Friday 18 January 2013

#3 Jumaat Reminder KELEBIHAN SURAH AL-INSYIRAH


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ    

Assalamualaikum peeps and Salam Jumaat. 

Tadi, aku kemas kemas buku tulis. Nak cari la yang mana belum guna. Sebab nak sedekah dekat adik aku yang masih di bangku sekolah. awww! Kot tak kemas, buku tu lunyai dijadikan breakfast, lunch dan dinner makhluk anai anai. So, baik aku cari dan sedekah dekat cik adik. Ada jugak pekdahnya. Dipendekkan cerita,aku terjumpa la nota aku pergi kelas Quran masa zaman sekolah dedulu. ehh. Tahun lepas. :D. Nampak tak? Aku pergi kelas Quran okeyy. Opps. Riak di pagi Jumaat. Istighfar. 

Notanya pasal kelebihan surah al-insyirah. Eh, surah yang mana tuh? Aku paham.Bukannya jahil, cuma tak tahu nama sebenar surah. Macam kawan jugak, nama gelaran opkos la tahu. Nama penuh sekali dengan nama bapak belum tentu tahu. Jadi, aku tempekkan surah tu di sini.



Baca la sekali.Dah dapat pahala. :D. Apa kelebihannya? Cekidaut :
  • Amalkan 7 kali,tak lama tunggu bas.
  • Lepas solat, baca 3 kali atau bilangan ganjil, Inshaa ALLAH dipermudahkan segala yang kita ada.
  • 10 kali baca, memenuhi hajat. (try baca masa sujud solat hajat and masa doa)
  • Penerang hati
  • SENANG DAPAT JODOH. *wink wink*
  • Ubat demam.
  • Memudahkan kesusahan

Nampak? Nampak? Jadinya, selalu la amalkan. Jangan nak tunggu demam baru nak amal. Lepas tu jangan la expect kau yang demam itu boleh terus berlari mengejar pelangi. Baru sekali buat, nak hasil yang superb pulak. Mana aci. Addmath tu ponkau buat latihan lapan ploh ribu kali. Tu pon takgheti gheti. <---- ini aku. Kata hadis, kalau nak doa dimakbulkan pada masa susah, banyak la doa masa tengah senang. Ustaz aku cakap, benda macam ni,kena amalkan selalu. Baru lekat. Aku dah pernah dua kali pergi interview, dua dua tu aku baca surah ni tak putus putus masa tengah tunggu giliran. Alhamdulillah. Puas hati. :D

Jadi apa tunggu lagi? Mula la amalkan surah ni dalam kehidupan seharian. Benda baik, kena paksa baru jadi amal. :D. Peringatan untuk aku juga!

END. May ALLAH bless.

p/s : tak rugi pergi kelas Quran masa duk asrama. :D. Ustaz tu hensem! LOL. Taklah. Ustaz tu ngaji sedap. Pastu, dia suka cerita. Pastu,students saja suruh dia cerita biar tak payah ngaji banyak banyak. hehehehe. Reality.
                                        



7 comments:

Unknown said...

thanx :) insyaALLAH akan diamalkan..
kalau entry nie diletakkan sekali maknanya,mesti lg best :)

bazilah abu hassan said...

thanxx untuk adangan kak didiey. hee. x teringat~ :D

Mimie said...

alhamdulillah tahnks for sharing

Azar Azlan said...

ilmu nie. terima kasih. :)

Sharia Nadirah said...

done follow ^_^

Unknown said...

nice sharing..

follower ke 169

Unknown said...

tq perkongsian ni ya dik..

(Fllw U)