gila urusannya. Kau order, dia packing. Kau bayar, dia mailing terus.

Anyway, saja nak tempek tempek gambar masa keluar semalam. Hahaha. Perempuan kalau keluar tak boleh borak borak dalam kereta je. Kene ada spot yang boleh duduk duduk sambil telan makanan sambil bukak cerita masing masing. So, we choose A&W. Sebab tak ramai orang. hahaha.


 Burger dan waffle tak sampai lagi. u_u






Motif gambar ni? Macam lah orang terliur. hewhewhew


Tu je. Babai!

END. May ALLAH bless.



No comments: