Thursday, 31 January 2013

#5 Jumaat Reminder APA YANG SYOK MASA HARI JUMAAT?


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum peeps.

Yeah. Sekeping gambar buatan tangan. Comel dokk doodle tuh? Freebies dekat belog taiko doodle : fizgraphics!. Haa. Pegi laa jenguk jenguk. 

Esok Jumaat. Macam biasa la kan. Meh kita sharing sharing apa yang best pasal hari Jumaat ni. :D . Minggu ni share pasal amaln dan kelebihan Jumaat la. Buku nota yang aku duk catat catat pasal surah surah amaln tuh hilang. Ada je dalam kotak bawah meja, malas nak cari je. hikhik.

No worries peeps. Yang ni pun bermanfaat jugakk. Okey okey. Cekidaud~
  • Buat sujud sajdah masa solat subuh. Dekat asrama dulu selalu buat time pagi Jumaat. Eheh. Aku pernah buat lima, enam kali je. Subuh Jumaat biasanya dekat dorm je. Malas ke surau.
  • Banyakkan selawat. Kalau hari lain dah banyak, hari Jumaat ni gandakan lagi.
  • Baca surah Al-Kahfi. Alah. Surah yang boleh lindung kita daripada dajjal kalau kita hafal tuh. Kalau tak larat nak baca sebab panjang, gagahkan. hikhik. Surah Yaasin dan Ad-Dukhan pun elok buat amalan masa hari Jumaat.
  • Banyakkan doa. Ada jumpa macam cerita la lebih kurang, doa selepas Asar pada hari Jumaat hingga sebelum Maghrib sangat bagus. Sahabat Rasulullah SAW, ramai yang rebut peluang ni. Ada yang sampai tak bercakap dengan makhluk lain sebab nak mengadu padaNya.
  • Potong kuku. Kalau potong ikut susunan sunnah lagi bagus. Macam mana ikut sunnah? Ni dia. Tengok lerr. Jelas ye? :D                                                                        
                                      

Yeah. Tu je kot nak share. Tu pun aku baca dari sini. Sama sama la kita amalkan. Ilmu aku pun cetek jugak. Umur pun tak sampai 18 lagi. Anyway, nak menyelit sikit. Selalu tak baca beautiful nara? Aku suka artikel pasal komen a worried muslimah to hijabista magazine. Suka sangattt. Nak tahu apa komennya? Tengok sini. Aku pun ada komen? Ce teka mana komen aku? hahaha.

END. May ALLAH bless.